21 Disember lalu, Puteri Nur Aisya yang merupakan anak perempuan kepada pengarah terkenal iaitu Aziz M. Osman dan bekas isteri, Nor Aliah Lee selamat melangsungkan perkahwinan. Diraikan dalam sebuah majlis serba indah dan meriah, Puteri Nur Aisya sah menjadi isteri kepada jejaka pilihan yang dikenali sebagai Muhammad Hasif.
Menerusi perkongsian di media sosial, pengantin perempuan yang berusia 25 tahun berkenaan tampil cantik berseri dalam persalinan perkahwinan indah rona putih gading.
Ibu Puteri Aisya, Nor Aliah Lee Tampil Anggun
Begitu juga ibu pengantin perempuan, Nor Aliah Lee yang kelihatan cukup anggun dalam busana tradisi warna beige.
Aktres filem Puteri Impian tersebut dilihat mengiringi anak perempuan tersayang ke pelaminan ketika majlis pernikahan.
Rata-rata warga maya merindui wajah jelita Nor Aliah Lee dan memuji penampilan awet muda selebriti wanita berkenaan. Meskipun sudah mencecah usia 52 tahun namun pesona dan keanggunannya jelas terserlah.
Majlis pernikahan berlangsung sempurna apabila Puteri Aisya dinikahkan bapa kandung, Aziz M. Osman.
Nor Aliah Lee Syukur Anak Perempuan Sah Jadi Isteri
Pasangan mempelai turut diraikan ahli keluarga dan kenalan rapat. Difahamkan pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 1 Jun 2024 yang lalu.
Dalam resepsi ini, Aziz yang juga bintang filem XX-Ray turut memuat naik gambarnya di samping anak perempuan tersayang.
Sambil menyertakan kapsyen, “Hari ini saya bagi anak saya dekat orang.”
View this post on Instagram
Pengantin perempuan merupakan graduan lulusan undang-undang dari Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Aziz M. Osman dan Nor Aliah pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 1992 namun berpisah pada tahun 2007 selepas 15 tahun hidup bersama.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan Puteri Nur Asyiqin, Putera Mohd Aiman, Puteri Nur Aisya, Puteri Nur Ain dan Putera Mohd Ameen.
Nor Aliah Lee kini ialah isteri kepada Mohammad Zekri Ibrahim.
Semoga rumah tangga yang dibina Puteri Nur Aisya Aziz dan suami tercinta, Muhammad Hasif kekal bahagia berpanjangan sampai ke syurga.