Bahang perayaan Tahun Baru Cina masih terasa. Meskipun kebanyakan masyarakat Cina sudah kembali sibuk mengerjakan tugas masing-masing, namun pemakaian busana tradisi seperti ‘Qipao’ masih digayakan tanpa mengira masa. Paling menarik, olahan rekaan Khoon Hooi membuatkan busana ini juga sesuai dipakai oleh wanita tanpa mengira bangsa dan usia!
Dengan belahan kolar Mandarin berhias butang pankou, Khoon Hooi bijak mengolah potongan qipao agar menepati pelbagai acara.
Walaupun masih mengekalkan identiti klasik, namun suntikan seolah trumpet dress dan perincian bulu burung unta memberikan aura moden Hollywood. Rona-rona yang dipertaruhkan juga bervariasi dari pilihan pastel hingga terang.
Bagi yang tercari-cari qipao elegan buat menghadiri majlis eksklusif atau upacara tertentu, ayuh semak himpunan di bawah…
TIP PILIH QIPAO
This website uses cookies.