Menjelang ketibaan Aidilfitri, Swarovski meraikan musim lebaran ini dengan penuh kesyukuran serta semangat perpaduan menerusi pelancaran koleksi barangan kemas baharu. Turut diperkenalkan barisan selebriti kempen Raya Swarovski iaitu Scha Alyahya, Sharifah Rose, Qasrina Karim, Hun Haqeem, Nadhir Nasar dan bintang Indonesia, Raline Shah menyerikan vibe Aidilfitri.
Meriah! Sempurnanya raya pabila ahli keluarga berkumpul dan sanak-saudara bertandang ke rumah. Tangan dihulur, salam bersambut, mengharap kemaafan dan menjalin silaturahim.
Selain aneka juadah lazat yang terhidang, Hari Raya juga merupakan masa untuk bersiap sakan. Masing-masing berbaju baru, kenakan juga barangan kemas Swarovski penyeri diri.
Nona teruja melihat barisan selebriti terkenal yang menghiasi kempen Raya Swarovski 2024. Setiap satunya ikon fesyen dan wajah inspirasi ramai, merata pelosok disanjung peminat.
Makin bererti bila Scha Alyahya, Sharifah Rose, Qasrina Karim, Hun Haqeem, Nadhir Nasar dan Raline Shah memperagakan barangan kemas serta jam Swarovski, cukup menyerlah!
Scha Alyahya
Raline Shah
Sharifah Rose
Qasrina Karim
Hun Haqeem
Nadhir Nasar
Tampil dengan rekaan lebih mempesona, koleksi kali ini mengetengahkan keindahan kristal dan batu-batu Swarovski dalam keluarga Constella, Luna, Una, Matrix, Millenia dan Imber.
Ads
Semak himpunan terbaharu ini yang didatangkan dalam pelbagai rupa dan potongan, tiap satunya diukir teliti bagi menyerlahkan seri lebaran.
CONSTELLA
Ilham dari jalur langit malam, Swarovski memadukan pasangan logam tona emas dan kristal hijau dari keluarga Constella yang melambangkan sisi elegan tersendiri sambil mencerminkan keajaiban alam. Rona hijau yang memancar menyerikan sambutan raya penuh tradisi sambil membias ketenangan dan kemakmuran.
LUNA
Koleksi yang bertenaga, misteri, menawan dan berani. Luna menyerlahkan keindahan bulan, mengubah bentuk bulan sabitnya menjadi rangkaian barangan kemas yang provokatif. Rekaan dengan bucu punk yang berkilau, bertatahkan bebatu pave dan sfera yang berkemilauan.
Ads
UNA
Sederhana namun tetap memukau, koleksi ini menjentik semangat dari inspirasi kosmik. Ia menampilkan tatahan batu hijau yang menakjubkan di bahagian tengah, diapit dengan teknik pave signature Swarovski dan kemasan rantai bersadur emas. Elegan, moden dan semestinya mengundang pujian ketika berhari raya.
MATRIX
Reka bentuk Matrix sentiasa mengalir. Jalurnya telus cahaya dengan kristal berwarna, menjadi tumpuan. Setiap barangan kemas dicipta dengan indah untuk membawa ledakan kegembiraan, menyerlahkan ciri sofistikated dan kemewahan yang diidamkan sempena musim Raya ini.
MILLENIA
Ads
Merupakan salah satu rekaan ikonik Swarovski, koleksi ini mempamerkan sentuhan yang berani dan klasik pada setiap item barangan kemas. Mengetengahkan gaya yang dramatik, kalung dan rantai tangan direka seperti jaluran kristal oktagon hijau dengan kemasan bersadur emas.
IMBER
Tunjang pembuatan Swarovski terungkai dalam keluarga Imber, di mana bermulanya inspirasi hardware logam dengan tatahan kristal tebal. Kali ini, suntikan nuansa pink dilancarkan bagi musim perayaan sekaligus mencetus elemen organik, elegan, moden dan menebar vibe yang bermakna.
