Pengerusi Yayasan AIDS Malaysia (MAF) dan Pengarah Pusat Kecemerlangan Penyelidikan AIDS (CERIA) Universiti Malaya, Profesor Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman dilantik oleh Suruhanjaya Global Polisi Dadah sebagai Pesuruhjaya terbaharunya, menjadikan beliau rakyat Malaysia pertama memegang jawatan itu.

IKLAN
PROF DATUK DR ADEEBA Rakyat Malaysia Pertama Dilantik Sebagai Pesuruhjaya Suruhanjaya Global Berkaitan Dadah
Profesor Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman.

MAF memaklumkan, Suruhanjaya Global Polisi Dadah diwujudkan pada Januari 2011 oleh sekumpulan personaliti dari Amerika Syarikat dan Eropah, termasuk bekas ketua negara dan kerajaan bagi menyokong dasar berkaitan dadah berdasarkan bukti saintifik, hak asasi manusia, kesihatan awam dan keselamatan.

Objektif utama Suruhanjaya ialah untuk mengangkat diskusi tentang pembaharuan polisi dadah yang lebih berperikemanusiaan dan berkesan, serta berlandaskan sains di peringkat antarabangsa bertujuan mengurangkan kemudaratan akibat tabiat penggunaan dadah selain polisi kawalan yang terlalu keras ke atas individu dan masyarakat.

Pembaharuan polisi ini juga selari dengan Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDGs).

Suruhanjaya ini dipengerusikan oleh bekas Perdana Menteri New Zealand, Helen Clark. Barisan Pesuruhjaya Global yang mengganggotai Suruhanjaya ini termasuklah Pemenang Hadiah Nobel Jose Ramos-Horta, usahawan ternama Richard Bronson dan bekas ketua negara yang lain.

Di pentas global, Dr Adeeba pernah menyandang jawatan sebagai Presiden AIDS Antarabangsa (IAS) pertama dari benua Asia, dan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Penasihat Strategik serta Penasihat Teknikal HIV di Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

IKLAN

PROF DATUK DR ADEEBA Rakyat Malaysia Pertama Dilantik Sebagai Pesuruhjaya Suruhanjaya Global Berkaitan DadahKini Dr Adeeba memegang jawatan sebagai Pengerusi Bersama Majlis Sains, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Suruhanjaya Kesihatan dan Hak Asasi Manusia di bawah kelolaan IAS dan LANCET, sebuah jurnal perubatan antarabangsa yang disegani.

“Pada April 2015, beliau dianugerahkan Ijazah Kehormat Undang-Undang dari alumninya, Universiti Monash, Australia sebagai pengiktirafan atas kecemerlangannya dalam bidang perubatan dan kesihatan awam.

IKLAN

“Dalam bidang polisi dadah, Dr Adeeba memainkan peranan penting dalam usaha pemperbaharui polisi dadah negara sehingga membawa kepada perlaksanaan program pengurangan kemudaratan pada tahun 2006 untuk penggunaan dadah secara suntikan dan mencegah jangkitan HIV dalam kalangan individu yang menggunakan dadah, seperti program pertukaran jarum dan picagari, serta terapi penyelenggaraan metadon.”

Mengalu-alukan Dr Adeeba sebagai pesuruhjaya terbaharu, Suruhanjaya Global Polisi Dadah turut memuji penglibatan Dr Adeeba dan komitmen beliau dalam mempertahankan polisi awam yang lebih melindungi hak asasi manusia serta peranan beliau dalam meingkatkan akses kepada rawatan, pencegahan dan jagaan untuk anggota komuniti masyarakat terpinggir di Malaysia.

Sumber: Bernama

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI