‘Punyalah malas!’ Malaysia Tersenarai Nagara Ketiga Di Dunia Paling Malas Jalan Kaki

Berjalan kaki banyak faedahnya! Selain itu, berjalan kami juga merupakan terapi kesihatan asas yang penting bagi manusia. Namun, satu kajian baru-baru ini mendedahkan rakyat Malaysia berada di tangga ketiga di dunia yang malas untuk berjalan kaki. Seriuslah!

Kajian dari Universiti Stanford dibuat berdasarkan maklum balas 717,527 responden yang memberikan gambaran tentang gaya hidup penduduk di 111 negara di seluruh dunia. Menariknya, kajian ini juga mendedahkan negara pertama di dunia yang paling malas berjalan kaki ialah Indonesia.

Berdasarkan laman web tempo.co, kajian itu turut menyatakan bahawa purata orang Indonesia berjalan hanya 3,513 langkah sehari. Manakala Malaysia pula berada di tempat ketiga dengan purata 3,963 langkah sehari.

Dalam penelitian tersebut juga turut mendedahkan negara yang rakatnya paling rajin berjalan kaki adalah Hong Kong dengan 6.880 langkah sehari. Selepas Hong Kong, negara yang rakyatnya rajin berjalan kaki adalah China 

dengan rata-rata 6.189 langkah per hari. Di tempat ketiga ialah Ukraine (6,107), keempat Jepun (6,010) dan kelima ialah Rusia (5,969).

Menurut KOSMO Online, berdasarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), purata jumlah berjalan kaki bagi setiap individu seperti mana yang disarankan oleh global adalah sekurang-kurangnya 5,000 langkah sehari. Dalam pada itu, kajian yang sama berkata, negara dengan masalah obesiti rendah adalah merujuk kepada sikap rakyatnya gemar melakukan aktiviti berjalan kaki setiap hari.

Untuk rekod, jalan kaki ternyata banyak manfaatnya. Antara kelebihanya adalah ia mampu mencegah penyakit jantung, mengurangkan risiko alzheimer, mencegah diabetes, menurunkan risiko terkena strok dan mencegah osteoporosis.

Share
Published by
Wan Firdaus