Bagi sesetengah orang, untuk menjaga penampilan diri, kesihatan dan berat badan masing-masing, terdapat banyak cara atau method yang boleh diamalkan.

Ads

Antara salah satu cara yang NONA rasakan menarik, adalah perkongsian dari pelakon jelita, Sherry Ibrahim menerusi Instastory miliknya.

Makan Dalam Kuantiti Sedikit Tapi Kerap, Sherry Enggan Bazir Makanan!

Punyai Cara Tersendiri Kekalkan Tubuh Badan ‘Langsing’, Ini Yang Diamalkan Sherry Ibrahim  Punyai Cara Tersendiri Kekalkan Tubuh Badan ‘Langsing’, Ini Yang Diamalkan Sherry Ibrahim 

Perkara berkenaan dimaklumkan Sherry menerusi satu muatnaik hantaran video pendek memaklumkan tentang dirinya yang mahu kembali aktif melaksanakan senaman, susulan telah seminggu demam dan mengalami gangguan kesihatan.

“Nak mula bersenam balik selepas seminggu demam, selsema dan batuk yang paling lama setakat ini. Sebab makan banyak itu je dah sangat kenyang.

“Jadi pembaziran makanan adalah tidak baik sebab itu saya bahagikan siap-siap,” tulis Sherry ringkas.

Nasi Segengam, ‘Rahsia’ Sherry Kekal Langsing

Punyai Cara Tersendiri Kekalkan Tubuh Badan ‘Langsing’, Ini Yang Diamalkan Sherry Ibrahim 

Bagaimanapun, menerusi hantaran video berkenaan dapat dilihat Sherry yang sedang menikmati juadah makan tengaharinya iaitu Ayam Goreng Kunyit bersama nasi putih.

Ads

Namun, apa yang menarik perhatian adalah kuantiti karbohidrat iaitu nasi yang diambil oleh Sherry yang sedikit dan boleh dikatakan tidak sampai segenggam. Malah, meskipun kuantiti sedikit, nasi berkenaan kelihatan seperti tidak terusik.

Punyai Cara Tersendiri Kekalkan Tubuh Badan ‘Langsing’, Ini Yang Diamalkan Sherry Ibrahim  Punyai Cara Tersendiri Kekalkan Tubuh Badan ‘Langsing’, Ini Yang Diamalkan Sherry Ibrahim 

Ads

Dalam satu siri hantaran yang berasingan, Sherry mendedahkan bahawa dengan pengambilan nasi yang sedikit itu pun sudah cukup membuatkan dia merasa kenyang.

Jadi tidak hairanlah jika, bekas pramugari ini mampu mengekalkan penampilan tinggi langsing sekaligus menjaga kejelitaaan dirinya.

Nonarians yang mahu menurunkan berat badan juga boleh meniru cara yang diamalkan aktress jelita ini. Nak kurus, bukan tidak boleh makan. Hanya perlu makan ketika lapar dan pastikan anda makan dalam kuantiti sedikit dan kerap. Selamat mencuba!

Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari @Hijabista

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI