Tumpang gembira tengok kehidupan Faisal Halim sekeluarga sekarang. Selepas melalui episod hitam yang memberi kesan mendalam dari segi mental dan fizikal pada Mei 2024, kini tonggak utama Selangor FC tersebut bangkit menjalani kehidupan di samping isteri tercinta dan anak lelaki kesayangan. True fighter!
Melihat kecederaan yang dialami tahun lalu, Faisal dilapor memerlukan masa yang agak lama untuk pulih. Bagaimana pun semangat juang Muhammad Faisal Abdul Halim untuk kembali sihat seperti sediakala mengatasi segala-galanya.
Faisal Halim ‘True Fighter’
Kecekalannya menjalani ujian kecergasan fizikal dan turun padang menyertai perlawanan bola sepak selepas kira-kira tiga bulan ‘bertarung’ dengan diri sendiri mencetuskan rasa kagum dalam kalangan peminat sukan bola sepak tanah air.
Buktinya ketika pertemuan dengan pasukan Kelantan Darul Naim (KDN) FC baru-baru ini, dia menghangatkan babak perlawanan dengan mencipta hatrik!
Ads
Tidak sekadar hebat di padang dan karier sukan yang kembali menyinar, figura ini turut memiliki pesona ‘family man’ yang menyenangkan.
Lebih mesra disapa sebagai Mickey, pemain kelab bola sepak Selangor ini juga merupakan bintang skuad bola sepak kebangsaan Harimau Malaya.
Faisal Halim Bahagia 6 Tahun Layari Rumah Tangga
9 Mac lalu merupakan ulang tahun perkahwinan keenam Faisal Halim dengan isteri tercinta, Norsyazwani. Sempena hari istimewa berkenaan, dia tidak ketinggalan menitipkan ucapan buat insan kesayangan.
“Happy 6th Anniversary Love.”
Ads
Sementara itu, jaguh bola sepak berkenaan menyambut hari kelahiran pada 7 Januari lepas. Menerusi perkongsian di media sosial, kelihatan Faisal ceria meraikan momen hari lahir di sebuah restoran indah berlatarbelakangkan Menara Berkembar Petronas.
“Alhamdulillah hari ini umur 27 tahun. 2025 insyaAllah mula dengan semangat baru. Terima kasih Mummy, Norsyazwani.”
Jelas terserlah sisi bapa penyayang yang dimiliki Faisal. Setiap kali selesai latihan mahupun perlawanan di dalam dan luar negara, dia pasti akan meluangkan masa bersama keluarga tersayang.
Faisal Halim mendirikan rumah tangga pada 9 Mac 2019 dengan wanita pilihan yang dikenali sebagai Norsyazwani. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Khalish Aryan.
Terdahulu, dia menjadi tumpuan masyarakat selepas dilaporkan mengalami kecederaan akibat disimbah asid sulfurik pekat. Disebabkan insiden itu, Faisal disahkan melecur tahap empat di sekitar tubuhnya dan kecederaan di badannya juga agak kritikal.
Moga Faisal Halim terus bersemangat dan kuat menjalani kehidupan bersama-sama isteri tercinta dan anak tersayang.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kanser serviks atau lebih dikenali sebagai kanser pangkal rahim merupakan salah satu penyakit kanser yang serius daripada 200 jenis penyakit kanser di dunia. Hampir 650 orang mati setiap hari di seluruh dunia dan hampir 240,000 kematian setiap tahun di seluruh dunia disebabkan oleh kanser serviks.Kanser yang sering dikaitkan dengan kaum wanita ini dikatakan kanser alat kelamin yang menjadi pembunuh utama wanita.
