Rahsia Kecantikan Tehmina Kaoosji, Wanita Jelita Kacukan Parsi-Cina & Sedap Mata Memandang

Isu ekonomi negara kembali menjadi perhatian sejak PKP 3.0 dilaksanakan. Namun saya paling tertarik melihat wajah Tehmina Kaoosji, pengacara program berbahasa Inggeris yang bukan saja cantik, tapi begitu memukau dan berpengetahuan tinggi.

Sejak mula mengenali wanita jelita kacukan Parsi-Cina ini, Nona sudah tertawan dengan ketinggian budi bahasanya.

Orangnya lembut, senang bertukar senyuman dan selalu cuba bercakap Bahasa Melayu meskipun kedengaran baku.

Tehmina Kaoosji atau Tehm, 37, adalah contoh personaliti media, pelakon dan ex-model iklan yang serba boleh.

 

 

 

 

Jika perasan, dulu wajahnya kerap menghiasi iklan-iklan komersial TV dan kini Tehm turut bergelar seorang pengacara berbahasa Inggeris di saluran Bernama dan TV3.

Rahsia kecantikan Tehm dikongsi secara eksklusif dalam video Bual Cantik ini. Banyak amalan dan tip yang boleh dipraktikkan ketika kita semua menghabiskan masa di rumah.

 

IMPIAN

Berasal dari Hyderabad, India, Tehm mempunyai kelulusan BA Mass Communication & Psychology dan IB English Literature.

Anak sulung daripada tiga beradik ini juga sangat meminati bidang seni persembahan.

 

“Ibu saya seorang rakyat Malaysia tetapi saya dibesarkan di Hyderabad, iaitu sebuah bandar Muslim di negeri yang penganut majoritinya adalah Hindu.

Saya berjinak-jinak dengan dunia modelling dan terpilih untuk menyertai Estee Lauder Model Search 2010 sewaktu bersiar-siar dengan adik di KLCC.

Itu membuka ruang yang lebih besar untuk diri saya. Saya dijemput menghadiri commercial casting, TVC dan iklan serta banyak peluang modelling.

Saya juga pernah menyertai Miss Universe Malaysia 2011 dan disenarai pendekkan sebagai TOP 20.” Tehmina Kaoosji

 

CARA PENJAGAAN DIRI

Menurut Tehm, semua perlu dirancang, diatur dan diuruskan dari awal. Kita mesti pandai meluangkan masa untuk kesihatan diri dan susun jadual sebaik-baiknya untuk memaksimumkan masa yang ada.

  • Saya suka bersenam, buat yoga yang ringkas untuk meregang dan menghilangkan stres serta menyediakan makanan sihat kerana saya selalu on the go.
  • Amalan multitasking sentiasa menjadi sebahagian diri ini. Saya akan menjawab e-mel, panggilan telefon dan mesej berkaitan kerja sewaktu dalam perjalanan berulang-alik ke mana-mana pun.
  • And in between everything, i try to get enough sleep! Hahaha…
Share
Published by
Norzalina