Rai Ulang Tahun Pertama Anak, NIKITA WILLY Pilih Kongsi Rezeki Dengan Pesakit Kanser Di Hospital

Kebiasaannya, apabila anak-anak meraikan ulang tahun pertama kelahiran, pasti mereka akan diraikan dalam majlis yang istimewa dan meriah.

Berbeza buat pasangan selebriti Indonesia, Nikita Willy dan suaminya, tokoh konglomerat Indonesia, Indra Priawan apabila mereka memilih untuk meraikan ulang tahun pertama anak mereka, Issa Xander di Hospital Pesakit Kanser Dharmais, Jakarta, Indonesia sabtu lalu.

Ditambah pula dengan keberkatan Ramadan, kunjungan pasangan selebriti ini berkongsi rezeki dengan kanak-kanak yang sedang berjuang melawan kanser sememangnya mendapat pujian ramai pihak yang melihat kemuliaan hati pasangan ini meraikan sambutan ulang tahun pertama buah hati kesayangan mereka dengan berkongsi rezeki.

Memilih untuk meraikan ulang tahun pertama Issa Xander dengan berkongsi rezeki dengan kanak-kanak yang berjuang melawan kanser, Nikita berkongsi momen tersebut di laman Instagram miliknya.

“Terima kasih kerana sudah menerima kedatangan kami untuk meraikan ulang tahun Issa bersama adik-adik hebat yang sedang berjuang untuk sembuh,” katanya.

Nikita ditemani suami tersayang, Indra Priawan turut menitipkan kata-kata semngat buat kanak-kanak di wad kanser tersebut dan sentiasa mendoakan mereka sebagai  tanda sokongan.

“Untuk adik-adik atau rakan-rakan yang sedang berjuang melawan penyakitnya, teruskan semangat kamu dan ingat kalian tidak sendirian. Semoga Issa bisa mencontoh kakak disana untuk selalu bersyukur dan tersenyum,” ujar Nikita.

Untuk rekod, Nikita mendirikan rumah tangga bersama Indra Priawan pada 16 Oktober 2021 dan pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Issa Xander Djokosoetono yang genap berusia satu tahun.

Nikita memilih untuk melahirkan Issa di Hospital Cedars-Sinai Medical Center, Los Angeles, Amerika Syarikat.

 

Share
Published by
Rosmah Idayu