Ujian pap adalah satu ujian yang ringkas yang biasanya dilakukan untuk mengesan sel-sel serviks yang abnormal atau berkanser. Oleh itu, ujian pap boleh mengesan perubahan serviks sebelum ia berkembang menjadi kanser. Ujian ini berjaya mengurangkan kematian akibat kanser serviks. Ia mula digunakan secara meluas pada tahun 1950an. Antara tahun 1950 hingga 1970, bilangan kematian akibat kanser serviks di Amerika Syarikat berkurangan sebanyak 70 peratus.
Apakah kanser serviks?
Kanser serviks adalah salah satu daripada 200 jenis kanser dan berlaku dalam serviks iaitu bahagian uterus yang berbentuk kon yang menyambungkan bahagian atas uterus (rahim) dengan vagina (faraj)
Kanser serviks terjadi apabila sel-sel abnormal di dalam lapisan serviks mula membiak secara tidak terkawal sebagai gerak balas kepada jangkitan HPV. Sel-sel serviks yang abnormal boleh berkumpul untuk membentuk gumpalan yang disebut sebagai tumor. Tumor yang benigna (tidak berkanser) pula merebak dari puncanya dan membesar sehingga menjadi kanser yang mengancam nyawa.
Penyebab kanser serviks
Hampir kesemua kanser serviks disebabkan oleh sejenis human papillomavirus (HPV) iaitu virus biasa yang menjangkiti kira-kira separuh manusia pafda suatu ketika dalam hidup mereka.
Lebih dua per tiga dari kanser serviks disebabkan oleh HPV berisiko tinggi jenis 16 dan 18
Dalam suatu kajian antarabangsa di kalangan wanita yang menghidap kanser serviks di 22 negara, lebih 90 peratus wanita di Asia Selatan (India, Indonesia, Filipina dan Thailand) berjangkit dengan HPV terutamanya jenis 16 dan 18.
Bagaimana kanser ini dirawat?
Terdapat beberapa rawatan yang boleh didapati bagi lesi serviks yang berupa kanser atau prakanser. Dalam setiap keadaan, seseorang wanita dan penyediaan penjagaan kesihatannya dapat menentukan rawatan paling sesuai.
Peringkat prainvasif – Apabila kanser telah menyerang hanya lapisan luar serviks, pembedahan laser yang menggunakan laser untuk menghapuskan sel-sel yang abnormal perlu dilakukan.
Kriopembedahan yang menghapuskan lesi kanser dan prakanser dengan membekukannya.
Prosedur eksisi pembedahan gelung (loop electrosurgical excision procedure LEEP) yang menggunakan gelung dawai yang halus untuk memotong bahagian yang mengandungi sel-sel abnormal untuk dibuang dari serviks.
Biopsi kon yang membuang tisu berbentuk kon dari serviks melalui pembedahan.
Peringkat invasif apabila kanser memasuki serviks dan mungkin juga tisu dan organ yang lain, rawatannya boleh merangkumi sinaran yang menggunakan tenaga tinggi untuk mengecilkan tumor, kemoterapi yang menggunakan ubat antikanser yang mampu merawat semua bahagian tubuh untuk membunuh sel serta histerektomi yang boleh dilakukan dengan dua cara bergantung kepada keterukan kanser.
Histerektomi ringkas ialah pembuangan kanser serviks dan uterus
Histerektomi radikal melibatkan pembuangan serviks, uterus dan sebahagian vagina dan nodus limfa di bahagian yang berkenaan. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak lama lagi Putera Mateen atau Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen bakal bergelar suami. Khabar gembira mengenai perkahwinan diraja tersebut nyata mengejutkan khalayak termasuklah di Malaysia.
Apatah lagi pengumuman itu dilakukan awal dua bulan daripada tarikh istiadat perkahwinan. Memang eksklusif dan istimewa!
Menerusi kenyataan yang disiarkan Radio Televisyen Brunei pada 8 Oktober lalu, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam KDYMM Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah bertitah mengumumkan anakanda Pengiran Muda ‘Abdul Mateen bakal bernikah dengan wanita pilihannya yang dikenali sebagai Dayang Anisha Rosnah Adam pada 11 Januari 2024.
