Blackpink yang terdiri daripada Jisoo, Jennie, Rose dan Lisa sememangnya memiliki keistimewaan masing-masing termasuklah kecantikan yang berbeza sehingga sering membuatkan ramai yang terpegun.
Tentunya ramai yang tertanya-tanya tentang rahsia kecantikan mereka yang sentiasa kelihatan memukau. Bermula dari penjagaan kulit sehinggalah ke soal solekan. Berikut adalah rahsia kecantikan ahli Blackpink yang boleh anda jadikan inspirasi dalam menjaga kulit sehinggalah solekan!
JISOO
Menurut Jisoo dia memiliki kulit yang kering. Maka, penjagaan kulitnya tertumpu kepada pelembapan. Antara produk penjagaan kulit yang amat digemarinya ialah masker yang disapu pada wajah.
Masker tersebut adalah yang direka khusus untuk membersihkan pori-pori atau menenangkan kulit wajah. Jisoo mengamalkan pemakaian masker secara konsisten setiap hari.
JENNIE
Bukan sahaja menjaga kulit wajah, Jennie turut menitikberatkan penjagaan kulit badan. Jennie mengakui bahawa dia memiliki kulit yang sangats lembut kerana dia sentiasa menjaganya dengan baik. Selain itu, dia juga kerap menggunakan lulur badan. Setiap kali jika ada masa terluang, Jennie sangat mengambil berat tentang penjagaan badan.
Ads
Beralih kepada kesihatan bibir, Jennie smempunyai 3 siri pelembap bibir yang berbeza untuk memastikan bibirnya sentiasa kelihatan sihat, gebu dan lembap. Sebab itulah Jennie sering meletakkan lip balm di atas meja berhampiran katilnya bagi memudahkan dia menyapu lip balm pada waktu malam sebelum tidur.
ROSE
Ketika muncul dalam video Vogue Paris, Rose pernah mendedahkan rahsia penjagaan kulit. Pada mulanya, Rose tidak begitu menitikberatkan cara membersihkan wajah pada hari-hari dia tidak bersolek.
Ads
Namun, sebenarnya ia membuatkan kulit Rose terasa kasar sehinggalah akhirnya dia sentiasa membersihkan wajahnya dengan kerap sama ada selepas atau ketika tidak bersolek.
Menurut Rose, tidur yang cukup adalah senjata utamanya dalam rutin penjagaan kulit. Apabila dia mendapat tidur yang cukup, kulitnya akan kelihatan lebih glowing dan lembut, berbeza jika dia kurang tidur.
Ads
LISA
Beberapa kali Lisa dilihat berkongsi petua solekan yang biasa dilakukannya, malah turut menonton beberapa tutorial solekan di YouTube. Namun, Lisa sebemarnya lebih selesa mengenakan solekan yang tidak terlalu tebal namun masih kelihatan flawless!
Bermula dari melukis kening secara nipis dan menyapu pembayang mata dengan warna natural sehinggalah melukis eyeliner di hujung kelopak mata agar solekan matanya terlihat sempurna.
Selain itu, sama seperti Jisoo, Lisa juga memiliki jenis kulit kering. Maka, rutin penjagaan kulitnya lebih banyak tertumpu kepada pelembab.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejuk mata memandang Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah. Setiap kali terlihat kelibat Baginda, mata bagaikan tertawan dengan pesona yang dimiliki. Cukup elegan dan penuh dengan kelembutan.
Sering mengukir senyuman tatkala bertemu rakyat jelata, penampilan Sultanah Nur Zahirah yang gemar mengenakan persalinan tradisi seperti songket dan batik nyata menarik perhatian ramai.
7 Disember lalu merupakan ulang tahun kelahiran Sultanah Nur Zahirah yang ke-49. Meniti usia 49 tahun, Baginda kekal anggun mempersona dan memiliki aura tersendiri. Sultanah Nur Zahirah pernah menjadi Raja Permaisuri Agong dari tahun 2006 hingga 2011. Waktu itu KDYMM Sultan Mizan Zainal Abidin ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Agong Ke-13.
Menurut kenyataan di Instagram rasmi Malay Royalties, Sultanah Nur Zahirah merupakan Raja Permaisuri Agong kedua yang mengenakan hijab selepas Raja Permasuri Agong ke-11, Tuanku Siti Aishah. Baginda juga antara Raja Permaisuri Agong yang berasal dari golongan rakyat biasa seperti Tuanku Bainun dan Tuanku Permaisuri Siti Aishah.
Dari dulu hingga kini gaya tudung Sultanah Nur Zahirah tetap sama. Pendek kata, gaya tudung jenis awning sudah begitu sinonim dengan penampilan Sultanah Nur Zahirah sejak baginda bergelar Raja Permaisuri Agong lagi.
Meskipun terdapat pelbagai jenis rekaan tudung di pasaran hari ini namun baginda tetap setia mengenakan tudung awning. Tidak kira ketika menghadiri majlis rasmi negara, bersantai mahupun sebaliknya. Mungkin pemakaian hijab ini lebih mudah dan praktikal selain sesuai dengan bentuk muka Sultanah Nur Zahirah.
Sultanah Nur Zahirah bertemu jodoh dengan Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah pada 28 Mac 1996 di Kuala Terengganu dan menjadi Raja Permaisuri Agong pada 13 Disember 2006 berikutan perlantikan KDYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13.
Pasangan diraja ini dikurniakan dua orang puteri dan putera iaitu Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Puteri Utama Raja Tengku Nadhirah Zahrah, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Yang Di-Pertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail, YAM Tengku Sri Setia Mahkota Terengganu Tengku Muhammad Mua’az dan YAM Tengku Puteri Daulath Fatimatuz Zahra’.
