Fesyen

Puteri Mahkota Denmark, Princess Mary Elizabeth Anggun Menggayakan Tiara Berusia Lebih 200 Tahun Di Majlis Tahun Baru

Kerabat diraja Denmark sememangnya tahu bagaimana untuk menyambut tahun baru. Dalam acara tahun yang diadakan secara rasmi itu, ahli-ali kerabat diraja tampil penuh menawan dalam busana menarik dan juga perhiasan kemas yang mewah. Namun yang paling mencuri perhatian media adalah penampilan Puteri Mahkota negara tersebut iaitu Princess Mary Elizabeth yang merupakan menantu kepada permaisuri pemerintah negara tersebut Queen Margrethe.

Mary tampil anggun dalam persalinan gaun labuh potongan A-line rona merah garang dan siap berhias dengan beberapa darjah kebesaran. Apa yang menarik perhatian tentang penampilannya itu adalah tiara ‘The Danish Ruby Parure’ yang merupakan tiara turun temurun yang telah wujud dari zaman napoleon sekitar tahun 1800. Tiara berhias penuh berlian dan batu delima ini sungguh unik kerana bentuknya diilhamkan dari daun dan buah beri.

Mary tiba dimajlis bersama suaminya, Putera Mahkota Denmark, Prince Frederik yang segak menggayakan pakaian seragam tentera siap topi bulu. Pasangan ini melangsungkan perkahwinan pada tahun 2004 dan dikurniakan empat cahaya mata. Sebelum berkahwin dengan Prince Frederik, Mary merupakan orang kebanyakan warga Australia yang bekerja sebagai pengarah akaun di dalam bidang pengiklanan.

Share
Published by
Fiezreen