Berita banjir yang melanda sekitar ibu negeri Selangor telah mendapat perhatian Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.
Ads
Bencana banjir yang menimpa telah menyebabkan majoriti beberapa kawasan dan jalan-jalan utama yang menghubungkan kawasan tersebut terputus. Ribuan mereka yang terjejas telah terperangkap kerana ada yang tidak boleh keluar dari Shah Alam.
Sementara yang berada di luar pula tidak boleh pulang ke rumah masing-masing di Shah Alam kerana jalan-jalan utama termasuk Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Lembah Klang Utara (NKVE) dan Lebuhraya Lingkaran Tengah (ELITE) ditenggelami air.
Semalam DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan melawat mereka yang terjejas akibat banjir di sekitar Selangor dan menyerahkan bantuan kepada rakyat jelata yang terkesan.
Baginda membeli sendiri barang-barang keperluan di Pasar Raya Checkers, Seksyen 15, Shah Alam untuk diedarkan kepada mereka yang terjejas akibat banjir.
Baginda kemudian menghantar sumbangan keperluan asas dan makanan berkenaan di Seksyen 16, Shah Alam serta di Taman Meru Jaya, Klang.
Ads
Dalam pada itu, Baginda baharu sahaja menyambut ulang tahun hari keputeraan yang ke-31 pada 12 Disember 2021. Merafak Sembah tahniah dan ucap selamat sempena ulang tahun hari keputeraan DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.
Sebelum ini, DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah pernah bergabung dalam sebuah majlis secara dalam talian bersama empat putera raja dari lima buah negeri iaitu Perlis, Selangor, Terengganu, Kelantan dan Negeri Sembilan.
Ads
Menerusi program ‘Harapan Diraja Pewaris Negara Merdeka’ yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) selama 40 minit melalui saluran Suara Sunnah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) serta di saluran YouTube Sektor Sumber Teknologi Pendidikan Perlis.
Di majlis tersebut, DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah bertitah agar rakyat Malaysia perlu bersatu hati, mengekalkan perpaduan dan meraikan perbezaan kaum supaya keharmonian yang terbina dapat dikekalkan.
Sumber: Selangor Royal Official
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pendedahan Datin Alyah mengenai si comel yang berada dalam dukungannya dalam perkongsian gambar di media sosial pada awal Jun lalu nyata mengejutkan ramai pihak. Dalam diam rupa-rupanya isteri Dato’ Ramli MS ini kian bahagia memegang status ibu.
Belum puas membelai dan menjaga anak kecil yang diberi nama Nur Izzara itu, pelantun lagu Kisah Hati berkenaan reda meninggalkan si manja buat seketika waktu demi melaksanakan ibadah haji.
Selamat tiba di tanah air baru-baru ini, Datin Alyah bagaimana pun diuji dengan kesihatan dan terpaksa ditahan di wad akibat batuk berpanjangan.
Sepanjang berada di Tanah Suci, Datin Alyah meluahkan rasa rindu terhadap Nur Izzara dan memuat naik beberapa momen dirinya di samping anak kecil tersebut.
Mengimbas kembali detik awal menerima kehadiran Nur Izzara, kongsi penyanyi bersuara lunak ini.
“Nur Izzara hadir dalam hidup kami tidak pernah kami terfikir dalam perancangan kehidupan yang kami lalui dan sesungguhnya Engkaulah perancang terbaik bagi setiap hambaMu.”
Difahamkan anak kecil ini sudah pun berusia tiga bulan. Dalam pada itu, Datin Alyah menzahirkan rasa syukur kerana akhirnya dapat merasai perasaan menjadi seorang ibu.
“Bersama kamu ku jadi tahu ertinya cinta tanpa mengucapkan cinta. Alhamdulillah.”
Mengulas lanjut perkembangan terkini selepas pulang dari Tanah Suci, dia berkata teringin donut air tangan ibu tersayang dan bersyukur ratu hati kesayangan sanggup menyediakan kuih tersebut meskipun tidak begitu sihat.
