Isu “penyondol” dilihat semakin rancak diperkatakan. Dari satu ke satu kes kita dengar apabila melibatkan golongan personaliti dan selebriti yang dikenali. Belum lagi kisah yang kita tidak dengar di dada akhbar melibatkan orang-orang awam yang akhirnya membawa kepada keruntuhan rumahtangga.
Yang pasti, kelibat “orang ketiga” sememangnya cukup sinonim dalam pergolakan rumahtangga dan kehadiran mereka cukup dikhuatiri.
Dan bari-baru ini, penceramah terkenal, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad tampil meninggalkan pesanan ‘pedas’ buat mereka di luar sana yang berhasrat dan menyimpan cita-citauntuk menjadi ‘orang ketiga’ dalam rumah tangga seseorang.
Menerusi perkongsia Prof Muhaya di akaun Tiktoknya, isu ‘penyondol’ yang tidak mengira latar belakang agama kala ini dilihat semakin membimbangkan dan boleh diibaratkan sebagai penyakit berjangkit.
@profmuhayaSemoga malam-malam terakhir Ramadan ini, kita memohon keampunan kepada Allah. Semoga bermanfaat
Jelas Prof Muhaya lagi, “setiap perkara yang tidak baik yang dilakukan kepada orang lain pasti akan berbalik kepada diri kita sendiri. Yang pertama, setiap apa yang awak buat tidak baik, dia akan datang pada awak. Bila kita suka buat benda yang tak baik, maka kita tahu benda tak baik akan datang.
Malah, ujarnya lagi golongan ini tidak akan hidup bahagia kerana pasti akan terluka di hujung-hujungnya.
“Kedua, setiap kali kita memilih untuk melukakan orang lain, maka kita juga akan terluka. Ketiga, kita tidak akan boleh bahagia di atas kesusahan atau derita orang lain.”
Prof Muhaya juga sempat berpesan agar wanita di luar sana menjaga maruah diri dan tidak sesekali bercita-cita untuk menjadi ‘penyondol’ dengan menggunakan kelebihan diri sendiri seperti kecantikan yang diberikan Allah S.W.T.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***