“Eidrees is 4!”. Itulah ungkapan Anzalna Nasir apabila penulis mengajukan beberapa soalan mengenai sambutan ulang tahun kelahiran Mohamad Eidrees yang diadakan di salah sebuah taman tema air di ibukota baru-baru ini. Untuk rekod, Eidrees dilahirkan pada 31 Mei 2019.

Rai Ulang Tahun Ke 4 EIDREES Di Taman Tema Air, ANZALNA & HANIF ZAKI Tak Percaya Anak Sudah Usia 4 Tahun!

Ads

Menurut ibu kepada dua cahaya mata ini, tahun ini dia dan suaminya memilih untuk meraikan sambutan ulang tahun kelahiran Eidrees di Sunway Lagoon memandangkan anak sulungnya itu sememangnya sukakan suasana dan aktiviti yang terdapat di taman tema air. Bertemakan beach party, nampaknya sememangnya Eidrees gemarkan aktiviti di taman tema air dan seronok mencuba beberapa permainan air di taman tema tersebut.

Rai Ulang Tahun Ke 4 EIDREES Di Taman Tema Air, ANZALNA & HANIF ZAKI Tak Percaya Anak Sudah Usia 4 Tahun!

Jika sebelum ini, sambutan ulang tahun kelahiran Eidrees telah diraikan dengan anak yatim di mana Anzalna dan Hanif berkongsi rezeki dan kegembiraan bersama sekumpulan anak yatim secara alam maya memandangkan ketika itu Perintah Kawalan Pergerakan sedang dikuatkuasakan.

Jelas Anzalna lagi, kegembiraan kedua orang puteranya adalah kebahagiaan yang cukup mendalam untuk dirinya dan suami tersayang kerana menganggap zuriat ini sebagai salah satu punca rezeki mereka berdua.

“Eidrees ni anak yang banyak bagi rezeki sejak dia lahir. Selagi rezeki ada saya akan buat yang terbaik untuk anak-anak. Tak pernah berkira dengan anak-anak. Mereka pembawa rezeki.

Tambah Anzalna lagi, dia sememangnya tidak berkira dengan anak-anak kerana mereka adalah pembawa rezeki untuk dia dan keluarga kecilnya itu.

“Anak-anak kami akan dapat apa sahaja yang diminta selagi ada rezeki. Bukan kerana terlalu manjakan anak, tapi kerana mereka, Alhamdulillah rezeki tak pernah putus. Meskipun sudah enam tahun tak berlakon, ada sahaja rezeki lain. Anak-anak memang membawa rezeki,” ujar Anzalna.

Baca juga: https://www.nona.my/ada-iras-presiden-rusia-hensemnya-anzalna-nasir-sambut-hari-jadi-pertama-emirhan/

Rai Ulang Tahun Ke 4 EIDREES Di Taman Tema Air, ANZALNA & HANIF ZAKI Tak Percaya Anak Sudah Usia 4 Tahun!

“Happy birthday to my beloved son, Eidrees. I must have done good things in life to deserve a son as wonderful as you. There’s nothing more exciting and satisfying than seeing you grow and turn into this amazing boy. We love you so much Eidrees!” -anzalna.

Mungkin ada orang akan cakap bukan dia ingat pun apa kita buat sebab masih kecil tapi semua tu tak benar sebab anak-anak ni jenis yang ingat semua benda.  Contohnya, Eidrees sentiasa ingat apa saya buat untuk dia walaupun usia dia masih muda,” ujar Anzalna yang memasang niat melihat anak-anak membesar di depan mata sebaik bergelar ibu.

Rai Ulang Tahun Ke 4 EIDREES Di Taman Tema Air, ANZALNA & HANIF ZAKI Tak Percaya Anak Sudah Usia 4 Tahun!

Ads

Tambah Anzalna lagi, sebagai ibu bapa, dia sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anak tersayang.  Malah, dia sanggup memperlahankan perjalanan karier seni semata-mata ingin sentiasa berada bersama anak-anak dan melihat mereka membesar serta tidak terlepas momen indah sebagai ibu.

“Semoga Eidrees membesar menjadi seorang yang berjaya, sihat tubuh badan dan menjadi anak yang soleh. Sekejap sangat masa berlalu. Pejam celik Eidrees sudah mencecah usia empat tahun!,” ujar Anzalna yang ternyata seakan tidak percaya anak sulungnya itu sudah memulakan alam persekolahan di peringkat tadika baru-baru ini.

Rai Ulang Tahun Ke 4 EIDREES Di Taman Tema Air, ANZALNA & HANIF ZAKI Tak Percaya Anak Sudah Usia 4 Tahun!

Tambah Anzalna lagi yang rajin berkongsi perkembangan anak-anak di laman Instagram miliknya, dia amat berbangga dengan pencapaian Eidrees yang disifatkan sebagai anak sulung yang pandai menjaga hatinya dan suami.

Rai Ulang Tahun Ke 4 EIDREES Di Taman Tema Air, ANZALNA & HANIF ZAKI Tak Percaya Anak Sudah Usia 4 Tahun!

Ads

“Eidrees ni amat rapat dengan kami berdua. Senang menjaga Eidrees sejak lahir lagi. Eidrees tak boleh tengok saya menangis langsung! Harapnya sampai ke besar dia pandai ambil hati ibu bapanya dan menjaga kami seperti kami mencurahkan sepenuh kasih sayang terhadap Eidrees dan adiknya, Emirhan,” ujar Anzalna seraya mengakhiri perbualan.

Happy Birthday Eidrees!

 

 

 

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI