4 September 2023 genaplah usia penyanyi Hollywood tersohor, Beyonce. Walaupun dah masuk 40-an tapi Beyonce dilihat masih menawan dan cergas.
Maka tak hairanlah, sejak tahun 90-an lagi Beyonce digelar ikon kecantikan.
Isteri kepada penyanyi rap terkenal, Jay-Z ini memiliki tiga cahaya mata. Namun penampilannya masih mendominasi dunia kecantikan.
Wajahnya yang awet muda serta bentuk badan yang ideal membuatkan ramai tertanya-tanya tentang rahsianya.
Sebagai penyanyi, Beyonce bukan sahaja mementingkan kesihatan suaranya bahkan dia turut memberi perhatian terhadap penampilan agar memukau di atas pentas.
Dalam dokumentari di Netflix, Beyonce pernah mendedahkan tentang diet yang dilakukannya bagi mencapai bentuk badan seperti sekarang.
Antaranya, mengelakkan makanan yang tidak bagus untuk kesihatan.
Diringkaskan daripada portal eatthis.com, berikut 5 makanan yang perlu dielak jika ingin kelihatan awet muda dan cergas seperti Beyonce.
Karbohidrat Olahan
Beyonce mengurangkan karbohidrat yang diolah seperti tepung putih, roti putih atau nasi.
Dia menggantikannya dengan karbohidrat yang lebih sihat seperti buah atau kacang.
Daging Merah
Mengelakkan makan daging adalah amalan biasa dalam diet vegan atau vegetarian. Sesekali, Beyonce makan daging atau menggantikannya dengan protein sayuran.
Mengurangkan pengambilan daging merah juga memberi manfaat kepada tubuh bagi membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dan kolesterol tinggi.
Kurang Makan Ikan
Ikan merupakan protein besar yang membantu menurunkan berat badan dan mengurangkan pengambilan lemak.
Apa yang dilakuan oleh Beyonce ialah mengurangkan makan ikan dalam menu dietnya.
Mengurangkan Pengambilan Gula
Cara ini membantu Beyonce sentiasa berada dalam keadaan ideal dan lebih bertenaga terutama ketika membuat sebarang konsert.
Mengurangkan gula juga membantu meningkatkan kesihatan jantung dan organ secara keseluruhan.
Mengurangkan Produk Tenusu
Mengurangkan pengambilan mengambil makanan mahupun minuman berasaskan tenusu membantu Beyonce mengekalkan kesihatan dan kecantikan kulit.
Sebab itulah kulitnya kekal bersih dan glowing pada usia 40-an.
This website uses cookies.