Tahniah Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan kerana terus komited menyuarakan isu berkaitan kesihatan mental. Rentetan pelantikan beliau sebagai Perwakilan Persekutuan Kesihatan Mental Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Disember tahun lalu, kini Tengku Puteri Iman Afzan menjalin kerjasama dengan Universiti Heriot-Watt Malaysia untuk tujuan sama.
Menerusi perkongsian Green Ribbon Group (GRG) baru-baru ini, Tengku Puteri Iman menandatangani memorandum persefahaman (MoU) pertama GRG dengan Universiti Heriot-Watt Malaysia.
Ini merupakan Mou pertama GRG dalam menyampaikan kesedaran mengenai kesihatan mental. Ujar Tengku Puteri Iman pada majlis tersebut, “Saya tidak boleh menekan betapa pentingnya perbualan berterus-terang dalam soal empati dengan pengalaman dan perspektif yang berbeza.”
Beliau kemudian menyertai forum kesihatan mental belia bersama Yayasan TM. Dalam majlis pelancaran forum berkenaan, Tengku Puteri Iman memberitahu, “Keupayaan untuk mengurus cara kita berfikir, merasa dan bertindak, dari segi cara kita mengendalikan tekanan, berhubung dengan orang lain dan membuat pilihan adalah kemahiran yang boleh diajar.”
Tidak hanya dikagumi ramai kerana kecantikan yang dimiliki bahkan Tengku Puteri Iman yang juga seorang ibu menjadi sumber inspirasi memandangkan sikapnya yang sentiasa menyebar aura positif.
Pelantikan Tengku Puteri Iman Afzan ini sekaligus dapat membawa dan membantu usaha Malaysia ke arah meningkatkan kesedaran kesihatan mental, rawatan serta cabaran dasar.
Menjadi Penaung Antarabangsa Hari Kesihatan Mental Sedunia 2020 ketika pandemik Covid-19 satu penghormatan. Kesihatan mental tidak boleh diperjuangkan sendirian, ia memerlukan segala input dan saya menantikan 2022 yang amat memberangsangkan.
Tengku Puteri Iman Afzan akan ditauliah di Majlis Ekonomi dan Sosial (ECOSOC) PBB di New York. Pelantikannya turut disokong Presiden WFMH, Setiausaha Agung, Presiden Dipilih dan Naib Presiden Serantau untuk Amerika Utara dan Caribbean.
Penugasan itu berikutan pelantikan Tengku Puteri Iman Afzan sebagai Penaung Antarabangsa Hari Kesihatan Mental Sedunia dari 10 Oktober 2020 hingga 10 Oktober 2021.
This website uses cookies.