Adat orang berpuasa, sudah tentulah bentuk badan berubah sepanjang sebulan melaluinya. Kalau baju makin longgar dan seluar pun rasa besar, itu tandanya badan anda dah susut. Tapi ada satu perkara lagi yang berubah serta jarang disedari wanita iaitu di bahagian payudara.
Bentuk payudara wanita akan mengendur akibat berat badan dan massa otot yang berkurangan. Tambah-tambah lagi kalau anda seorang yang aktif, tindak balas Cooper’s Ligament iaitu tisu yang menyokong payudara, semakin lemah.
Ads
Tanpa pemakaian bra yang betul sesuai dengan perubahan bentuk badan anda, pasti penampilan menjelang Hari Raya nanti jadi kurang menarik. Malah baru-baru ini, Nona sempat bersama aktres dan pengacara terkenal, Elizad Sharifuddin berbicara panjang tentang topik pakaian dalam.
Jom tonton perkongsian Elizad ini…
PILIHAN WANITA
Payudara anda terhasil daripada tisu-tisu termasuklah tisu lemak serta lobus dan duktus untuk penyusuan bayi. Apabila berat badan bertambah, saiz payudara juga membesar.
Apabila berat menurun, ia juga mengecut mengikut jumlah lemak. Jumlah lemak ini pula bergantung pada komposisi payudara wanita dan ia berbeza di antara satu sama lain. Sebab itulah wanita dinasihatkan agar selalu menukar bra mengikut ukuran terbarunya.
Selain faktor berat badan, tidak dinafikan saiz payudara juga berubah selepas baligh, perubahan hormon sewaktu menstruasi, kesan pengambilan pil perancang, proses kehamilan dan penyusuan bayi, implan atau fasa menopaus.
Memahami keperluan payudara yang sentiasa berubah-ubah, jenama pakaian dalam dari Jepun, Wacoal menawarkan pelbagai rekaan dan potongan bra yang menepati cita rasa.
Kajian Wacoal mendapati 71% wanita salah faham tentang saiz payudara mereka dan 54% lagi memakai bra lebih kecil dari saiz sepatutnya.
Sepasang bra yang baik seharusnya memberi keselesaan dan membetulkan postur badan wanita. Hasilnya, payudara akan kelihatan lebih natural, lebih terletak dan menyerlahkan siluet yang lebih kemas.
Menjelang Syawal, penampilan wanita pasti lebih manis dalam persalinan baju kurung. Elizad, 36 tahun, yang juga merupakan entrepreneur fesyen AWAN KL By Elizad turut mengutamakan pemakaian pakaian dalam yang sesuai agar tubuh badannya kelihatan lebih elegan.
Ads
“Memandangkan kes COVID-19 masih tinggi, jadi saya rasa lebih selamat untuk membeli pakaian dalam dari rumah.
Mudah saja memesan bra WACOAL sekarang, banyak pilihan dan ada panduan fitting guide yang bagus untuk pelanggan beli bra yang tepat” Elizad Sharifuddin
Laman web Wacoal (klik sini) kini dipermajui dengan pelbagai ciri-ciri baharu untuk kemudahan anda membeli-belah secara online. Terdapat banyak koleksi pakaian dalam yang boleh didapati, bukan sahaja berkualiti dan berinovasi, tetapi juga selesa dipakai sepanjang hari.
Wacoal turut mempunyai Pusat Penyelidikan Sains Manusia di Jepun yang bertujuan untuk menjalankan kajian saintifik mengenai kecantikan, kesihatan dan tubuh wanita bagi pengembangan produk.
Eksklusif! Guna PROMOCODE: NONA100 untuk jimat RM100 apabila anda membeli koleksi pakaian dalam Wacoal sebanyak RM300 secara online. Promosi bermula dari 30 April hingga 16 Mei 2021 dan boleh ditebus sekali untuk setiap pelanggan sahaja. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Ads
TIP BELI BRA BARU
Seperti bermekap dan memakai baju raya yang cantik, memakai bra yang betul juga pasti menyerlahkan penampilan dan keyakinan seseorang meskipun tidak kelihatan.
Setiap bra mempunyai jangka hayatnya. Ia harus kerap ditukar sekurang-kurangnya setahun sekali mengikut ukuran terkini payudara anda.
Jadi, inilah masa terbaik untuk mendapatkan bra yang baru! Ayuh semak tip bijak di bawah:
Perhatikan bra sedia ada, adakah ia kelihatan lusuh, hilang bentuk cup, wayar besi cup rosak atau tali bahu semakin longgar?
Ukur saiz payudara terkini apabila berlakunya pertambahan atau pengurangan berat badan.
Pilih rekaan bra yang menepati tema perayaan, contohnya dari fabrik renda dan berwarna. Warna kuning dan hijau sesuai untuk Hari Raya.
Sepanjang kehidupan wanita, banyak momen hebat yang berlaku dari saat kita mula bekerja, berkahwin dan mempunyai anak. Semuanya tersusun indah dan menyempurnakan perjalanan hidup ini dengan penuh bermakna.
