Untuk kekal cantik tak semestinya perlu mengeluarkan wang yang banyak.
Penyanyi popular antarabangsa, Katy Perry mempunyai lima rahsia kecantikan yang boleh anda amalkan setiap hari di rumah.
Tanpa bajet yang mahal atau rawatan yang rumit, anda boleh cantik:
- Amalkan pengambilan teh hijau dengan kerap.
- Ambil vitamin D atau berjemur selama 10-15 minit di bawah sinar matahari pagi.
- Sapukan minyak pembersih sebelum memakai alat solek dan sebelum tidur.
- Menggunakan minyak wangi berbau vanila.
- Lakukan rawatan akupunktur setiap dua minggu.
Berikut ialah potret cantik penyanyi-penulis lagu berusia 38 tahun ini.
Kredit Foto: IG Katy Perry
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
“Saya Pernah Terlalu Penat, Stres, Hinggakan Rambut Gugur Teruk!” Natasha Hudson
Perjalanan hidup selebriti ini begitu istimewa. Dia pernah mengutip banyak pengalaman rumah tangga dan melalui evolusi hijrah yang luar biasa. Tapi bagi yang mengenali Natasha Liana Hudson, ibu kepada tiga zuriat itu jujur amat cantik orangnya.
Tinggi lampai dengan seraut wajah kacukan Melayu-Australia, tahap kecantikan Natasha Hudson realitinya setaraf supermodel. Tidak hairanlah wanita berusia 39 tahun itu pernah bergelar model, pelakon dan pengacara yang diminati ramai.
“Walau bagaimanapun sebagai wanita, masalah hormon yang kerap turun naik boleh menjejaskan kecantikan. Saya rasa mungkin disebabkan tekanan, kepenatan dan faktor usia yang kian meningkat, menjadi punca rambut saya keguguran teruk tahun lepas.
Jadi saya buat rawatan PRP untuk melebatkan rambut dan alhamdulilah berkesan. Saya juga rajin amalkan suplemen seperti zink dan biotin untuk menguatkan semula rambut serta kuku. Kulit saya juga semakin sihat,” ujar Natasha yang gemarkan perawatan alternatif.
Semak lebih banyak perkongsian kecantikan Natasha dalam video Bual Cantik di bawah.
PERKEMBANGAN TERKINI
Sejak kebelakangan ini, Natasha Hudson dilihat kembali aktif setelah beberapa tahun menyepi. Akaun Instagramnya juga mula dikemas kini dengan pelbagai content gaya hidup, fesyen dan kecantikan yang bersebati dengan jiwa.
Selain dilantik sebagai duta Crystal C White milik Datin Reena Zach, dia juga banyak membuat review produk skincare dan hijab di media sosial. “To be honest, sebenarnya terlampau banyak yang nak dikongsi.
Saya masih menjalankan bisnes kecil-kecilan berkaitan holistik, seperti essential oils. Pada masa yang sama, kira-kira dua tahun lepas, saya menceburi bidang sukan pula iaitu sukan memanah berkuda.
Saya juga masih dalam fasa belajar tentang equine, tapi secara praktikalnya saya mengajar sebagai coach menunggang kuda di kalangan kanak-kanak dan wanita. Manakala memanah pula adalah sesuatu yang pernah saya lakukan dengan anak-anak dulu.
Semua ini ibarat satu terapi yang menenangkan. Ia banyak membantu memulihkan jiwa saya sebab dua tahun kebelakangan ini, saya menghadapi ujian besar dalam kehidupan,” akhiri Tasha sebak.
Foto: IG @natashahudsonofficial
Sebelum Sesi Facial Di Spa, Ikut Panduan Ini Dulu Agar Perawatan Yang Dibuat BERKESAN DENGAN MAKSIMUM!
Hujung minggu ini, pasti ramai yang mengambil kesempatan memanjakan diri di spa. Maklumlah, setelah lima hari berpenat lelah dengan pelbagai tanggungjawab, pastinya peluang untuk melegakan tekanan di spa tidak akan disia-siakan.
Ramai wanita percaya bahawa rawatan di spa memang bagus untuk menyelesaikan masalah kulit wajah. Justeru tidak hairanlah jika ramai memilih untuk mendapatkan rawatan di situ untuk mengekalkan kecantikan.
Pun begitu, sebelum anda menyerahkan wajah pada terapi kecantikan, ada beberapa perkara yang harus dilakukan.
- Pastikan tiba di spa dengan wajah bersih tanpa kosmetik, waima pelembap sekalipun. Biarkan ahli kecantikan memeriksa kulit anda. Dengan cara ini, ahli kecantikan dapat mengenal pasti masalah kulit dan mengesyorkan rawatan yang sesuai untuk kulit wajah anda.
- Kongsi maklumat penting seperti gaya hidup dan amalan pemakanan bagi membantu pakar dalam menentukan jenis kulit anda. Biarkan dia tahu apakah alergi terhadap sesuatu seperti ubat supaya tidak timbul sebarang implikasi ketika rawatan. Anda pasti tidak mahu berlakunya masalah alahan selepas membuat rawatan bukan?
- Hindari rawatan wajah jika kulit mengalami iritasi atau terbakar akibat sinaran cahaya matahari. Ini penting untuk mengurangkan risiko kecederaan terhadap kulit wajah anda. Jika anda baru sahaja meluangkan masa beberapa hari di pantai, anda juga tidak digalakkan mendapatkan rawatan wajah kerana proses pengelupasan akibat sunburn mungkin sedang berlaku terhadap kulit anda.
- Sebaiknya buat temu janji terlebih dahulu untuk rawatan wajah, terutama jika anda perlu menghadiri sebarang majlis penting. Ini bagi memastikan kesesuaian rawatan yang dilakukan dan tempoh masa yang diperlukan untuk kulit kembali pulih seperti sedia kala sebelum menghadiri sebarang majlis.
