Blackpink yang terdiri daripada Jisoo, Jennie, Rose dan Lisa sememangnya memiliki keistimewaan masing-masing termasuklah kecantikan yang berbeza sehingga sering membuatkan ramai yang terpegun.
JISOO
Menurut Jisoo dia memiliki kulit yang kering. Maka, penjagaan kulitnya tertumpu kepada pelembapan. Antara produk penjagaan kulit yang amat digemarinya ialah masker yang disapu pada wajah.
JENNIE
Bukan sahaja menjaga kulit wajah, Jennie turut menitikberatkan penjagaan kulit badan. Jennie mengakui bahawa dia memiliki kulit yang sangats lembut kerana dia sentiasa menjaganya dengan baik. Selain itu, dia juga kerap menggunakan lulur badan. Setiap kali jika ada masa terluang, Jennie sangat mengambil berat tentang penjagaan badan.
ROSE
Ketika muncul dalam video Vogue Paris, Rose pernah mendedahkan rahsia penjagaan kulit. Pada mulanya, Rose tidak begitu menitikberatkan cara membersihkan wajah pada hari-hari dia tidak bersolek.
LISA
Beberapa kali Lisa dilihat berkongsi petua solekan yang biasa dilakukannya, malah turut menonton beberapa tutorial solekan di YouTube. Namun, Lisa sebemarnya lebih selesa mengenakan solekan yang tidak terlalu tebal namun masih kelihatan flawless
Selain itu, sama seperti Jisoo, Lisa juga memiliki jenis kulit kering. Maka, rutin penjagaan kulitnya lebih banyak tertumpu kepada pelembab.
This website uses cookies.