YAM TENGKU DATIN PADUKA SETIA ZATASHAH SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH

Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Datin Paduka Setia Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah sememangnya dikenali sebagai puteri diraja yang berjiwa rakyat. Tanggal 12 Oktober semalam merupakan ulang tahun keputeraan Tengku Zatashah yang ke-47. Tak sangka rupa-rupanya puteri diraja Selangor ini sudah meniti usia lewat 40an. Memang nampak awet muda! Mungkin sebab Tengku Zatashah sangat mementingkan gaya hidup aktif dan sihat.

Bagi mereka yang sering mengikuti perkembangan Tengku Zatashah pasti menyedari puteri jelita ini seorang wanita berjiwa klasik dan gemar mengenakan persalinan tradisional kebaya. Tidak kira ketika menghadiri majlis rasmi mahupun tatkala menyambut musim perayaan… busana tradisi sentiasa menjadi pilihan.

Ads

https://www.instagram.com/p/CGOT7eAhKcw/

Puteri Berjiwa Rakyat, TENGKU ZATASHAH Sambut Ulang Tahun Keputeraan Ke-47! Puteri Berjiwa Rakyat, TENGKU ZATASHAH Sambut Ulang Tahun Keputeraan Ke-47! Puteri Berjiwa Rakyat, TENGKU ZATASHAH Sambut Ulang Tahun Keputeraan Ke-47!

Puteri Berjiwa Rakyat, TENGKU ZATASHAH Sambut Ulang Tahun Keputeraan Ke-47! Puteri Berjiwa Rakyat, TENGKU ZATASHAH Sambut Ulang Tahun Keputeraan Ke-47!

Puteri Berjiwa Rakyat, TENGKU ZATASHAH Sambut Ulang Tahun Keputeraan Ke-47!

Puteri Berjiwa Rakyat, TENGKU ZATASHAH Sambut Ulang Tahun Keputeraan Ke-47!
Tengku Zatashah di samping ibunda tersayang

Puteri Berjiwa Rakyat, TENGKU ZATASHAH Sambut Ulang Tahun Keputeraan Ke-47!

Puteri Berjiwa Rakyat, TENGKU ZATASHAH Sambut Ulang Tahun Keputeraan Ke-47!

Jika diamati koleksi baju kebaya Tengku Zatashah memang bermacam-macam rekaan dan warna ada dalam simpanannya. Tidak mahu terikat dengan style dahulu semata-mata Tengku Zatashah bijak mempelbagaikan gaya agar sentiasa tampil segar. Ada masanya juga, Penaung Make-A-Wish Malaysia ini mengenakan padanan seluar panjang yang dilihat cukup sesuai dengan cita rasa moden.

Selain sarat dengan budaya ketimuran dalam pemakaian, Tengku Zatashah juga seorang puteri diraja berjiwa rakyat. Mana tidaknya, penglibatan Tengku Zatashah dalam badan kebajikan bukan lagi rahsia. Ada saja peluang untuk membantu golongan kanak-kanak, individu kurang berkemampuan dan warga emas… pasti kelibat Tengku Zatashah muncul dalam aktiviti kemasyarakatan sedemikian. Termasuklah usaha untuk melindungi hidupan liar dan laut yang kini diancam mati akibat pencemaran.

Ads

Puteri Berjiwa Rakyat, TENGKU ZATASHAH Sambut Ulang Tahun Keputeraan Ke-47! Puteri Berjiwa Rakyat, TENGKU ZATASHAH Sambut Ulang Tahun Keputeraan Ke-47! Puteri Berjiwa Rakyat, TENGKU ZATASHAH Sambut Ulang Tahun Keputeraan Ke-47! Puteri Berjiwa Rakyat, TENGKU ZATASHAH Sambut Ulang Tahun Keputeraan Ke-47! Puteri Berjiwa Rakyat, TENGKU ZATASHAH Sambut Ulang Tahun Keputeraan Ke-47!

Puteri Berjiwa Rakyat, TENGKU ZATASHAH Sambut Ulang Tahun Keputeraan Ke-47!

Puteri Berjiwa Rakyat, TENGKU ZATASHAH Sambut Ulang Tahun Keputeraan Ke-47!

Ads

Tengku Zatashah sebelum ini pernah terlibat dan masih aktif menyertai kempen Zero Food Wastage, Women Empowerment, No Bully dan Save Wild Life. Malah, puteri ini juga merupakan sukarelawan Kechara Soup Kitchen Society iaitu sebuah organisasi yang berperanan memberi bantuan makanan kepada golongan gelandangan. Difahamkan, tahun ini ialah tahun kelima Tengku Zatashah bersama organisasi tersebut.

Moga segala usaha murni Tengku Zatashah dalam mempromosikan budaya Malaysia dan keprihatinan terhadap semua pihak termasuk haiwan mencetus inspirasi kepada wanita lain.

 

 

Kredit: Instagram Malay Royalties & Tengku Zatashah

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI