Rahsia JIHAN MUSE Memperoleh Keperluan Nutrisi Penuh Untuk Diri & Bayi!

Ketika ibu hamil menyesuaikan diri secara fizikal untuk menyokong zuriat yang dikandung, si anak akan melalui proses perkembangan yang pantas bermula daripada sekelompok sel hinggalah menjadi bayi yang lengkap dengan jantung yang berdegup, wajah yang lengkap serta anggota-anggota lain  yang berfungsi. Semuanya hanya dalam tempoh 40 minggu.

Antara perubahan yang paling ketara bagi seseorang wanita hamil adalah peningkatan berat badan yang disebabkan oleh peningkatan dalam jumlah cecair badan untuk melindungi bayi dalam kandungannya. Bagi seorang wanita dengan berat badan yang sihat, berat badannya akan meningkat secara purata antara 11.5kg hingga 16 kg sewaktu hamil. Selain daripada berat janin, peningkatan berat badan ibu hamil juga disebabkan oleh peningkatan jumlah darah sebanyak kira-kira 30% hingga 50% atau 1.5 hingga 2 liter untuk membekalkan oksigen dan nutrien kepada janin yang sedang membesar.

Dengan peningkatan jumlah darah ini, jantung ibu perlu bekerja lebih kuat untuk mengepam darah ke seluruh badan. Ini menyebabkan degupan jantung ibu hamil meningkat sebanyak 10 hingga 20 degupan seminit walaupun semasa berehat. Ibu hamil juga memerlukan anggaran 20% lebih oksigen untuk diri sendiri dan juga anak dalam kandungan. Kadar pernafasan ibu turut meningkat.

Menyedari bahawa kehamilan merupakan antara perubahan yang paling mengagumkan yang dilalui oleh ibu hamil dan si manja dalam kandungannya, jenama susu pra-natal terkemuka Anmum Materna memperkenalkan rumusan baharu yang dipertingkatkan untuk menyokong keperluan nutrisi ibu hamil dan perkembangan janin dalam menghadapi perubahan semasa kehamilan.

Dalam upacara pelancaran rumusan baharu bersama dengan para ibu hamil baru-baru ini, Irene Cheah, Pengurus Pemasaran di Fonterra Brands Malaysia, berkata bahawa rumusan Anmum Materna dengan Mind-Q Connect™ membekalkan  nutrien-nutrien penting sewaktu kehamilan. Nutrien-nutrien penting ini termasuk Folat dan Kalsium yang memenuhi 100%^ keperluan nutrisi yang disyorkan sewaktu hamil dengan dua gelas sehari dan Probiotik DR10, sejenis probiotik unik berpaten yang telah diuji secara klinikal bagi membantu meningkatkan kesihatan usus yang baik.

Ibu yang sibuk dan aktif juga akan menghargai pek stik baharu, yang membolehkan mereka menikmati segelas Anmum Materna dengan mudah di mana-mana sahaja mereka berada. Aktres dan hos televisyen Jihan Muse sangat berpuas hati dengan rumusan baharu Anmum Materna yang mengurangkan kerisauannya tentang pengambilan nutrisi dan kenaikan berat badan sewaktu hamil.

Susu formula Anmum Materna baharu yang telah dipertingkatkan kini boleh didapati di pasaraya terkemuka di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut tentang rumusan baru Anmum Materna serta produk-produk lain, sila layari www.anmum.com.my. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH

 

 

Share
Published by
Suzi