“Masa kat Mekah saya beli donut sebab teringin nak makan. Manis betul donut kat sana sambil dalam fikiran saya berkata nak makan donut mak saya. Saya balik tak sempat nak makan apa-apa terus masuk hospital.
Kebetulan mak saya ada dan dia usahakan juga buat donut kegemaran saya sebab dia pun bukan sihat sangat. Sambil makan macam nak menitik air mata saya.”
Hari ini, 18 September merupakan hari ulang tahun kelahiran arwah Ashraf Sinclair, dan sudah semestinya isteri beliau, pelakon dan penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari tidak melupakan hari jadi suaminya walaupun sudah masuk 2 tahun pemergian Ashraf menemui penciptanya.
Menerusi hantaran terbaru BCL di dalam akaun Instagramnya BCL telah memuat naik gambar Alahyarham suaminya sambil memeluk anak tunggal, Noah dengan kespyen yang sangat menyentuh hati.
“Hai awak…, Selamat Hari Lahir ❤️ Kami merinduimu.. Dan Mencintaimu, sentiasa..”, tulis BCL di dalam hantarannya.
Pemergian pelakon dan pengacara Ashraf Sinclair, yang juga abang kepada DJ Mix FM, Aishah Sinclair secara mengejut ketika dalam tidur pada Februari 2020 sememangnya mengejutkan industri seni Malaysia dan Indonesia.
Mana tidaknya, Ashraf Sinclair tidak dilaporkan menghidap sebarang penyakit serius ketika hayatnya, dan pemergian secara tiba-tiba nyata sangat pedih untuk diterima oleh BCL serta anak mereka Noah. Malah perhubungan BCL dan Ashraf dilihat cukup akrab, sebagai sebuah pasangan romantis yang sentiasa menyayangi dan mencintai, sehinggalah ajal memisahkan mereka. Difahamkan punca kematiannya adalah disebabkan serangan jantung.
Dek perkongsian BCL, rata-rata ramai rakan selebriti dan peminat meninggalkan komen serta menitipkan kata-kata semangat buat BCL dan Noah serta terus kuat melalui kehidupan, dan mendoakan agar allahyarham Ashraf ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.
Cuti sekolah dah mula, mesti ada yang dah plan nak bawa keluarga ‘makan angin’ bersama-sama. Bagi warga Selangor atau mereka yang nak berkunjung ke negeri ini, NONA kongsikan 10 destinasi pelancongan menarik dan unik yang mungkin ramai tak tahu sebelum ini.
1. D VIRTUAL PARK, EVO MALL BANGI
Merupakan taman tema realiti maya pertama di Semenanjung, Malaysia yang terletak dalam pusat membeli-belah. Dengan teater hologram, ia memberi pengalaman permainan revolusioner yang akan memuaskan rasa lapar maya anda!
Lihat animasi hologram selama 10 minit yang dicipta sepenuhnya oleh pasukan kreatif mereka sendiri menggunakan perisian dan alatan animasi paling canggih dan kompleks. Ia juga mempunyai lapan tarikan realiti maya dan satu tarikan realiti tambahan.
2. SPLATTER ART FACTORY, SUBANG JAYA
Kunjungi Splatter Art Factory di Subang Jaya jika anda ingin mencuba ekspresi seni yang unik. Pakej mereka termasuk satu kanvas bawa pulang serta berus, peralatan, warna akrilik, baju ponco keselamatan kasut dan cermin mata atau pelindung mata.
Kemudian, anda boleh mencipta seni menggunakan pelbagai pendekatan dan imaginasi.
3. RUMA POKOK, SEPANG
Sebuah kedai tumbuhan kafe yang terletak di pekan kecil iaitu Sungai Pelek, Sepang.
Mengetengahkan elemen kafe, karya dan alam. Ruma Pokok menjadi satu tarikan baru kerana dekorasi dengan pelbagai spesis pokok hijau memenuhi ruang kafe. Pelanggan juga boleh membeli pelbagai jenis pokok disini.
