Memiliki wajah yang cantik dan berhati mulia membuatkan Princess Sofia menjadi kesayangan rakyat Sweden. Walaupun bukan berasal dari keluarga diraja namun wanita tinggi lampai ini pandai membawa diri tinggal di dalam istana.

IKLAN
Puteri Kesayangan Rakyat Sweden, Princess Sofia Disahkan COVID-19 & Kuarantin Di Istana
Foto: Instagram @sweedish_royal_family
Puteri Kesayangan Rakyat Sweden, Princess Sofia Disahkan COVID-19 & Kuarantin Di Istana
Foto: Instagram @prinsparet

Wajah kesayangan Prince Carl Philip, anak kepada King Carl XVI Gustaf dan Queen Silvia ini telah dijangkiti pandemik COVID-19 seperti yang dilaporkan oleh Dailymail. Princess Sofia dan suaminya masing-masing telah disahkan positif COVID-19 dan sedang melakukan kuarantin di dalam istana bersama anak mereka, Prince Alexander, 4 tahun dan Prince Gabriel, 3 tahun.

Puteri Kesayangan Rakyat Sweden, Princess Sofia Disahkan COVID-19 & Kuarantin Di Istana
Foto: Instagram @sweedish_royal_family
Puteri Kesayangan Rakyat Sweden, Princess Sofia Disahkan COVID-19 & Kuarantin Di Istana
Foto: Instagram @sweedish_royal_family

Khabarnya pasangan diraja ini mempunyai mild flu symptoms selepas menghadiri majlis pengkebumian saudara lelaki Queen Silvia. Sebelum itu, Princess Sofia pernah menunjukkan sisi mulianya apabila sanggup meletakkan statusnya sebagai kerabat diraja ketepi demi membantu para barisan hadapan memutuskan rantaian pandemik COVID-19.

Puteri Kesayangan Rakyat Sweden, Princess Sofia Disahkan COVID-19 & Kuarantin Di Istana
Foto: Instagram @sweedish_royal_family

Princess of Sweden ini telah menyumbangkan bakti dan tenaganya sebagai pekerja sukarelawan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh para barisan hadapan. Salah satu tugas yang telah dilakukan oleh Duchess of Varmland atau nama sebenarnya Sofia Kristina Hellqvist ini adalah membantu para doktor dan jururawat membasmi kuman peralatan perubatan.

Puteri Kesayangan Rakyat Sweden, Princess Sofia Disahkan COVID-19 & Kuarantin Di Istana
Foto: Instagram @sofia_princesssweeden

Walaupun hanya menyarung uniform ringkas berwarna biru sama seperti sukarelawan atau para petugas hadapan lain dan berkasut sukan berwakrna putih tetapi aura baginda tetap bersinar seperti biasa. Tanpa meletakkan tiara di atas kepala seperti kebiasaan, puteri diraja Sweeden yang berusia 36 tahun ini tetap anggun walau hanya mengikat rambutnya ke belakang.

IKLAN
Puteri Kesayangan Rakyat Sweden, Princess Sofia Disahkan COVID-19 & Kuarantin Di Istana
Foto: Instagram @sweedish_royal_family
Puteri Kesayangan Rakyat Sweden, Princess Sofia Disahkan COVID-19 & Kuarantin Di Istana
Foto: Instagram @sweedish_royal_family

Mengimbau kisah tentang perkahwinan diraja ini, pada mulanya mencetus kontroversi apabila rakyat jelata seakan tidak merestui perkahwinan mereka. Rakyat menganggap Princess Sofia tidak layak menjadi puteri diraja kerana begitu berbeza dengan Carl Philip of Sweden yang digambarkan seorang putera raja sempurna, kacak, ramah dan berpendidikan tinggi.

IKLAN
Puteri Kesayangan Rakyat Sweden, Princess Sofia Disahkan COVID-19 & Kuarantin Di Istana
Foto: Instagram @sweedish_royal_family
Puteri Kesayangan Rakyat Sweden, Princess Sofia Disahkan COVID-19 & Kuarantin Di Istana
Foto: Instagram @sweedish_royal_family

Namun, lama-kelamaan kejelitaan, kebaikan dan kemurnian hati yang ditonjolkan oleh puteri ini diterima baik rakyat jelata dan golongan istana serta mendapat gelaran Her Royal Highness Princess Sofia of Sweden dan Duchess of Varmland.

Puteri Kesayangan Rakyat Sweden, Princess Sofia Disahkan COVID-19 & Kuarantin Di Istana
Foto: Instagram @sweedish_royal_family

Sebelum berkahwin dengan kerabat diraja Sweeden ini, Princess Sofia hanyalah gadis biasa yang dilahirkan di Stockholm dan bergiat aktif dalam bidang peragaan. Bintangnya mula menyinar apabila menyertai program realiti TV dan kehidupan terus berubah apabila bertemu dan jatuh cinta dengan putera kacak Sweeden ini sehingga mendirikan rumah tangga pada 13 Jun 2015.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI