Dapat keputusan 4 flat satu semester pun dah cukup membanggakan. Inikan pula setiap semester untuk empat tahun berturut-turut. Memang satu pencapaian luar biasa dan mengagumkan.
Ads
Lebih manis, kejayaan Irdina Shahriman terpahat di salah sebuah institusi pendidikan terkenal di Amerika Syarikat. Sebagai rakyat Malaysia, pasti ramai yang turut rasa kagum. Tahniah Irdina kerana berjaya mengharumkan nama negara!
Tidak dinafikan, nama Irdina menjadi bualan beberapa hari kebelakangan ini. Malah, kisah gadis berusia 24 tahun ini mendapat perhatian luas di Internet dan media sosial.
Semuanya selepas pemegang biasiswa Yayasan Tenaga Nasional (YTN) ini mencatat keputusan cemerlang dan konsisten memperoleh purata gred kumulatif (CGPA) 4.0 sepanjang tempoh pembelajarannya di Virginia Tech (VT), Amerika Syarikat.
Berbekalkan iltizam dan kesungguhan untuk berjaya, gadis ini berjaya mengharungi cabaran dalam bidang pembelajaran tersebut yang majoritinya dimonopoli kaum lelaki. Seterusnya mengekalkan keputusan cemerlang. Bukan sekali, tetapi pada setiap semester!
Irdina meraih ranking pertama di VT, kolej dan bidang pengkhususan bagi tahun akademik dari 2019-2020 dan 2018-2019. Ia sekaligus menyaksikan Irdina menduduki tempat pertama dalam kalangan hampir 10 ribu pelajar di sana.
Irdina ialah pelajar Program Pertukaran Sarjana Muda Amerika (ADTP) Yayasan Tenaga Nasional meraih Kelas Pertama (CGPA 4.0) Sarjana Muda Kejuruteraan Kuasa Elektrik Pengkhususan Tenaga dan Sistem Kuasa Elektronik.
Ads
VT merupakan universiti penyelidikan yang menduduki tempat ke-75 di AS dan antara 100 teratas dalam lapan mata pelajaran.
Atas kejayaan tersebut, Irdina turut dianugerahkan pingat Phi Kappa Phi untuk Kolej Kejuruteraan iaitu anugerah kepada graduan senior dengan pencapaian akademik terbaik.
Ads
“Saya bukan seorang yang genius semula jadi, disebabkan itu saya bekerja keras untuk memperoleh keputusan cemerlang. Saya tidak ponteng kelas, saya membuat nota dengan bersungguh-sungguh dan paling penting, saya mengambil inisiatif untuk berhubung dengan profesor dan rakan sekelas untuk meningkatkan pemahaman tentang pembelajaran.
Ada ketikanya saya terpaksa batalkan rancangan untuk keluar dengan rakan-rakan atau menonton filem bersama-sama. Cuti hujung minggu dan hari bekerja tidak ada bezanya dengan saya kerana banyak masa dihabiskan untuk menyelesaikan tugasan dan belajar untuk peperiksaan.”
Selain berbahasa Melayu dan Inggeris, dia turut mempunyai kemahiran dalam bahasa Jepun dan Cina.
Difahamkan, Irdina telah pun tamat pengajian pada Disember tahun lalu dan sedang menunggu tawaran pekerjaan di Tenaga Nasional Berhad.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa yang tak mengenali pelakon jelita yang juga bekas peserta program Dewi Remaja, Anna Jobling yang kini cukup popular menerusi drama rantaian Melur Untuk Firdaus.
Baru-baru ini, Anna atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman berkongsi berita gembira di mana dia berjaya membeli sebuah kereta idaman di usia 23 tahun!
Menerusi Instagram Story, Anna Jobling dilihat telah memberi sebuah kereta jenis Honda CR-V berwarna hitam itu. Menurut Anna, kereta itu merupakan kereta pertamanya. “Alhamdulillah, feeling blessed,” tulisnya.
Walaupun sudah memiliki kereta idaman, namun Anna mengakui yang dirinya masih belum mempunyai lessen kereta. Menurutnya, langkah seterusnya adalah untuk mendapatkan lesen tersebut. “Okay now I need to get my drivers license,” ujarnya lagi.
Kejayaan Anna yang juga seorang model dan pengacara itu diharapkan dapat memberikan inspirasi buat semua untuk sentiasa bekerja keras demi mencapai impian yang dihajati. Congrats Anna!!
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memiliki hati yang mulia tidak mengira pangkat atau darjat. Kalau dah berniat baik ingin membantu orang yang dalam kesusahan pasti perjalanan ini dipermudahkan. Princess Sofia telah menunjukkan sisi mulianya apabila sanggup meletakkan statusnya sebagai kerabat diraja ketepi demi membantu para barisan hadapan memutuskan rantaian pandemik COVID-19.
Princess of Sweden ini telah menyumbangkan bakti dan tenaganya sebagai pekerja sukarelawan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh para barisan hadapan ketika penularan pandemik COVID-19 ini. Salah satu tugas yang telah dilakukan oleh Duchess of Varmland atau nama sebenarnya Sofia Kristina Hellqvist ini adalah membantu para doktor dan jururawat membasmi kuman peralatan perubatan.
