15 Januari lepas telah berlangsungnya Majlis Perkahwinan Diraja dengan Istiadat Bersanding Pengantin Diraja Yang Teramat Mulia (YTM) Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah dengan Yang Amat Mulia (YAM) Pengiran Muda Bahar yang dirai penuh tradisi, gilang-gemilang dan meriah di Istana Nurul Iman, Brunei Darussalam.
Dalam istiadat itu, kedua-dua pengantin diraja kemudiannya dijunjung berangkat dari majlis oleh DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.
Berkongsi momen terindah dan istimewa kekanda tersayang, DYTM Pengiran Muda ‘Abdul Mateen turut tidak ketinggalan memuat naik beberapa foto di majlis istiadat perkahwinan yang berlangsung.
Namun salah satu foto tersebut mengundang pelbagai reaksi dan teka-teki dalam kalangan followers putera diraja Brunei tersebut. Ini selepas DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen merakam gambar kenangan di samping pasangan mempelai yang turut disertai seorang wanita cantik berselendang dan mengenakan persalinan songket.
Difahamkan wanita berwajah kacukan itu ialah cucu kepada salah seorang menteri di Brunei. Yang pasti, kehadiran gadis bernama Anisha Isa-Kalebic ini mengundang persoalan mengenai status hubungan di antara mereka berdua.
Terdapat desas-desus mengatakan Anisha ialah adik kepada sahabat Pengiran Muda Mateen iaitu Danial Isa. Namun tiada banyak maklumat mengenai gadis itu yang turut dikhabarkan menetap di England dan masih belajar di sana.
Ini bukanlah kali pertama Pengiran Muda Mateen memuat naik gambar Anisha di media sosial miliknya. Bahkan ketika perkahwinan kekandanya, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah pada Januari tahun lalu juga kelihatan Anisha di samping putera kacak berkenaan.
This website uses cookies.