Inspirasi

Rahim Sepahtu Rai Konvo Isteri, Kejayaan Kolin Abdullah Genggam Sarjana Cetus Inspirasi!

Sekalung tahniah buat isteri kepada Rahim Sepahtu yang selesai menamatkan pengajian baru-baru ini. Perkongsian pelawak dan penyampai radio popular itu mengenai khabar gembira suri hatinya iaitu Kolin Abdullah genggam Sarjana meraih perhatian warga maya. Sekaligus menyuntik inspirasi masyarakat.

Menerusi video yang dimuat naik di media sosial, Rahim kelihatan teruja menemani Kolin atau nama sebenarnya Norazlin Abdullah menghadiri Istiadat Konvokesyen Management and Science University (MSU) ke-33 pada 18 Mei lepas.

Rahim yang segak berkemeja putih dilihat membantu isteri tercinta mengenakan jubah konvokesyen dan merakam momen istimewa Kolin sepanjang sesi berlangsung. Jelas terserlah perasaan bangga dan gembira selebriti ini.

Lebih-lebih lagi apabila menyaksikan kejayaan isterinya, Kolin Abdullah genggam sarjana dan menerima skrol pengajian di atas pentas.

Kongsi Rahim, “Cinta dan keajaiban mempunyai persamaan yang besar. Kedua-duanya memperkayakan jiwa dan mencerahkan hati. Tahniah sayang.”

Pada istiadat tersebut, seramai 2,253 graduan daripada 128 program pengajian diraikan dan Kolin menjadi salah seorang daripada penerima Sarjana.

Artikel https://www.nona.my/dia-my-bestie-tempat-luah-macam-macam-aidid-marcello-titip-ucapan-buat-isteri-sempena-anniversary-ke-19/

Difahamkan Kolin ibu kepada empat cahaya mata ini menamatkan pengajian dari Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Pengajian Profesional (FBMP).

Pencapaian figura ini nyata mencetus rasa inspirasi dalam kalangan wanita. Apatah lagi, Kolin sebelum ini pernah mendedahkan sisi kehidupannya yang sukar selepas Rahim menzahirkan hasrat untuk bernikah lagi sekitar tahun 2015.

Dalam tempoh itu, Kolin mengurung dirinya di dalam bilik selama dua minggu dan kembali bangkit bersemangat atas sokongan ibu tersayang.

Berdamai dengan takdir, Kolin turut memuji sikap suami yang tidak mengabaikan dirinya selepas hidup bermadu dan sering memainkan peranan sebagai seorang suami yang baik.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan empat orang anak iaitu Shafiariza Amira, Aidil Aiman, Airina Shazlein dan Harith Haikal.

 

 

Share
Published by
Suzi