Zoe Saldana, superstar yang tidak asing lagi dalam arena seni lakonan Hollwood. Dari satu naskah ke satu naskah lakonannya mendapat tempat di hati peminat dengan pulangan yang cukup lumayan sehingga memecahkan rekod di carta filem Box Office, dan kini Zoe Saldana digelar Ratu Box Office. Bayangkan, Zoe mencipta sejarah box-office sebagai pelakon pertama membintangi empat filem yang mencatatkan kutipan lebih AS$2bil (RM8.56bil) di seluruh dunia.
Bulan lalu, filem Avatar: The Way Of Water yang dipasarkan oleh Disney dan 20th Century Studios berjaya mendapatkan kutipan AS$2bil menjadi ianya filem keempat dibintangi Zoe yang berjaya mencapai kutipan tersebut.
Empat filem Zoe dengan kutipan tertinggi ialah Avatar 2009 (AS$2.87 bilion), Avengers: Endgame 2019 (AS$2.8 bilion), Avengers: Infinity War 2018 (AS$2.05 bilion) dan Avatar Air: The Way of Water 2022 (AS$2bilion). Bertahun lamanya Saldana dilihat cuba membuktikan kemampuan dirinya sebagai salah seorang bintang filem moden yang paling prolifik di dunia, muncul dalam francais filem blockbuster termasuk Avatar, The Avengers, Guardians Of The Galaxy, Pirates Of The Caribbean dan Star Trek.
Apatah lagi perjalanan karierya bukan mudah memandangkan asal usulnya berkulit hitam, memberikan cabaran tertentu buat dirinya mencipta nama apatah lagi perlu bersaing dengan pelakon kulit putih.
Bintang Hollywood berusia 44 tahun itu bukan sahaja membuka pintu yang lebih luas untuk wanita berwarna kulit lain untuk mendapat tawaran di skrin besar tetapi Zoe juga berjaya menggunakan kemasyhuran dan pengaruhnya untuk menjadi advocate
bagi hak DREAMers dan keluarga pendatang.Sebagai aktivis yang aktif, Zoe juga banyak memperjuanlan tentang hak wanita, gaji yang sama, mempertahankan gerakan Time’s Up, dan kepentingan mengundi dalam pilihan raya 2020.
Di laman sosial Instagram, Zoe juga cukup lantang bercakap tentang ketidakadilan kaum dan layanan kejam terhadap pendatang di pusat tahanan sempadan, antara isu sosial yang lain. Beliau juga mengasaskan platform media BESE bagi mengukuhkn suara masyarakat yang telah diabaikan daripada wacana arus perdana, mempromosikan kepelbagaian dan keterangkuman.
Walau sudah popular dan kaya raya, Zoe Saldana ternyata lambang wanita yang kuat, lantang dan berpendirian.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
This website uses cookies.