Kerana itu, raikanlah setiap perubahan bentuk badan yang berlaku dengan rasa bangga. Demi keselesaan dan keyakinan diri, jangan lupa untuk memilih bra yang baik pada setiap masa kerana bra kita adalah penyokong kita.
#SayaBRAni untuk semua wanita hebat!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terharu dengan sikap prihatin jemaah haji Malaysia yang menitikberatkan soal kebersihan ketika mengerjakan ibadah rukun kelima tersebut baru-baru ini. Walau keadaan di Mina sesak dan sempit dengan kehadiran jutaan umat Islam namun Jemaah haji Malaysia dilaporkan berdisiplin sepanjang dalam tempoh operasi Masyair.
Yang pasti, ia tidak jadi halangan buat kesemua mereka memastikan penginapan di Arafah, Muzdalifah dan Mina selesa untuk didiami dalam tempoh persiapan operasi itu.
Berdasarkan laporan Bernama, kebanyakan khemah jemaah haji Malaysia di Arafah ditinggalkan dalam keadaan lebih bersih berbanding sebelum ketibaan mereka. Malah ada yang sanggup bergotong-royong menyusun tilam, selimut dan bantal sebelum berangkat ke Muzdalifah.
Bukan menjaga kebersihan dan keselesaan di khemah penginapan saja bahkan ketika bermabit atau bermalam di Muzdalifah, rata-rata jemaah membawa plastik sampah masing-masing demi memastikan tiada sisa sampah ditinggalkan mereka sebelum bergerak ke Mina.
Alhamdulillah, macam inilah contoh generasi modal insan dan minda kelas pertama!
Lebih membanggakan, di celah laluan khemah di Mina juga menunjukkan tiada pembuangan sampah-sarap di merata tempat. Pujian juga harus diberikan kepada pihak Lembaga Tabung Haji kerana menyediakan tong sampah di pelbagai lokasi.
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dikatakan sentiasa memuji dan menganggap jemaah Malaysia sebagai contoh terbaik. Di Arafah, 200 khemah disediakan untuk jemaah Malaysia.
Keadaan di Mina agak mencabar kerana tidak hanya membabitkan 600 khemah untuk jemaah Malaysia. Tetapi juga berada dalam kawasan yang sangat hampir dengan khemah umat Islam dari negara lain.
Tahniah dan syabas buat semua jemaah haji Malaysia kerana mencerminkan peribadi yang terpuji untuk dijadikan teladan buat bakal jemaah haji kelak.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wow, sempena kedatangan 8.8 ini, ayuh belanja sakan dengan diskaun sehingga 70% di 8.8 Festival Shopee Live, berbaloi-baloi dan menjimatkan!
Kalau selalu beli baju, barangan rumah, produk skincare atau keperluan anak-anak yang baharu di platform online, ini masanya untuk rebut tawaran harga terendah sambil claim penghantaran percuma.
Shopee melancarkan 8.8 Festival Shopee Live bermula 26 Julai hingga 11 Ogos 2024. Nak tahu lagi apa yang Nona suka?
Jika anda berubah fikiran dengan produk yang dibeli, Shopee ada menawarkan polisi 15 Hari Pemulangan Percuma. Maksudnya, anda boleh mengembalikan item dengan mudah tanpa soal* termasuk disebabkan ‘Ubah Fikiran’.
Shopee juga menawarkan baucar RM5 kalau pesanan anda tiba lewat melalui program Jaminan Tepat Waktu Shopee. Hah, barulah senang hati nak belanja sakan tanpa risau barang lambat sampai dengan servis perkhidmatan penghantaran yang boleh dipercayai.
Banyak sebab untuk belanja sakan di 8.8 Festival Shopee Live, antaranya:
Kos penghantaran adalah percuma untuk semua pembelian setiap hari. Bukan itu sahaja, sepanjang bulan Ogos, anda boleh menikmati pembelian produk Fesyen & Kecantikan dengan baucar Penghantaran Percuma yang diperbaharui setiap hari pada jam 12 tengah hari. Tanpa berbelanja minimum, hanya tebus baucar dan membeli-belah sepuas hati!
Nikmati diskaun sehingga 70% untuk pembelian melalui Shopee Live. Jimat besar sambil nikmati strim langsung yang menghiburkan. Malah pada 8 Ogos ini, anda boleh menikmati lebih banyak baucar yang ditawarkan ya!
Ini masanya untuk beli barangan idaman dengan tawaran ansuran menerusi SPayLater. Setiap pembelian menggunakan kemudahan SPayLater tidak dikenakan caj sehingga tiga bulan.
Beli sekarang dan bayar kemudian. Pengguna baharu boleh mendapatkan diskaun RM20 tanpa perbelanjaan minimum, sementara pengguna sedia ada boleh menikmati diskaun RM20 dengan perbelanjaan minimum RM130. Baucar SPayLater khas ini hanya tersedia pada 8.8, jadi anda boleh membeli lebih tanpa risau!
