Tidur sebentar sebelum waktu Zohor, atau Qailulah, mungkin dengarnya macam amalan remeh. Golongan pekerja macam kita pun jarang ambil pusing pasal tidur tengah hari ni, maklumlah waktu itulah kita nak rehat atau keluar lunch. Tapi lepas tengok posting Nora Ariffin, terus rasa nak mulakan Qailulah tiap hari sebab besar manfaatnya!
Qailulah atau power nap, sememangnya amat baik untuk tubuh badan kita. Selain beristirahat, minda juga lebih fokus untuk beribadah dan menjalankan urusan harian yang lain dengan bertenaga. Waktu yang disarankan pula di antara jam 12.30 – 1.30 petang (sebelum waktu Zohor).
Terkesan dengan sharing Nora ni…
Petang-petang begini ada yg suka Kailullah tidur sekejap ‘sebelum’ Zohor.
Lepas zohor, sambung berzikir… amalan ahli ibadah zaman2 dulu.
Mungkin skrg dah jarang kot.
Lepas tu minum teh.
Menariknya, aktor kacak Norman Hakim pun setuju dengan amalan sunat Qailulah malah ini komennya:
normanhakim_786 Saya sis. Qailulah sgt bagus waktu afdal antara 12.30pm sampai Zuhur. Yup 1 minit bersamaan 45 sama ‘nyenyak’ sebelah malam. Saya doakan sis terus kuat dalam hidup. Doakan saya jugak.
Tersebut Dalam Hadis
Yang menariknya, penemuan sains mendapati fenomena tidur sebentar ini bukan saja dapat menyegarkan minda, malah meningkatkan kebolehan otak untuk belajar perkara baru selepas bangun tidur.
Berdasarkan kajian pakar psikologi, Dr. Matthew Walker dari Universiti of California, ‘tidur sebentar’ ni bukan saja membetulkan kualiti tidur seseorang malah ia memberikan kesegaran yang sama seperti sebelum kita tidur, pada tahap neuro-kognitif.
Oh, tak hairanlah kalau Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamad selalu nampak cergas dan cerdas. Dengarnya Tun memang amalkan tidur jenis ni setiap hari!
Sabda Rasullah s.a.w, “Lakukanlah Qailulah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani Qailulah.” (Riwayat ai-Tabrani)
Hadis juga menyebut, “Syaitan tidak melakukan Qailulah, oleh itu orang-orang mukmin yang melakukan Qailulah atau tidur sejenak sebelum solat Zohor selama 10-40 minit akan memperolehi kerehatan yang cukup, sehingga membolehkannya melakukan ibadat dengan sempurna sepanjang hari.”
Confirm bertenaga!
Nampak tak betapa bagusnya kalau wanita macam kita buat amalan sunat ni tiap hari? Cuba susun masa supaya waktu tengah hari kita terisi dengan Qailulah, kemudian baru diikuti solat Zohor dan kembali bekerja macam biasa. Tentu luar biasa kesannya!
Memang bagus sangat pelawaan Nora untuk followers Instagram beliau. Balu kepada komposer terkenal Johan Nawawi dan ibu kepada empat cahaya mata ini juga baru saja melancarkan single bertajuk ‘Ada Dalam Tiada’ tahun lalu. Memang sebak sangat, terasa sungguh kehilangan suaminya!
Kesempatan berjumpa Nora sempena sesi penggambaran cover Mingguan Wanita semalam, turut membuatkan kami semua kagum dengan kecekalannya. Kebetulan keempat-empat anaknya turut hadir di studio, maka memang terserlah kekuatan ibu tunggal ini mengemudikan keluarganya, biarpun tanpa nakhoda!
Pada kami, Nora sememangnya lambang seorang wanita Muslimah yang bukan saja cantik, lemah lembut, malah bersifat keibuan dan tangkas menguruskan semua perkara. Tak syak lagi bahawa amalan Qailulah ni banyak faedahnya. Betul tak?
This website uses cookies.