Sumber: Instagram Royal Terengganu Songket, Malay Royalties & Istana Negara
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dengar macam pelik tapi bagi yang sudah biasa, amalan kecantikan ini mendatangkan kesan positif terhadap diri. Mahu cuba atau tidak, semuanya terpulang kepada persepsi masing-masing. Pada pandangan penulis, selagi amalan tersebut tidak bertentangan dengan adat dan budaya serta tidak membahayakan, tidak salah pun kita mencuba!
TIP CANTIK: ELAK MATA SEMBAP
Petua 1: Hanya menggunakan sudu, anda boleh menghilangkan kesan sembap di bawah mata. Ambil sebatang sudu dan letakkan di dalam peti sejuk selama lima minit. Apabila sudu sudah sejuk, tekupkan pada mata untuk mengurangkan bengkak.
Petua 2: Hiris timun atau ubi kentang dan tekupkan pada bahagian mata untuk menghilangkan sembap. Biarkan kepingan timun atau ubi kentang pada mata dan anda boleh lihat kesannya.
TIP CANTIK: SKRUB
Percutian yang diambil khas untuk meredakan ketegangan dan keletihan dikelilingi kerja-kerja pejabat adalah waktu terbaik untuk anda mula ‘berkawan baik’ dengan skrub. Sekiranya perancangan percutian anda di tepi pandai, jemur tubuh di bawah sinaran matahari. Lumurkan pepasir pantai ke seluruh tubuh dan lakukan seperti skrub. Cara yang semula jadi, sihat dan jimat!
TIP CANTIK: PUTIHKAN GIGI
Ambil sebiji buah strawberi dan sental pada gigi atau menumbuknya lumat dan jadikan sebagai ubat gigi. Lakukan beberapa kali dan lihat keberkesanannya. Asid pada strawberi bertindak balas pada gigi dengan baik. Pastikan membersih mulut selepas itu agar dapat mengurangkan keasidan dalam mulut. Ingat, jangan lakukan setiap hari kerana boleh merosakkan gigi.
TIP CANTIK: HALANG JERAWAT
Siapa sangka ubat gigi bukan hanya bertindak untuk membersihkan gigi tetapi juga boleh melawan jerawat. Sapu ubat gigi pada jerawat sebelum tidur dan biarkan semalaman. Ambil ubat gigi berwarna putih sahaja. Solusi ini amat berkesan terutamanya jika anda sudah kehabisan krim wajah. Jangan gunakan selalu!
TIP CANTIK: GINCU AKAR BIT
Tahukah anda pemerah bibir boleh didapati di dalam peti sejuk? Akar ubi bit yang berwarna ungu dan merah boleh menjadi lipstick stain yang terbaik dan semula jadi. Dap sedikit pewarna pada bibir dan tampil lebih berseri!
TIP CANTIK: TIDUR YANG CANTIK
Beauty sleep, istilah yang biasa digunakan untuk mengajak para wanita tampil cantik dan mendapat rehat secukupnya. Secara logik, jika kurang tidur wajah akan kelihatan murung sehingga menyebabkan senyuman anda menjadi hambar. Lingkaran gelap di bawah mata juga sukar dilindungi dengan bedak asas mahu pun cecair penyamar noda.
TIP CANTIK: RESIPI DI RUMAH
Kecantikan semula jadi bermula dari rumah. Tanamkan minat suka memasak kerana dari situ anda boleh kenal dan tahu khasiat yang terkandung dalam bahan-bahan di dapur sekali gus boleh dijadikan penawar untuk masalah kulit.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Solekan yang cantik pastinya menjadi dambaan setiap wanita. Namun, untuk mendapatan hasil solekan yang sempurna dan menawan, beberapa perkara perlu dilakukan sebelum anda memulakan solekan.
Selain itu, kaedah sebelum bersolek penting bagi memastikan wajah anda terhindar dari kotoran yang boleh menyebabkan jerawat, jeragat, bintik hitam dan pelbagai lagi yang tidak diingini. Malahan juga, solekan anda kekal cantik di wajah sepanjang hari.Jom kita lihat perkara yang perlu dilakukan sebelum bersolek!
1. Pertama sekali, cuci wajah menggunakan pencuci yang sesuai dengan jenis kulit.
2. Gunakan skrub wajah untuk proses pengelupasan kulit agar sel kulit mati dibuang sepenuhnya sebelum memulakan sesi solekan. Sapu rata skrub dengan urutan membulat pada bahagian wajah dan leher. Bilas dengan air suam.
3. Sapukan serum wajah terlebih dahulu sebelum anda menggunakan pelembap kulit agar kulit menyerap lebih banyak vitamin dan mineral. Serum juga boleh digunakan selepas proses skrub wajah kerana lapisan kulit yang tertutup dengan solekan menyebabkan liang pori tersekat dan berminyak.
4. Pastikan anda menggunakan krim pelembap yang sesuai dengan jenis kulit untuk mengekalkan kelembapannya. Pelembap kulit boleh memberikan ia lebih lembut dan mencantikkan kesan solekan. Jangan lupa untuk gunakan pelembap yang mengandungi pelindung SPF. Impak titip pelembap pada wajah sebenarnya lebih berkesan dari kaedah urutan agar serapan pelembap lebih cepat dan pantas.
5. Terakhir sekali sebelum anda memulakan solekan, sapukan primer pada wajah. Sebolehnya, cari primer yang mengandungi silikon sebagai bahan utama mereka. Ini akan membuatkan kulit lebih halus dan lembut untuk proses solekan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rezeki aktres Hollywood ini pada usia 62 tahun, Demi Moore muncul sebagai wanita tertua dinobatkan gelaran 'Orang Tercantik Di Dunia' oleh Majalah People.