Diskaun Terbesar
Nikmati diskaun besar sehingga 80% untuk barangan kegemaran anda dari 26 Julai hingga 11 Ogos. Mulakan dengan 8.8 Kick-Off Deals dan dapatkan penjimatan tambahan dengan Baucar Sepanjang Hari dari 26 Julai hingga 7 Ogos.
Dari 1-8 Ogos, nikmati tawaran hebat di Shopee Live dengan harga terendah dan barangan edisi terhad bermula pada pukul 8 malam pada 7 Ogos. Dapatkan Tawaran Knockout dengan diskaun terbesar pada harga RM8 dan RM88 sahaja. Maksimumkan penjimatan anda dengan menggunakan Baucar 8.8 dan menggabungkannya dengan baucar penghantaran percuma.
Dari 9-11 Ogos pula, tandakan kalendar anda untuk After-Party 8.8 dan nikmati diskaun lanjutan.
Lebih Seronok dengan Shopee Video
Nikmati video pendek yang menarik daripada pencipta kandungan di Shopee Video. Tonton video, tebus Shopee Coins, dan nikmati baucar diskaun 80% tanpa perbelanjaan minimum untuk pembelian melalui Shopee Video.
Usah lepaskan peluang untuk sertai Daily Shopeelympics dan rebut pelbagai tawaran serta nikmat hiburan tanpa henti. Cabar kemahiran anda dengan aktiviti Shopee Live MEOW-Lympics, strim langsung tiga hari untuk pencinta kucing dan peminat sukan, Shopee Shake yang menawarkan sehingga 888,888 Shopee Coins serta Shopeelympics Trivia untuk menguji pengetahuan sukan anda setiap malam jam 8PM!
Sememangnya 8.8. Festival Shopee Live menawarkan tawaran yang tiada tandingan, penghantaran percuma untuk semua pesanan, dan ciri menarik seperti SPayLater tanpa caj sehingga 3 bulan.
So tunggu apa lagi? Sertai keseronokan dengan 8.8 Shopee Live BATTLE, Daily Shopeelympics, dan banyak lagi. Beli dengan yakin dan nikmati penjimatan hebat dari sekarang hingga 11 Ogos di Shopee Live!
Terus mengangkat bisnes mendunia dan melonjak ke angkasa, U Mobile perkenal pelan Internet jalur lebar U Biz Fibre 10GBps terpantas untuk usahawan berjaya.
Generasi usahawan wajar memanfaatkan kecanggihan teknologi agar perniagaan berkembang pesat. Memahami hal ni, U Mobile menjadi antara yang terawal melancarkan pelan U Biz Fibre 10GBps agar bisnes yang diusahakan ‘mendunia’.
Ya, dengan serendah RM1899/bulan, pelan ini memberikan kelajuan internet yang sepuluh kali ganda lebih pantas berbanding pelan fiber perniagaan standard, yang biasanya di sekitar antara 100MBps hingga 2GBps.
Menyedari dunia perniagaan digital bergantung kepada teknologi tinggi, pelan Internet 10GBps menawarkan solusi yang bukan sahaja memenuhi keperluan semasa, tetapi berdaya tahan menyahut cabaran masa depan. Hebatkan!
Ia bukan sekadar pelan internet, tetapi satu lonjakan teknologi yang membolehkan perniagaan terus berinovasi dan berkembang dalam era digital yang penuh persaingan.
Bimbang serangan siber atau penggodam akaun ‘mengganggu’ bisnes anda? Usah risau. Pelan ini turut disertakan dengan Secure DNS (Domain Name System) tanpa kos tambahan untuk memberikan lapisan keselamatan tambahan terhadap serangan siber dan pelanggaran keselamatan.
Semua ciri ini adalah nilai tambah yang sangat berharga untuk pemilik perniagaan yang mengutamakan keselamatan data dalam operasi.
Bukan itu sahaja tau, selain Secure DNS percuma yang disertakan dalam pelan ini, U Biz Fibre 10GBps juga turut menawarkan satu alamat IP awam tetap secara percuma untuk perniagaan yang memerlukan satu server tunggal. Bagi perniagaan yang mengendalikan pelbagai server, mereka boleh mendapatkan sehingga lima alamat IP tetap dengan tambahan RM300/bulan (harga runcit asal RM500/bulan).
Ini memberikan fleksibiliti kepada perniagaan dalam mengurus dan menyelaraskan keperluan rangkaian mereka dengan lebih efisien dan kos efektif.
Pelancaran U Biz Fibre 10GBps yang terbaru merupakan pelan tertinggi dalam rangkaian U Biz Fibre U Mobile, yang direka untuk memenuhi keperluan sambungan fiber perniagaan tanpa mengira saiz.
Dilancarkan pertama kali pada Julai 2023, semua pelan U Biz Fibre kini didatangkan dengan kontrak selama 24 bulan dan kini boleh didapati di Berjaya Times Square dan Pavilion Damansara Heights, dengan lokasi-lokasi tambahan bakal diumumkan tidak lama lagi.
Seawal pembabitannya dalam dunia seni lagi, ramai terpikat dengan kejelitaan Nur Fathia Abdul Latiff. Mana tidaknya, bukan hanya berbakat besar sebagai pelakon, dia juga...