Alahai, comelnya puteri kesayangan SM Faliq dan Chryseis Tan ini! 16 Julai lalu Arianna Kyla genap usia empat tahun. Berpakaian ala mermaid, seronok tengok telatah manja dan comel kanak-kanak perempuan ini.
Menatap kecomelan Arianna yang juga cucu billionaire ternama negara, Tan Sri Vincent Tan ini jelas terserlah wajahnya yang mirip bapa tersayang iaitu SM Faliq SM Nasimuddin yang juga pewaris empayar Naza Group of Companies.
Chryseis yang merupakan usahawan produk kecantikan Lumi menerusi media sosial berkongsi kemeriahan majlis sambutan ulang tahun kelahiran anak sulungnya yang bertemakan Under The Sea.
Teruja dan syukur melihat Arianna membesar sihat dan menginjak usia, dedah Chryseis, “Happy 4th Birthday to my baby girl Arianna Faliq. May all your dreams and wishes come true and we hope you grow up to be a generous, beautiful and strong girl!
Good health and good luck always to you baby girl! We love you so much! You and Arman are the loves of our lives!”
Paling mencuri perhatian, gelagat Arianna Kyla menerima hadiah beg tangan mewah Hermes berwarna oren.
Bersandarkan statusnya sebagai cucu anak kenaamaan, sudah pasti anak comel ini tidak lepas daripada perhatian masyarakat.
Selain Arianna, pasangan ini turut dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama SM Arman Naza yang lahir pada 18 Januari 2023.
Artikel https://www.nona.my/rai-birthday-ke-35-chryseis-tan-anak-billionaire-tampil-anggun-muda-remaja/
Chryseis Tan anak kepada billionaire terkenal Tan Sri Vincent Tan dan Puan Sri Esther Tan sah bergelar isteri kepada anak Allahyarham Tan Sri Nasimuddin Amin, SM Faliq pada Februari 2018.
This website uses cookies.