Memiliki hati yang mulia tidak mengira pangkat atau darjat. Kalau dah berniat baik ingin membantu orang yang dalam kesusahan pasti perjalanan ini dipermudahkan. Princess Sofia telah menunjukkan sisi mulianya apabila sanggup meletakkan statusnya sebagai kerabat diraja ketepi demi membantu para barisan hadapan memutuskan rantaian pandemik COVID-19.
Princess of Sweden ini telah menyumbangkan bakti dan tenaganya sebagai pekerja sukarelawan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh para barisan hadapan ketika penularan pandemik COVID-19 ini. Salah satu tugas yang telah dilakukan oleh Duchess of Varmland atau nama sebenarnya Sofia Kristina Hellqvist ini adalah membantu para doktor dan jururawat membasmi kuman peralatan perubatan.
Walaupun hanya menyarung uniform ringkas berwarna biru sama seperti sukarelawan atau para petugas hadapan lain dan berkasut sukan berwarna putih tetapi aura baginda tetap bersinar seperti biasa. Tanpa meletakkan tiara di atas kepala seperti kebiasaan, puteri diraja Sweeden yang berusia 36 tahun ini tetap anggun walau hanya mengikat rambutnya ke belakang.
Menurut laporan People, puteri diraja ini telah mendapatkan latihan intensif secara atas talian bagi tujuan membantu para barisan hadapan di Hospital Sophiahemmet, Sweeden. Bukan baginda sahaja yang mendapatkan latihan intensif ini malah hospital ini akan mengiktiraf seramai 80 orang sukarelawan setiap minggu.
Menurut jurucakap Hospital Sophiahemmet pula, Princess Sofia bukan sahaja membantu membasmi kuman peralatan di hospital semata-mata malah baginda turut membantu membersihkan hospital dan bertugas di dapur hospital bagi menyediakan makanan untuk keperluan di hospital tersebut.
Princess Sofia telah berkahwin dengan Prince Carl Philip, anak kedua kepada King Carl XVI Gustaf dan Queen Silvia. Pasangan diraja sama cantik sama padan ini telah dikurniakan sepasang cahaya mata, Alexander Erik Bertil dan Gabriel Carl Walther.
Mengimbau kisah tentang perkahwinan diraja ini, pada mulanya mencetus kontroversi apabila rakyat jelata seakan tidak merestui perkahwinan mereka. Rakyat menganggap Princess Sofia tidak layak menjadi puteri diraja kerana begitu berbeza dengan Carl Philip of Sweden yang digambarkan seorang putera raja sempurna, kacak, ramah dan berpendidikan tinggi.
Namun, lama-kelamaan kejelitaan, kebaikan dan kemurnian hati yang ditonjolkan oleh puteri ini diterima baik rakyat jelata dan golongan istana serta mendapat gelaran Her Royal Highness Princess Sofia of Sweden
dan Duchess of Varmland.Sebelum berkahwin dengan kerabat diraja Sweeden ini, Princess Sofia hanyalah gadis biasa yang dilahirkan di Stockholm dan bergiat aktif dalam bidang peragaan. Bintangnya mula menyinar apabila menyertai program realiti TV dan kehidupan terus berubah apabila bertemu dan jatuh cinta dengan putera kacak Sweeden ini sehingga mendirikan rumah tangga pada 13 Jun 2015.
This website uses cookies.