Prihatin Keadaan Rakyat Jelata, Yang di-Pertuan Agong Berkenan Tidak Terima Gaji Sejak Negara Dilanda Covid-19.

Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bukan hanya beliau yang menolak gaji sebagai Perdana Menteri, sebaliknya ia turut dilakukan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menurut Perdana Menteri, Seri Paduka berkenan tidak menerima gaji yang diberikan kerajaan sejak negara dilanda pandemik Covid-19.

“Yang di-Pertuan Agong lebih awal dari saya dan tidak menerima gaji daripada kerajaan sejak Covid-19. Jadi eloklah saya beri penjelasan ini.

“Itu sumbangan dibuat Yang di-Pertuan Agong memandangkan masalah ekonomi yang menekan kehidupan rakyat,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jemaah Menteri, di sini hari ini.

 

Sebelum ini, Anwar mengumumkan tidak akan mengambil gaji sebagai Perdana Menteri malah, semua Jemaah Menteri juga bersetuju menerima potongan gaji sebanyak 20 peratus sebulan.

Sumber: Utusan

Share
Published by
Rosmah Idayu