JAM TANGAN
Masih mengekalkan rekaan oktagon ikonik Swarovski, gelang jam tangan Dextera menyerlahkan aura glamor. Logo angsa pada angka 12 dengan tiga indeks penanda kristal terletak sempurna, bersatu dengan sebutir kristal berkilau di bahagian mahkota dan bertatahkan set kristal 194 butir.
Sementara itu koleksi jam tangan Certa direka kreatif agar menonjol dalam apa jua busana. Di bawah kaca mineral, dial guilloché yang mempesonakan terungkap, dengan logo angsa Swarovski pada jam 12 bersama-sama indeks yang dicipta daripada kristal bulat dan kristal baguette. Setiap koleksi jam tangan buatan Swiss ini kalis air dan direka dengan ketukangan paling halus dan menawan untuk dipakai setiap hari.
Semua rekaan Swarovski cukup menakjubkan dengan kemahiran pertukangan paling teliti dan luar biasa. Semuanya menepati gaya Raya anda sekaligus mencipta nostalgia tersendiri. Dapatkan koleksi Raya secara eksklusif di semua butik Swarovski Malaysia atau secara dalam talian di Swarovski.com.
PROMOSI HADIAH DENGAN PEMBELIAN
Dapatkan satu set sampul raya eksklusif dengan pembelian bernilai MYR525 ke atas.
Dapatkan lilin beraroma eksklusif Swarovski dengan pembelian bernilai MYR995 ke atas.
*Promosi sah dari 28 Mac hingga 14 April 2024. Lilin Beraroma Swarovski adalah eksklusif untuk Ahli Kelab Swarovski dan Ahli SCS sahaja. Pembelian mesti dibuat dalam satu transaksi tunggal. Sah selagi stok masih ada. Tertakluk terma dan syarat.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setelah sekian lama tak pulang beraya, akhirnya tahun ini dapat juga balik kampung dan sambut Aidilfitri bersama-sama. Ramai dah terbayang suasana pagi Syawal yang meriah… Oh, kali ni kalau berkumpul tentu nak tengok muka siapa yang berubah! Makin nampak muda atau sebaliknya?
Wanita mana tak bangga bila dipuji makin cantik dan awet muda. Tapi untuk mengekalkan kulit yang sihat, banyak perkara yang mesti diambil berat. Antaranya soal diet dan produk penjagaan wajah yang bagus.
Sebenarnya satu lagi penyebab kulit kusam pada zaman moden ini adalah pancaran blue light daripada skrin gadget yang biasa kita gunakan. Ditambah lagi faktor dehidrasi dan sinar UV, muka lebih cepat kusam dan bercela.
Sebab itu, regim menggunakan Hada Labo Premium Whitening Set sangat membantu menyerlahkan wajah yang lebih berseri. Ia mencegah kekusaman, memudarkan bintik gelap dan parut jerawat dengan sangat berkesan.
Hada Labo Premium Whitening Set
Terdiri daripada tiga produk utama, Hada Labo Premium Whitening Set mengandungi rumusan Triple Brightening iaitu Niacinamide, Alpha-Arbutin dan Vitamin C. Gabungan tiga bahan ini berkuasa untuk mencerahkan kulit yang kusam.
Nak guna pun mudah dan paling penting set ni bebas pewangi, pewarna, alkohol dan minyak mineral yang memudaratkan.
Wajah terserlah lebih cerah dan bercahaya dari dalam
CARA-CARA PENGGUNAAN
Langkah 1: Cuci muka dengan Premium Whitening Face Wash
Mengandungi 3 jenis asid hyaluronik untuk lembapan mendalam.
Tidak mengeringkan kulit selepas cucian.
Kulit terasa lebih bersih dan lembut.
Langkah 2: Oleskan Premium Whitening Lotion selepas cucian
Mengurangkan bintik hitam dan parut jerawat dengan efektif.
Mengecilkan pori-pori, melembap dan mencerahkan kulit.
