
Wah, tahniah Dr Amalina Che Bakri yang kini sedang berbadan dua. Nampaknya tak lama lagi Arabella Mia bakal jadi kakak!
Perkongsian foto terbaharu pakar bedah kelahiran Malaysia di United Kingdom (UK) ini mengejutkan ramai pihak. Mana tidaknya, tahu-tahu saja kandungan Dr Amalina sudah makin membesar.
Patutlah dia jarang kemaskini media sosial, rupa-rupanya bakal timang anak kedua.
Penampilan Terbaharu Dr Amalina Che Bakri
Ia gambar pertama yang dimuat naik Dr Amalina memaparkan perubahan fizikalnya yang sedang hamil.
Bagaimana pun tiada sebarang kenyataan dikeluarkan doktor wanita ini berhubung kehamilan terbaharu.
Sempena Hari Raya tahun ini, Dr Amalina atau pemilik nama Nur Amalina Che Bakri ini berkesempatan pulang ke kampung halaman dan bertemu ibu tersayang di Johor Bahru.
Dalam kesibukan bertugas dalam bidang perubatan di UK dan urus suami serta anak-anak, figura berusia 38 tahun ini tetap mencari ruang untuk meluangkan masa menyambut Aidilfitri bersama ibu tersayang, Sabariah Hassan.
Apatah lagi Dr Amalina merupakan anak tunggal. Tahun lalu, ibunya sanggup ‘terbang’ ke London untuk meraikan Hari Raya bersama anak, menantu dan cucu kesayangan.
Menerusi gambar yang dikongsikan di media sosial miliknya baru-baru ini kelihatan Dr Amalina mengenakan busana ala kebaya rona putih. Sementara suami tercinta, Alexander Charles segak berbaju Melayu royal blue lengkap bersamping.
Ucap Dr Amalina, “Eid Mubarak from ours to yours.”
Dr Amalina Che Bakri Pelajar Pintar SPM 2004
View this post on Instagram
Dr Amalina Che Bakri pernah menjadi bualan di negara ini dan dilabel pelajar pintar atas kejayaannya memperoleh keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 17A1 pada tahun 2004.
Dia kemudian menerima biasiswa daripada Bank Negara Malaysia seterusnya melanjutkan pelajaran di UK hingga ke peringkat Master. Bahkan Dr Amalina juga baru saja tamat pengajian Doktor Falsafah (PhD) dari Imperial College London.
Dr Amalina berkahwin dengan Alexander Charles pada tahun 2021. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Arabella Mia.