Kembali ‘Senyum’, PUTERI SARAH Lega Akhirnya Dilepaskan Syamsul Yusof Dengan Talak 1

Kemelut rumahtangga antara Puteri Sarah dan Syamsul Yusof akhirnya menemui titik noktah apabila pasangan itu sah bercerai buat kali kedua ketika prosiding status pengesahan cerai, di hadapan Hakim Syarie, Akmalluddin Ilyas.

“Saya ceraikan Puteri Sarah dengan talak satu,” kata Pengarah filem ‘Mat Kilau’, Syamsul Yusof ketika prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di sini pada Rabu.

Sebelum mahkamah merekodkan lafaz talak, peguam syarie, Azmi Mohd Rais yang mewakili pengarah filem berusia 39 tahun itu mencadangkan, pasangan berkenaan bersalaman bagi memohon kemaafan.

Kredit foto: Astro AWANI/Shahir Omar

Puteri Sarah yang memakai baju kurung moden kemudiannya mencium tangan suaminya ini buat kali terakhir, dengan disaksikan Akmalluddin dan rakan-rakan artis itu.

Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Shamsul Md Yusof mengucapkan istighfar dalam keadaan tenang lalu menjatuhi talak satu terhadap Puteri Sarah.

Mendengar ucapan tersebut, Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, kelihatan tenang dan tidak menunjukkan sebarang perubahan emosi yang ketara.

Susulan itu, mahkamah merekodkan permohonan cerai secara baik, difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, pada jam 12.23 tengah hari.

Astro AWANI/Shahir Omar

Semasa prosiding, mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Puteri Sarah Liyana atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin itu, terhadap suaminya yang berusia 39 tahun, pada 16 Januari lalu.

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Kemelut rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi anak kepada Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenai perkara itu.

Pada 6 Januari lalu, Syamsul akhirnya mengotakan janji untuk ‘meletak titik noktah’ pada teka-teki perhubungannya dengan Ira Kazar, apabila mengakui sudah menikahi wanita itu di Thailand. Puteri Sarah kemudiannya memfailkan permohonan cerai daripada Syamsul pada 16 Januari lalu, menerusi Tetuan Akberdin & Co.

Sumber: Sinar Harian

***

Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

 

 

 

 

Share
Published by
Wan Firdaus