Membantu daya serapan produk dengan lebih baik ke atas kulit.
Langkah 3: Sapukan Premium Whitening Water Gel
Mempunyai tekstur gel ringan, mudah meresap, tidak melekit namun sangat melembapkan.
Sesuai digunakan sebelum memakai mask.
Menyamaratakan tona kulit dan mencerahkan.
Nah, bayangkan dengan penggunaan yang konsisten sekurang-kurangnya 14 hari, 95% pengguna mengakui bintik gelap dan parut mereka semakin pudar!*
(Berdasarkan kajian terhadap 150 wanita Malaysia pada 23 Nov 2021 – 9 Jan 2022)
BERTINDAK SEKARANG
Maknanya kalau nak balik raya dengan wajah flawless, kenalah mulakan regim dengan Hada Labo Premium Whitening Set ni sekarang. Tak pakai mekap pun tetap berseri-seri, maklumlah kulit dah sihat dari dalam!
Boleh didapati di farmasi utama seperti Watsons (klik sini) serta secara online di Lazada dan Shopee, Hada Labo Premium Whitening Set sangat sesuai digunakan oleh wanita berusia 18 – 35 tahun.
Layari lebih banyak info tentang produk magis ni di Hada Labo Malaysia (klik sini) atau Facebook MY Hada Labo (klik sini).
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wanita tercantik di dunia tidak semestinya pilihan lelaki terkaya di dunia. Majoriti daripada jutawan-jutawan ini sebenarnya mengahwini pasangan yang ‘sederhana’ di mata tapi bijaksana dan mampu menyempurnakan segala kekurangan mereka.
Seorang lelaki yang jujur tidak memandang kecantikan dan seorang wanita yang ikhlas tidak memandang kemewahan.
(1) Mark Zuckerberg dan Priscilla Chan
Nilai kekayaan: US$75.6bil
Mereka bertemu di Harvard dan berkahwin pada 19 Mei 2012 dalam sebuah majlis kecil-kecilan. Priscilla merupakan seorang wanita hebat yang sentiasa menyokong kerjaya Mark Zuckerberg dan mempercayai segala usaha suaminya.
(2) Warren Buffett dan Astrid Menks
Nilai kekayaan: US$73.5bil
Pasangan ini bertemu pada tahun 1970-an ketika Astrid bekerja sebagai seorang pelayan restoran. Walaupun usia Buffett lebih tua 16 tahun, namun wanita ini cukup matang dan mampu membahagiakan suaminya hingga ke saat ini.
(3) Bill dan Melinda Gates
Nilai kekayaan: US$107.1bil
Melinda hanyalah seorang kakitangan Microsoft ketika Bill menemuinya di sebuah seminar pada tahun 1980-an. Mereka berumah tangga pada tahun 1994 dan kini mempunyai tiga orang cahaya mata.
(4) Richard dan Joan Branson
Nilai kekayaan: US$4.4bil
Richard menemui Joan di sebuah kedai antik, yang ketika itu masih berkahwin dengan orang lain. Namun setahun kemudian, Joan berpisah dan akhirnya berkahwin dengan Pengasas Virgin Group ini. Kini mereka mempunyai dua orang anak.
(5) Amancio Ortega dan Flora Perez Marcote
Nilai kekayaan: US$60.6bil
Lelaki yang memiliki empayar fesyen Zara, Massimo Dutti, Pull & Bear, Bershka dan banyak lagi ini mengahwini setiausahanya sendiri. Pasangan itu berkahwin pada tahun 2001.
(6) Stefan dan Carolyn Persson
Nilai kekayaan: US$15.8bil
Pengerusi kumpulan H&M ini bukanlah seorang lelaki yang gemarkan kehidupan high society. Pasangan ini mempunyai tiga anak dan mereka jarang menonjolkan diri di majlis-majlis glamor.
