Ramai wanita yang sanggup mengandung dan sanggup menempuh proses bersalin di labour room tapi, ramai wanita yang tak sanggup berpantang. Mungkin kerana ketika berpantang ibu terpaksa menjaga bayi yang baru lahir dan dalam masa yang sama terpaksa menguruskan diri sendiri. Faktor usia juga menjadi penyebab wanita lebih berhati-hati ketika berpantang.

“Proses Berpantang Kali Ini Saya Buat Betul-betul” Dynas Janji Pantang 100 Hari

Ads

Dynas Mokhtar yang baharu sahaja mengadakan majlis aqiqah dan doa selamat usai habis pantangnya di Dewan D’Tunjang Kota Damansara begitu positif menjalani proses berpantangnya.

“Proses Berpantang Kali Ini Saya Buat Betul-betul” Dynas Janji Pantang 100 Hari

Sebelum ini Dynas ada berkongsi tentang amalan berpantangnya, “Saya memang kuat berpantang. Saya akan ikut pantang yang betul-betul. Saya kena ikut berpantang cara tradisional sebab saya nak jaga badan.

“Proses Berpantang Kali Ini Saya Buat Betul-betul” Dynas Janji Pantang 100 Hari

Walaupun saya nampak moden tapi sangat menitikberatkan kecantikan luaran dan dalaman. Kecantikan dalaman itu lagi penting sebab saya mahukan anak yang ramai, insyaallah,” jelas Dynas atau nama sebenarnya Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar.

“Proses Berpantang Kali Ini Saya Buat Betul-betul” Dynas Janji Pantang 100 Hari

Nampaknya Dynas benar-benar mengotakan apa yang dikata dengan berpantang sehingga 100 hari. “Proses berpantang kali ini saya buat betul-betul. Walaupun tempoh 44 hari sudah habis, saya masih tidak minum minuman ais. Malah, saya juga masih menggunakan bengkung, bertungku, bertangas dan mandi sauna.

“Proses Berpantang Kali Ini Saya Buat Betul-betul” Dynas Janji Pantang 100 Hari

Ads

Semua ini saya buat sendiri. Kalau ada masa, saya panggil orang datang buat iaitu seminggu sekali. Sekarang baru 60 hari, jadi ada baki 40 hari lagi.

Pengalaman dua anak dulu, saya berpantang biasa saja. Kali ini, saya kena lebih disiplin dan ambil masa panjang kerana sudah berusia. Bukan mudah menjadi ibu sekali lagi pada usia ini,” kata wanita yang berusia 36 tahun ini.

“Proses Berpantang Kali Ini Saya Buat Betul-betul” Dynas Janji Pantang 100 Hari

Ads

Menurut isteri kepada Mohamad Shazrik Che Mohd. Din ini dia hanya berserah kepada rezeki apabila ditanya ingin menambah anak sebelum usia menginjak ke-40 tahun.

“Proses Berpantang Kali Ini Saya Buat Betul-betul” Dynas Janji Pantang 100 Hari

Bayi lelaki yang diberi nama Edriel Obil ini telah lahir pada 19 Mei yang lalu. Dynas mempunyai dua anak iaitu Khyra Khalyssa, 9, dan Mohamed Haqaish, 7, menerusi perkahwinan terdahulu.

Sumber: Harian Metro

Foto: Instagram @dynasmokhtar

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI