SYATILLA MELVIN

Seorang pelakon, model, ibu dan isteri kepada aktor terkenal Shaheizy Sam, Nama Syatilla Melvin atau nama sebenar Siti Nur Syatilla Bt Amirol Melvin, tidak perlu diperkenalkan lagi. Namun selepas mendirikan rumah tangga dan dikurniakan permata hati bernama Syeriv Samheizy dan Sarima Samhaizy, wajahnya jarang menghiasi kaca televisyen. Tidak dinafikan lakonan mantapnya seringkali meninggalkan kesan buat peminat drama tempatan sehingga ke hari ini.

Ads

Rahsia Kekal Muda Dan Bertenaga, ‘Happy & ‘Ceria’ Syatilla & Syifa!

“Sejujurnya buat masa sekarang ini, saya memang memberi fokus sepenuhnya buat keluarga saya. Saya belum bersedia untuk meninggalkan Syeriv dan Sarima untuk tempoh yang lama. Saya tak nak terlepas momen mereka membesar dan kalau boleh, saya mahu melihat dia membesar di depan mata saya. Selain sibuk menguruskan rumahtangga,  saya juga aktif dengan sesi fotografi dan perniagaan.

Bercakap mengenai hal keluarga dan rumahtangga. Sempat diajukan soalan mengenai cara beliau menguruskan keluarga tercinta, tambah Syatilla lagi, beliau tidak menggunakan perkhidmatan pembantu rumah dan semua urusan rumahtangga dilakukan sendiri dari A to Z selama tiga tahun beliau melayari bahtera perkahwinan bersama Sam.

“Saya seorang yang sangat pengemas dan cukup pantang melihat rumah saya semak dan berhabuk. Macam mana penat sekalipun, tidak kiralah saya sampai rumah jam 12 atau 1 pagi, saya tetap akan kemas dan bersihkan rumah terlebih dahulu. Sam ada juga menyuruh saya mengambil pembantu rumah tapi saya yakin saya masih mampu menjaga urusan rumahtangga saya sendiri buat masa ini dan jika saya dikurniakan anak lagi selepas ini baru saya fikirkan mengenai hal ini.”

Rahsia Kekal Muda Dan Bertenaga, ‘Happy & ‘Ceria’ Syatilla & Syifa!
foto: @samtilla

“Saya banyak belajar dengan kakak saya cara mendidik dan membesarkan anak-anak dia. Saya tak nak anak saya membesar dengan pembantu rumah dan saya seorang yang amat paranoid dan takut jika sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku. Saya lebih rela menjaga dia sendiri dan membesarkan mereka dengan tangan saya sendiri,” Bicara Syatilla yang cukup yakin dengan pendiriannya.

“Dari segi kecantikan, sejujurnya saya tiada rahsia kecantikan. Namun, apa yang boleh dikongsikan di sini ialah saya seorang yang mengamalkan makan jamu dari zaman saya anak dara lagi. Selain itu, paling penting untuk kekal muda dan bertenaga, ialah dengan selalu ‘happy’ dan ceria,” ujar Syatilla yang juga ke spa jika ada waktu terluang.

Berbicara tentang perniagaan, “Alhamdulillah, kami adik-beradik pun tidak jangka Kekasih by The Melvins akan berkembang pantas. Ini memang rezeki kurniaan Allah SWT buat kami adik-beradik, syukur sangat. Kalau ada yang tanya rahsia kejayaan ini, tiada sebarang ramuan sebenarnya tapi mungkin sebab kami sentiasa menjaga hubungan baik di antara adik-beradik. Kami tak pernah bergaduh, tak pernah bermasam muka, jauh sekali ambik hati dan tak pernah berkira terutama soal kewangan. Itulah rahsia paling besar rasanya.

Kami juga bangga dapat membantu wanita lain menjana pendapatan sampingan. Alhamdulillah beberapa bulan di pasaran kami sudah mampu membantu mereka di luar sana mendapat wang yang lebih dengan bergelar agen dan stokis. Kami bangga dapat membantu ramai pihak. Ada yang mampu membeli emas, motosikal, kereta, perabot dan melancong. Paling penting, niat untuk berniaga kena betul.”

Rahsia Kekal Muda Dan Bertenaga, ‘Happy & ‘Ceria’ Syatilla & Syifa!

SYIFA MELVIN

Syifa Melvin atau nama sebenar Nur Syifa Athirah Amirol Melvin memang tidak asing lagi dikalangan social media influencer. Mempunyai pengikut lebih 600k di laman Instagram melonjakkan nama wanita tinggi lampai ini sebaris dengan instafamous yang lain. Merupakan anak ketiga daripada lima adik beradik, hasil review produk yang dilakukan berjaya menjana pendapatan sendiri sekaligus menjadikan ia sebahagian daripada sumber rezeki.

Ads

“Saya seorang yang suka berkongsikan tip solekan dan apabila saya sudah berada di medium influencer, ia memudahkan lagi untuk saya berkongsikan lebih banyak tip dengan pengikut-pengikut saya dilaman Instagram. Secara tidak langsung, saya juga review produk menggunakan platform ini dan kerja saya ini memerlukan saya untuk sentiasa aktif di laman sosial.

Sejujurnya saya akui kerjaya review produk boleh menjana pendapatan yang tinggi dan kerja ini merupakan kerjaya utama yang saya sedang lakukan sekarang. Namun, saya memilih produk yang berkualiti sahaja dan saya akan memakainya terlebih dahulu sebelum membuat review. Jika bagus, baru saya akan review. Namun, Alhamdulillah buat masa ini, semua produk yang saya review semuanya tiada masalah dan mendapat maklum balas yang baik,” jelas Syifa.

Menurut Syifa lagi, terdapat begitu ramai instafamous dan social media influencer yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Namun bagi Syifa setiap orang ada kelebihan masing-masing dan persaingan pastinya wujud. Menjadi diri sendiri dan lebih bersahaja ketika review sesuatu produk adalah kata kunci bagi Syifa untuk relevan hingga kini.

Rahsia Kekal Muda Dan Bertenaga, ‘Happy & ‘Ceria’ Syatilla & Syifa!
foto: @syifamelvin

“Persaingan itu memang tidak dapat dinafikan dan ramai orang buat apa yang saya buat sekarang ini. Apapun, saya rasa pengikut saya tahu saya ini jenis yang bagaimana dan tahu kelebihan saya ketika review sesuatu produk. Tambahan pula, saya jenis tidak terlalu mengikut skrip ketika mempromosikan sesuatu produk dan mungkin saya kelihatan lebih semulajadi. Saya rasa itu merupakan satu kelebihan buat saya untuk kekal dalam industri ini.”

Menyentuh mengenai dunia seni, mungkin ramai tertanya-tanya adakah Syifa ingin menjejaki langkah kakaknya. “Sejujurnya dahulu saya tidak pernah berhasrat untuk menceburi bidang seni, namun setelah banyak kali berhadapan dengan kamera ketika review produk, keinginan untuk masuk dalam dunia seni tanh air lahir dengan sendirinya. Bagi saya, sudah tiba masanya untuk saya mencuba sesuatu yang baru dan memberi peluang kepada diri sendiri. Mungkin bukan dari segi lakonan tetapi lebih ke arah pengacaraan.

Ads

Sebelum ini, saya pernah terlibat dengan sebuah program televisyen tempatan dimana saya menjadi pengacara untuk segmen tutorial solekan sebanyak 16 episod. Dari situ, perasaan untuk menjadi pengacara semakin membuak-buak dan masih menunggu peluang yang sesuai. Namun, sekiranya ada tawaran berlakon yang datang saya terima dengan hati yang terbuka.

Berbicara mengenai lokanan, tambah Syifa lagi, dia teringin untuk membawa watak jahat dan physco. Namun watak itu bukanlah syarat yang ditetapkan beliau untuk terbabit dalam bidang lakonan. Apa yang pasti, Syifa cuba membawa watak yang diberikan dan tidak menjadikan karakter dan watak itu sebagai alasan untuk beliau membabitkan diri dalam dunia hiburan.

Dari segi pemilihan fesyen, “Jika diikutkan saya, saya seorang yang sukakan gaya ringkas dan minimalis. Saya tidak suka sesuatu yang sarat dan lebih gemar memilih busana yang polos. Syifa juga suka menggayakan busana dengan penggunaan fabrik cotton kerana pilihan fabrik ini memberikan keselesaan dan sesuai dengan cuaca di negara kita,” kata Syifa.

Rahsia Kekal Muda Dan Bertenaga, ‘Happy & ‘Ceria’ Syatilla & Syifa!
foto: @syifamelvin

Tip kecantikan memandangkan Syifa seorang yang arif mengenai dunia kecantikan. Selain menitik beratkan dari segi mencuci muka selepas mekap, Syifa juga berkongsikan rutin penjagaan wajah agar kekal segar dan berseri.

“Tip paling penting yang boleh saya kongsikan ialah cuci mekap dengan betul sebelum tidur. Walau penat bagaimana sekalipun, pastikan anda cuci mekap dengan bersih. Selepas itu pakailah skincare yang betul dan sesuai dengan kulit anda. Untuk makanan tambahan, saya ada mengambil vitamic C dan Vitamin E untuk mengurangkan kesan parut di wajah,” jelas Syifa yang mengaku adik-beradiknya memang suka gelak ketawa dan bersenda gurau.

Rahsia Kekal Muda Dan Bertenaga, ‘Happy & ‘Ceria’ Syatilla & Syifa!

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI