Pada tahun 2020, Hari Keputeraan Rasmi Agong telah dipinda daripada 6 Jun kepada 8 Jun. Bermula pada tahun 2021, Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda ditetapkan pada hari Isnin pertama bulan Jun setiap tahun dan sepanjang tempoh pemerintahan KDYMM Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Dengan pindaan tersebut, sambutan Hari Keputeraan Seri Paduka dapat diraikan bersama-sama seluruh rakyat jelata melalui pengisytiharaannya sebagai hari pelepasan am.
PEGANG REKOD DUNIA
Baginda adalah pemegang ‘rekod dunia’ sebagai Putera Mahkota kedua paling lama selepas Putera Charles. Baginda mula memikul amanah sebagai Tengku Mahkota Pahang sejak berusia 16 tahun, pada 1 Julai 1975. Justeru Baginda mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam pentadbiran negeri.
Selain itu juga, Baginda telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi Pemangku Raja Pahang sebanyak dua kali. Begitu banyak jasa dan sumbangan Baginda dalam pelbagai bidang sepanjang menjadi Pemangku Raja Pahang.
Semasa kecil, Baginda dibesarkan sebagai seorang yang lasak memandangkan Baginda bakal bergelar pemimpin. Sebab itulah Baginda sentiasa kelihatan cergas dan awet muda sehingga kini.
SIKAP SABAR YANG TINGGI
“Tuanku tidak terkejar nak beri satu direksi atau titah, bukan kepada saya sahaja, tapi juga kepada kawan-kawan, sahabat Tuanku dan juga kepada orang kampung secara lembut dan jelas. Peribadi Tuanku iaitu hubungan bersama rakyat adalah satu hubungan yang sangat jujur.”
Terbukti hormat dan kasihnya KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah terhadap Paduka Ayahanda tercinta sehinggakan banyak keperibadian Baginda menjadi contoh teladan dalam hidupnya.
Begitulah keperibadian Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong yang sangat kasih dan prihatin akan rakyatnya. Maka tidak hairanlah Baginda menjadi kesayangan rakyat.
Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda bagi tahun 2022.
Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong terus dilimpahi keberkatan, kesejahteraan dan berada dalam lindungan rahmat-Nya bersama Paduka-Paduka Anakanda dan Paduka-Paduka Cucunda. Daulat Tuanku!
Sumber: House of Pahang