Foto: Instagram @sofia_princesssweeden
Walaupun hanya menyarung uniform ringkas berwarna biru sama seperti sukarelawan atau para petugas hadapan lain dan berkasut sukan berwarna putih tetapi aura baginda tetap bersinar seperti biasa. Tanpa meletakkan tiara di atas kepala seperti kebiasaan, puteri diraja Sweeden yang berusia 36 tahun ini tetap anggun walau hanya mengikat rambutnya ke belakang.
Foto: Instagram @sweedish_royal_family
Menurut laporan People, puteri diraja ini telah mendapatkan latihan intensif secara atas talian bagi tujuan membantu para barisan hadapan di Hospital Sophiahemmet, Sweeden. Bukan baginda sahaja yang mendapatkan latihan intensif ini malah hospital ini akan mengiktiraf seramai 80 orang sukarelawan setiap minggu.
Menurut jurucakap Hospital Sophiahemmet pula, Princess Sofia bukan sahaja membantu membasmi kuman peralatan di hospital semata-mata malah baginda turut membantu membersihkan hospital dan bertugas di dapur hospital bagi menyediakan makanan untuk keperluan di hospital tersebut.
Princess Sofia telah berkahwin dengan Prince Carl Philip, anak kedua kepada King Carl XVI Gustaf dan Queen Silvia. Pasangan diraja sama cantik sama padan ini telah dikurniakan sepasang cahaya mata, Alexander Erik Bertil dan Gabriel Carl Walther.
Mengimbau kisah tentang perkahwinan diraja ini, pada mulanya mencetus kontroversi apabila rakyat jelata seakan tidak merestui perkahwinan mereka. Rakyat menganggap Princess Sofia tidak layak menjadi puteri diraja kerana begitu berbeza dengan Carl Philip of Sweden yang digambarkan seorang putera raja sempurna, kacak, ramah dan berpendidikan tinggi.
Namun, lama-kelamaan kejelitaan, kebaikan dan kemurnian hati yang ditonjolkan oleh puteri ini diterima baik rakyat jelata dan golongan istana serta mendapat gelaran Her Royal Highness Princess Sofia of Sweden dan Duchess of Varmland.
Sebelum berkahwin dengan kerabat diraja Sweeden ini, Princess Sofia hanyalah gadis biasa yang dilahirkan di Stockholm dan bergiat aktif dalam bidang peragaan. Bintangnya mula menyinar apabila menyertai program realiti TV dan kehidupan terus berubah apabila bertemu dan jatuh cinta dengan putera kacak Sweeden ini sehingga mendirikan rumah tangga pada 13 Jun 2015.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kejelitaan adik kepada pelakon Fathia Latiff ini sering mencuri tumpuan. Sebelum ini gadis peramah ini menjadi viral dan ramai yang mengatakan Fasiha, Beauty With Brains kerana baharu saja menamatkan pengajian dalam bidang kedoktoran di salah sebuah universiti di Ireland.
Kesempatan bertemu dengan bakal doktor cantik ini sambil bertanyakan perkembangan terkininya, “Saya tengah tunggu panggilan untuk buat housemanship. Sementara menunggu panggilan itu saya buat side income dengan modelling dan bisnes kecil-kecilan,” tutur Fasiha memulakan bicara.
Apabila diajukan tentang pandangan skeptikal tentang penampilan doktor dahulu yang tidak pandai bergaya, jawabnya, “Pada pandangan saya mungkin dahulu student medical ini terlalu fokus kepada satu perkara sahaja.
Namun student medical generasi Y ini lebih terbuka. Ada di kalangan pelajar perubatan yang buat side income ketika belajar dahulu. Malah bila dah bekerja pun masih boleh buat side income. Berbeza generasi berbeza sedikit pandangan mereka.
Kalau on-call sempat tak nak bersolek? Saya belum bekerja lagi jadi saya tak dapat nak jawab soalan tersebut. Tapi pengalaman saya menjadi medical student yang praktikal di hospital sempat saja kalau nak bersiap cantik-cantik pergi hospital,” bicara Fasiha sambil tertawa.
“Walaupun sekarang saya lebih cenderung ke arah peragaan dan menjadi Influencer tetapi passion saya memang nak jadi doktor. Kerana itu cita-cita saya sejak kecil lagi. Dulu masa kecil saya suka tengok sepupu yang punya kerjaya sebagai seorang doktor. Dalam masa yang sama saya suka menolong orang. Saya juga suka join badan-badan sukarela. Saya rasa apa yang saya dapat saya perlu bagi balik kepada orang ramai.
Pakar estetik? Saya lebih minat kepada kardiologi iaitu bidang yang berkaitan dengan jantung. Salah satu sebab mungkin kerana banyak ahli keluarga saya yang mempunyai masalah jantung. Selain itu saya juga minat dalam bidang lain terutama perniagaan. Saya mempunyai jenama tudung dan produk kecantikan sendiri,” katanya.
Tidak lengkap perbualan andai tidak bertanyakan tentang kakaknya, Fathiya Latiff. “Secara jujurnya saya sedih apabila membaca komen-komen pedas tentang kakak saya. Sebagai adik saya sentiasa akan menyokong kakak saya kerana kalau bukan ahli keluarga siapa yang akan menyokongnya. Lagipun saya kenal siapa kakak saya,” ungkap Fasiha.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!