Kredit Instagram @tmskiKredit Instagram @tmskiKredit Instagram @tmski
Difahamkan Dayang Anisha Rosnah merupakan cucu kepada penasihat negarawan Brunei dan pasangan diraja ini sudah pun mengenali sejak kecil. Malah, Putera Mateen bersahabat baik dengan abang Dayang Anisha iaitu Daniel Deen Isa.
Sementara itu, memetik laporan Borneo Bulletin pula Istiadat Perkahwinan Diraja itu akan berlangsung selama bebeapa hari dimulakan dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari 2024 dan kemudian diikuti dengan Majlis Istiadat Membuka Gendang Jaga-Jaga pada 8 Januari.
Diikuti Majlis Istiadat Menghantar Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja pada 9 Januari sebelum diikuti dengan Majlis Istiadat Berbedak Pengantin Diraja pada keesokan harinya.
Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja bakal berlangsung pada 11 Januari. Acara kemudian diteruskan dengan Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja pada 14 Januari, Majlis Persantapan Diraja pada 15 Januari dan Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga pada 16 Januari 2024.
Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah merakamkan penghargaan terhadap usaha bersungguh-sungguh untuk menjayakan Simposium Tekstil Tradisional ASEAN ke-8, selama enam hari yang menutup tirainya hari ini.
“Kepada ahli jawatankuasa yang telah berusaha dan bekerja sebagai satu pasukan, dari lubuk hati yang penuh ikhlas, beta mengucapkan terima kasih kepada mereka. Hari ini, kita harus meraikan kejayaan rancangan selama lima bulan acara itu.
“Terima kasih atas kerja keras anda bagi menjayakan acara ini,” titah baginda pada majlis penutupan simposium itu, di sini, hari ini.
Bertemakan “Celebrating Textiles: A Journey”, simposium anjuran Yayasan Tenun Pahang Diraja itu mempamerkan keindahan tekstil Malaysia termasuk songket dan batik, serta teknik pembuatan tekstil seperti tekat, tenun, telepuk dan menggerus untuk dipelajari oleh masyarakat dunia.
Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Simposium dwitahunan itu dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 26 September 2022.
Tunku Azizah turut menzahirkan terima kasih kepada Singapura kerana membuka jalan kepada Malaysia mengadakan Simposium Tekstil Tradisional ASEAN ke-8.
“Sebenarnya, Singapura sepatutnya menjadi tuan rumah, tetapi beta memohon kepada Singapura untuk memberi laluan kepada Malaysia,” titah Tunku Azizah sambil menambah acara itu pada mulanya dirancang untuk diadakan tahun lepas tetapi ia ditangguhkan kerana pandemik COVID-19.
Ketika Majlis Santapan Malam pada 28 September 2022.
Sempena majlis penutup itu, Tunku Azizah menyerahkan bendera simposium secara simbolik kepada tuan rumah seterusnya iaitu Laos yang diwakili Duangmala Phommavong untuk Simposium Tekstil Tradisional pada tahun 2024.
Sementara itu, Phommavong mengucapkan tahniah kepada Malaysia atas kejayaan menganjurkan simposium edisi ke-8 itu dan berkata beliau memperoleh pengalaman menerusi keunikan dan kepelbagaian seni, budaya serta etnik di Malaysia.
“Saya telah mempelajari banyak mengenai tekstil Malaysia serta persembahan kebudayaan,” katanya sambil menyampaikan jemputan kepada perwakilan untuk menghadiri simposium di Laos.
Sumber: Bernama
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Meskipun kedua-dua ibu bapa sudah kembali ke rahmatullah tapi sebagai anak, Nori Abdullah nekad sambung legasi mereka terutamanya Yayasan Budi Penyayang Malaysia (PENYAYANG) yang ditinggalkan arwah ibunya, Tun Endon Mahmood ...