Pasangan selebriti sensasi Nick Jonas dan Priyanka Chopra Jonas baru-baru ini meraikan Deepavali dan kali ini, ianya lebih istimewa kerana dapat meraikan sambutannya dengan anak perempuan mereka. Meraikan Deepavali Selasa lalu, Priyanka berkongsi gambar dengan anak kesayangan mereka, Malti Marie Chopra Jonas, sembilan bulan di laman Instagramnya.
Menerusi foto-foto yang dikongsikan, kelihatan Priyanka duduk sambil memangku Malti. Walau bagaimanapun sehingga kini masih belum kelihatan wajah si kecil mereka kerana kedua-dua masih lagi bertindak menyembunyikan wajah mereka kepada tatapan umum.
“Kasih sayang, keamanan dan kemakmuran kepada semua. Dari hati yang benar-benar sarat dengan kesyukuran, saya mengucapkan Selamat Menyambut Diwali kepada anda semua”, tulis Priyanka menerusi hantarannya itu.
Untuk rekap, Priyanka dan Nick sebelum ini berkongsi berita gembira mereka menyambut bayi sulung melalui kaedah ibu tumpang. Difahamkan, ibu tumpang tersebut melahirkan bayi berkenaan ketika usia kandungan 27 minggu di sebuah hospital di California, Amerika Syarikat.
Nick dan Priyanka berkahwin pada 1 Disember 2018 selepas bertunang pada Mei 2022 dan perkahwinan mereka nyata mengundang bualan berikutan jarak usia 10 tahun antara mereka.
Kredit Foto: Instagram (@priyankachopra)
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang (link )
***
This website uses cookies.