- Banyakkan minum air sebelum dan selepas melakukan rawatan wajah bagi membantu menjaga kulit anda daripada hidrasi secara optimum.
- Walaupun rawatan wajah membantu menjadikan kulit bersih bersinar, namun anda perlu ingat untuk memastikan kulit sentiasa dalam keadaan baik, anda tetap perlu menjaganya selepas rawatan.
- Pastikan anda tidak makan sembarangan bagi memastikan kulit dalam keadaan yang baik.
- Teruskan rutin penjagaan kulit wajah seperti sebelum ini. Gunakan pembersih yang lembut dan lakukan proses skrub bagi membuang sel-sel kulit mati sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu.
- Pastikan anda sentiasa memakai pelembap kulit tidak kira siang mahupun malam. Ini bagi membantu kulit sentiasa lembap dan segar sentiasa. Selain itu, pelembap juga berfungsi dalam mengatasi kerosakan kulit akibat pancaran sinar ultra ungu. Rosmah Idayu Abu Samah
Oh…Rupanya Apa Yang Kita Makan Boleh Cantikkan Rambut No 4 Itu Paling Mudah
Ingatkan pilih syampu atau serum rambut yang sesuai sahaja boleh cantikkan rambut. Tak sangka, rupa-rupanya apa yang kita makan sehari-hari boleh membantu untuk mencantikkan rambut. Bila dah tahu kebaikan makanan yang kita makan untuk rambut cantik, kena makan hari-hari atau masukkan dalam menu harian makanan.
Rambut bukan sahaja melindungi kulit kepala daripada kotoran dan pencemaran malah bakal menyerlah penampilan seseorang. Ayuh ambil makanan yang baik untuk meningkatkan kecantikan rambut agar penampilan lebih terserlah.
- Ikan salmon hindar kekeringan rambut
Ikan salmon memang terkenal kaya dengan asid lemak omega-3, protein, vitamin B12 dan zat besi. Ternyata ikan salmon adalah makanan yang membantu mencantikkan rambut. Kandungan protein dan vitamin D yang diperoleh daripada ikan salmon ini membantu rambut menjadi lebih kuat dan bebas daripada masalah rambut gugur. Malah kesihatan kulit kepala terus terpelihara hasil daripada asid lemak omega-3. Minyak ikan pula boleh membantu rambut berterusan terhidrasi.
- Brokoli memperkuat folikel rambut
Kesihatan dan kecantikan rambut terus terpelihara dengan sayur hebat ini. Brokoli mengandungi vitamin yang diperlukan untuk rambut. Vitamin A, C dan B6 yang terdapat dalam sayur ini mampu memelihara rambut agar lebih kuat dan halus. Vitamin ini juga merangsang pengeluaran minyak yang dipanggil sebum. Sebum ini berfungsi sebagai perapi dan pelembap secara semula jadi pada rambut. Manakala kalsium yang terdapat dalam brokoli membantu memperkuat folikel rambut.
- Kacang cegah rambut rosak
Nutrisi yang terkandung dalam kacang adalah protein, zink, zat besi dan vitamin H. Protein yang terdapat dalam kacang membantu meningkatkan pertumbuhan rambut baru. Manakala apabila seseorang kekurangan vitamin H pula rambut mudah rosak dan gugur. Sumber kacang yang boleh dimakan adalah seperti kacang merah dan kacang hijau.
- Daging ayam pelihara rambut gugur
Setiap helai rambut terdiri daripada protein dengan jumlah yang besar. Makanan yang banyak memiliki kandungan protein dapat menjadi nutrisi sebagai perawatan rambut. Daging ayam tanpa lemak memiliki kandungan protein yang tinggi. Selain itu daging ayam juga mengandungi zat besi dan vitamin B untuk membantu memperkuat rambut daripada akar. Bukan itu sahaja vitamin dan mineral yang lainnya dapat mengelak daripada rambut gugur.
- Telur bantu elak rambut rosak
Memang benar rambut mempunyai pelbagai kandungan nutrisi yang baik. Telur mempunyai dua bahagian iaitu putih telur dan kuning telur. Putih telur mengandungi kandungan protein dua kali ganda berbanding kuning telur. Protein yang terdapat dalam putih telur ini juga mudah diserap oleh tubuh. Kuning telur pula kaya dengan vitamin, mineral dan antioksida yang mempunyai peranan untuk membantu mengurangi kerosakan rambut dan menjadikan rambut sihat berkilau. Antioksida pada telur juga boleh mengatasi masalah rambut bercabang dan kelemumur.
- Bijirin penuh jauhi rambut botak
Keguguran rambut secara berlebihan menandakan kekurangan pengaliran darah ke kulit kepala. Keguguran rambut juga boleh berlaku apabila mengalami kekurangan protein, asid lemak, vitamin B dan vitamin E. Vitamin E yang terdapat dalam bijirin penuh merupakan bahan antioksida semula jadi yang melindungi kesan negatif melampau radikal bebas dan bertanggung jawab untuk kesihatan rambut.
- Tiram membaharui rambut baru
Tiram kaya dengan zink dan apabila seseorang itu mengalami kekurangan zink boleh menyebabkan rambut gugur dan kulit kepala kering dan bersisik. Bukan sahaja kaya dengan zink bahkan tiram kaya dengan sumber protein yang baik. Rambut mengandungi 97 peratus protein dan tanpa protein yang cukup tubuh tidak dapat mengganti rambut secara semula jadi setiap hari. Apalagi jika anda sedang berdepan dengan stres yang mengundang kepada keguguran rambut.