4. RIVERINE SPLASH, PULAU CAREY
Resort ini mempunyai Taman Tema Riverine Splash Water bertemakan suku kaum.
Terdapat lebih 12 tarikan untuk kanak-kanak antaranya Anaconda Tube Slide, Rimba River, Survival Park dan Kiddie Beats.
5. STARS ARCHERY, PETALING JAYA
Pengendali jarak jauh memanah dalaman terbesar di Malaysia yang menjadi tarikan kepada para pelancong terutama remaja dan pelajar.
Bukan hanya sesuai untuk mereka yang sudah berpengalaman bahkan buat mereka yang baru hendak mula belajar memanah.
6. NAFAS CUBE SERDANG
Untuk tetamu yang mencari lokasi percutian yang unik dalam masa yang singkat. Dengan penginapannya yang tersendiri dan selesa, NAFAS Cube menyediakan tempat percutian yang tenang jauh dari kesibukan dan kesibukan bandar.
Tapak yang dikendalikan sepenuhnya oleh Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) ini merupakan destinasi popular bagi pengunjung yang mencari pengalaman agropelancongan yang unik dan mendebarkan. NAFAS Cube menawarkan bilik gaya hotel dengan konsep berasaskan bekas dan pembetung (paip pembetung konkrit). NAFAS Cube juga menyediakan konsep glamping, atau berkhemah dengan pemandangan tasik yang indah.
7. SAVILLE WONDERLAND, SEMENYIH
Merupakan ladang agro yang juga pusat penetasan, penternakan dan jualan ayam kampung. Tarikan yang terdapat di sini adalah Mini Santuari Kancil/Pelanduk, memancing ikan air tawar, petting zoo, ATV Ride, Taman Ulaman dan Herba.
Saville Wonderland yang dibuka setiap hujung minggu menawarkan homestay kontena premium “Barn Stay”. Anda juga berpeluang merasai tinggal di kebun yang dilengkapi pelbagai kemudahan, pemandangan yang cantik dan tenang. Terdapat kolam ikan dan anak sungai di hadapan kediaman kebun sambil dapat menikmati suasana ladang ternakan dan tanaman buah-buahan.
8. 20 LAMAN CAFE, BANGI
Bagi yang ingin merasai masakan tradisional Negeri Sembilan dan masakan Melayu, serta pelbagai jenis ulaman boleh berkunjung ke sini.
Lemak Cili Padi Ikan Salai dan Daging Salai antara menu istimewa paling popular. Menu-menu lazat yang lain ialah Asam Pedas Melaka dan Tempoyak Ikan Patin Pahang.
9. PAYA INDAH DISCOVERY WETLAND, DENGKIL
Kehijauan yang subur seluas 1,111 ekar dan tasik besar membentuk Paya Indah Discovery Wetlands.
Taman tanah lembap terbesar di Lembah Klang akan menjadi rumah kepada aktiviti luar yang baharu dan mendebarkan. Boleh dikunjungi pada hujung minggu untuk aktiviti bersama keluarga atau rakan-rakan.
10. FUTURE LAND FUN ZONE, PETALING JAYA
Pusat hiburan keluarga yang futuristik, menawarkan aktiviti realiti maya yang menghiburkan dengan teknologi canggih.
Nikmati keseronokan dengan pelbagai permainan simulator 360 yang mendebarkan! Simulator 360 Flight dan ExoJet, Mirror Maze, VR Hero, 6D Cinema dan VR Car simulator antara tarikan utama yang menggunakan teknologi dan peralatan canggih.
Layari www.selangor.travel untuk info dan tip merancang perjalanan ke Negeri Selangor.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan kepada pelakon dan penyampai radio popular, Shiera dan suami atas kelahiran cucu sulung mereka baru-baru ini. Terhibur tengok gelagat lucu pasangan suami isteri ini yang menyambut kehadiran cucu mereka di sebuah hospital swasta di Kuantan, Pahang ...