Gaya Hidup

Puji Hospital Assunta, Natasha Hudson Selamat Bersalin Anak Keempat!

Pertama kali ke Hospital Assunta, Natasha Hudson sekali lagi melahirkan rasa syukur apabila selamat bersalin anak keempat pada Rabu lepas.

Menurut pelakon, model dan emcee jelita yang meniti usia 42 tahun itu, pengalaman melahirkan seorang lagi anak merupakan momen yang paling bermakna buatnya.

“Terima kasih kepada seluruh pasukan Hospital Assunta, dari pengurusan profesional, PR, jururawat dan bidan-bidan hebat yang menjaga saya sejak hari pertama pemeriksaan sehingga hari melahirkan.

Dan terima kasih tak terhingga kepada doktor yang juga sahabat keluarga kami, Datuk Dr Mohammed Niraj yang telah bersama saya selama ini.

Instagram @natashahudsonofficial
Instagram @natashahudsonofficial

Ini merupakan kali pertama saya di Hospital Assunta Petaling Jaya kerana doktor saya dipindahkan ke sini dan saya sangat kagum dengan layanan serta perhatian yang diberikan.

70 tahun menjadi hospital bersalin terbaik, Assunta benar-benar menakjubkan bagi saya,” puji Natasha Hudson yang baru pertama kali ke Hospital Assunta dan selamat bersalin anak keempatnya.

 

ANAK KEEMPAT

Natasha turut memuat naik foto bersama suami tercinta ketika berada di wad disamping Datuk Dr Mohammed Niraj dan bayi Kaia.

Nampak berseri-seri wajah Natasha Hudson, terserlah rasa gembira buat suami isteri ini menyambut kelahiran zuriat mereka. Selamat berpantang dan semoga semuanya cepat sihat!

Pada 2022, Natasha mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Haris Jasmin atau lebih mesra disapa Jay Jasmin dan kini dikurniakan seorang cahaya mata.

Terdahulu sebelum ini, Natasha pernah berkongsi gambar bersama anak perempuannya, Neesa Helena yang merupakan anak sulung beliau menerusi perkahwinan terdahulu bersama Datuk Shahrin Zahari.

Pasangan ibu dan anak itu, Natasha Hudson dan Neesa Helena, 16, bergambar secara eksklusif menerusi iklan kecantikan Estee Lauder sempena sambutan Hari Raya.

Instagram @natashahudsonofficial

 

Instagram @natashahudsonofficial

 

NEESA HELENA

Menurut Sinar Plus, Neesa Helena merupakan zuriat daripada perkahwinan kedua beliau yang hanya mampu bertahan dua tahun sahaja.

Siapa sangka, kini anak perempuannya itu sudah besar dan semakin cantik. Pastinya mewarisi kejelitaan ibunya itu yang sehingga kini tetap anggun dan awet muda.

Selain Neesa, pelakon berkenaan turut dikurniakan dua lagi cahaya mata perempuan hasil perkahwinannya yang ketiga iaitu Naeema Kalila dan Fatimah.

Instagram @natashahudsonofficial

 

Untuk rekod, Natasha pernah berkahwin dan bercerai sebanyak empat kali. Perkahwinan pertamanya bersama Mohd. Faiz Mohd. Raih pada 2006 hanya bertahan selama empat bulan.

Diikuti perkahwinan kedua dengan ahli politik, Datuk Shahrin Zahari pada Julai 2007 hanya bertahan selama dua tahun. Namun, menerusi perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan Neesa Helena.

Natasha kemudiannya berkahwin dengan penyanyi hip hop Khalid Kamal atau Carleed Khaza 15 April 2012. Menerusi perkahwinan bersama Carleed, Natasha dikurniakan dua cahaya mata, Naeema Khaleela dan Faatimah. Pasangan ini bercerai pada 2018.

Natasha berkahwin kali keempat dengan seorang ahli perniagaan asal Kelantan, Noor Nashriq Sekarnor pada 7 Disember 2018, namun bercerai pada Oktober 2019.

Biarpun sudah melewati usia 4o-an, namun Natasha tetap kelihatan jelita bagai tak diusik masa.

Instagram @natashahudsonofficial

 

Instagram @natashahudsonofficial

 

Natasha atau nama sebenarnya Natasha Liana Hudson, 42, kini aktif dengan hobi barunya iaitu aktiviti luncur air. Dalam tempoh kehamilan, wanita jelita ini masih aktif meluncur malah sering memuat naik aktiviti sukan tersebut di media sosial.

Artikel berkaitan: https://www.nona.my/bella-astillah-penat-11-kali-curang-masihkah-ada-peluang-ke-12-untuk-aliff-aziz/

Share
Published by
Norzalina