Tertarik dengan perkongsian usahawan sukses ini tentang amalan tidur di pagi hari. Mungkin ini rahsia Bonda Rozita sukses dalam perniagaannya dan juga kehidupan yang sentiasa ceria serta gembira bersama keluarga.
Bonda Rozita ada menulis di laman media sosial milik peribadinya tentang amalan tidur di pagi hari yang menarik untuk dikongsi bersama.
Coret Bonda Rozita, “Bebelan saya pada anak-anak yang paling anak-anak tak suka tentang saya, tidur di pagi hari akan mewariskan kemiskinan.
Dalamnya ada sifat malas, otak lembap, tak ada kemajuan diri dan jauh dari kemajuan hidup serta bangun awal pagi inilah sifat-sifat orang-orang berjaya,” tulis usahawan ini yang merungkaikan rahsia Bonda Rozita sukses dalam kehidupannya.
Tambahnya lagi, “Saya ada baca arkitel tidur di pagi hari ini dapat menyebabkan penyakit diabetes. Bahkan Nabi Muhammad SAW juga pernah membangunkan Aisyah yang ketika itu sedang tidur di waktu pagi.
Sesungguhnya Allah memberikan rezekiNya di pagi hari. Ketika kita sedang nyenyak tidur, syaitan telah membuat 3 ikatan..! Di mana setiap ikatan itu tertulis malam yang masih panjang lalu tidurlah terus…!!
Sewaktu anak adam sudah bangun maka terlepaslah satu ikatan. Ketika kita sedang berganjak untuk mengambil wuduk, lepas lah satu ikatan yang lain dan ketika kita solat, maka terlepaslah seluruh ikatan syaitan..! Sangat jelas dan terbukti dari sebuah hadis sahih.
Bahawa masih tidur di waktu pagi akan menjadikan telinga ini tuli dengan seruan azan yang boleh menyebabkan kepada kemiskinan dalam hidup.
Walaupun tak miskin dari segi harta tetapi miskin dari segi kesihatan. Apalah fungsi banyak duit namun penyakit tetap datang menyerang..! Apalah erti hidup dalam harta yang melimpah ruah kalau tak mempunyai kesihatan.
Bangunlah pagi gerakan otak dan badan sama dengan menajamkan otak dan menguatkan badan,” kongsi Bonda Rozita tentang kerugian tidur di pagi hari.
Kagum melihat bagaimana Bonda Rozita mendidik anak-anaknya sehingga berjaya. Dan paling penting semua anak-anaknya mendengar kata-katanya. Teringat ketika menemu bual anak sulung Bonda Rozita, Noor Hayati Kamarzaman atau lebih dikenali sebagai Yati Sendayu Tinggi dulu. Kata Yatie “Semua menantu Bonda Rozita adalah pilihannya,”.
Baca juga; Sebak Tengok Rita Rudaini Hantar Anak Ke Sekolah Asrama, IBU 2 Lelaki Ini Hebat!
This website uses cookies.