(7) Bernard Arnault dan Helene Mercier
Nilai kekayaan: US$94.3bil
Pemilik rumah fesyen antarabangsa LVMH – Dior, Givenchy, Maurice Lacroix, Kenzo, Guerlain, Sephora dan banyak lagi ini bertemu isterinya yang sama-sama meminati muzik. Bernard menyukai muzik klasik sementara Helene adalah pemain piano profesional. Mereka berkahwin pada tahun 1991 dan mempunyai lima orang anak – dua daripada perkahwinan pertama dan tiga hasil perkongsian hidupnya dengan Helene.
(8) Michael Bloomberg dan Diana Taylor
Nilai kekayaan: US$57.5bil
Michael Bloomberg adalah seorang ahli politik, usahawan dan bekas datuk bandar New York. Selepas perceraian dengan isteri pertama, beliau mengenali Diana pada tahun 2000 dan masih kekal sebagai pasangan hingga sekarang.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika dahulu nama-nama besar seperti Aishwarya Rai, Kajol dan Kareena Kapoor mewarnai industri filem Bollywood, kini muncul pelapis baharu yang memiliki pakej lengkap bergelar bintang di India. Salah seorang personaliti wanita yang kian mencuri perhatian ketika ini ialah anak kepada lagenda Saif Ali Khan iaitu Sara Ali Khan.
Meniti usia 26 tahun, Sara dikagumi bukan hanya kerana mewarisi wajah cantik ibu dan bapanya malah berpewatakan menarik dan merendah diri.
Menerusi perkahwinan terdahulu Saif Ali Khan bersama Amrita Singh, aktor berbakat besar berkenaan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Sara Ali Khan dan Ibrahim Ali Khan yang kini berusia 21 tahun.
Sara di samping ibu & adik lelaki
Sara dilahirkan di Mumbai, India pada 12 Ogos 1995 dan berketurunan bangsawan Pataudi. Sejak kecil hingga kini, dia dijaga dan dibesarkan oleh ibunya yang merupakan ibu tunggal.
Walau berasal dari keluarga berada namun jelitawan ini selesa berdikari dan amat mementingkan pelajaran. Pada Mei 2016 Sara berjaya menamatkan pengajian di peringkat Ijazah dalam bidang Sejarah dan Sains Politik di Columbia University.
Memetik laporan NDTV.com, pada awalnya Sara berhasrat melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan namun setelah menyedari kemampuan diri dia memilih untuk mempelajari undang-undang selain meneruskan pengajian dalam Sejarah dan Sains Politik. Pada tahun akhir pengajian, Sara turut mengambil kelas lakonan.
Bersandarkan kecantikan dan kecemerlangan akademik, Sara menjadi salah seorang bintang baharu kesayangan peminat di India ketika ini dan meraih populariti kerana keperibadian yang ada dalam dirinya.
Malah wanita yang mempunyai ketinggian 163 centimeter ini juga sering membuatkan penonton tertawan dengan rupa paras yang dimiliki dan menjadi inspirasi wanita kerana kejayaannya menurunkan berat badan.
Tidak malu berkongsi bentuk fizikal yang dialami suatu ketika dahulu, Sara mengaku pernah berdepan masalah berat badan sehingga mencecah 96 kilogram. Lebih memeritnya, dia turut mengalami Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) dan gangguan hormon yang menyukarkan Sara untuk menurunkan berat badan.
Meskipun bertubuh gempal waktu itu namun dia tetap positif dan ceria di samping keluarga, rakan-rakan dan orang sekeliling.
Sara juga mendedahkan semasa akhir tahun kedua pengajian di Columbia University, dia bercita-cita mahu bergelar pelakon dan menyedari perlu melakukan sesuatu terhadap masalah berat badan yang dialami untuk menggapai impian tersebut.
Berkat usaha keras dan dedikasi untuk tampil lebih sihat, Sara berjaya menurunkan berat badan sehingga 30 kilogram hasil pemakanan sihat dan aktiviti senaman kardio ketika berada pada tahun akhir di universiti.
Sumber: ndtv.com, times of india
Kredit foto: Instagram Sara Ali Khan
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!