Raih PhD Di Usia 31, Dr. Hajah Oki Setiana Dewi Ajar Tip Lunas Hutang

Di sebalik wajahnya yang lembut dan manis, pendakwah dan pelakon terkenal dari Negara Seberang ini mempunyai semangat yang luar biasa dalam mengapai cita-citanya. Terkenal dengan filem Ketika Cinta Bertasbih, Dr. Hajah Oki Setiana Dewi telah berjaya menggenggam Ijazah Doktor Falsafah atau PhD di usia 31 tahun.

Foto: Instagram @okisetianadewi
Foto: Instagram @okisetianadewi

Lebih istimewa lagi ketika menyiapkan kajian dan penulisan tesis bertajuk “Pengajian Selebriti Hijrah Kelas Menengah Muslim (2000-2019): Respons Atas Dakwah Salafi dan Jamaah Tabligh”, Dr. Oki Setiana Dewi sarat hamil anak keempatnya. Kagum dengan semangat wanita yang pernah mengutip dana untuk mendirikan sebuah Masjid di Sepanyol ini.

Foto: Instagram @okisetianadewi
Foto: Instagram @okisetianadewi

Tertarik dengan perkongsian Dr. Oki Setiana Dewi tentang masalah hutang. Menurut wanita ini, ramai yang mengadu kepadanya tentang kesulitan hidup termasuk masalah ekonomi sehingga membuatkan mereka terpaksa berhutang. Namun, Dr. Oki Setiana Dewi menasihati agar seboleh-bolehnya jangan berhutang. Jika sudah terlanjur berhutang segera dilunaskan.

Foto: Instagram @okisetianadewi

“Jika tak mampu bayar semua, bayarlah sebahagian atau secara ansuran. Ingat, bayar secara ansuran itu wujud kesungguhan. Biar si pemberi hutang juga reda dengan kita.

Terhadap mereka yang bertanya soal kesulitan ekonomi, biasanya saya menganjurkan dua hal. Pertama, ayuh berdoa dan kedua, ayuh jualan (berniaga),” kata Dr. Oki Setiana Dewi di laman media sosialnya.

Foto: Instagram @okisetianadewi

Dr. Oki Setiana Dewi juga pernah mengingatkan agar sentiasa bersangka baik demi mendapatkan reda Allah SWT. “Jika kita sentiasa bersangka baik dengan ujian yang diberikan akan membuatkan hidup lebih tenang. Allah Maha Adil dan tidak pernah bersifat kejam terhadap hambaNya. Tetapi kita sebagai manusia tidak pernah faham tentang sifat Allah Maha Adil,” jelas Dr. Oki Setiana Dewi.

Foto: Instagram @okisetianadewi
Foto: Instagram @okisetianadewi

Menurut Dr. Oki Setiana Dewi kita perlu berdoa bersungguh-sungguh dan bersangka baik terhadap Allah SWT pasti doa akan dikabulkan. Dr. Oki Setiana Dewi juga berkongsi tentang sepotong ayat yang menjadi ‘penghibur’ hatinya jika doa tidak dimakbulkan seperti dalam surah Al-Baqarah ayat 216;

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka pasa sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya,” tutur Dr. Oki Setiana Dewi.

Foto: Instagram @okisetianadewi
Share
Published by
Hamizatul Maizan Binti Mohamed