KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke Majlis Khatam Al-Quran di Surau Utama Istana Negara pada 4 April 2023.
Majlis Khatam Al-Quran tersebut dipimpin oleh Penolong Pegawai Agama Istana Negara Ustaz Mohd Zuhairee bin Mohd Yatim.
Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan cenderakenangan kepada semua peserta khatam Al-Quran yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Istana Negara.
Turut hadir Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Mejar Jeneral Dato’ Zahari Mohd Ariffin, Datuk Paduka Maharaja Lela Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini dan Pegawai Agama Istana Negara Datuk Munir Md Salleh.
Sumber: Instagram Istana Negara
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Angkat Sumpah Dengan Al-Quran Nenek, NADIA KAHF Jadi Hakim Mahkamah Tinggi Berhijab Pertama di New Jersey
Peribadi wanita yang satu ketika lalu dianggap lemah kini sudah berubah. Dalam kelembutannya tertanam sifat pintar dan adil dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Inilah kelebihan Nadia Kahf yang dilantik sebagai hakim pertama berhijab di Mahkamah Tinggi New Jersey, Amerika Syarikat (AS).
Mengangkat sumpah dengan tangan di atas kalam al-Quran milik neneknya, Nadia kelahiran Syria menyertai dua lagi wanita Islam, Sharifa Salaam dan Kalimah Ahmad di Mahkamah Tinggi pada hujung Mac lalu.
“Saya bangga untuk mewakili masyarakat Islam dan Arab di New Jersey dan di Amerika Syarikat.
Saya mahu generasi muda melihat bahawa mereka boleh mengamalkan agama mereka tanpa rasa takut. Mereka boleh menjadi siapa mereka.
Diversiti adalah kekuatan kita, ia bukan kelemahan. Saya harap lebih ramai orang memahaminya.” Nadia Kahf
Nadia yang merupakan peguam imigresen dan undang-undang keluarga dari firma guaman WayneKahf juga bekas Pengerusi Lembaga Pengarah Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR-NJ).
Pengarah Eksekutif CAIR-NJ Selaedin Maksut menzahirkan kegembiraan melihat wanita Muslim di sana diiktiraf masyarakat.
“Nadia telah lama berkhidmat kepada masyarakat Islam di New Jersey. Saya berbesar hati dapat bekerja di bawah kepimpinan dan bimbingannya di CAIR-NJ. Melihatnya mengangkat sumpah setahun selepas pencalonannya adalah sesuatu yang luar biasa.
Nadia mungkin yang pertama memakai tudung di Mahkamah Tinggi di New Jersey, tetapi dia pastinya bukan yang terakhir, insya-ALLAH. Dengan pencapaian dan pengalamannya yang luas, beliau telah meletakkan kedudukan yang tinggi untuk wanita Islam yang lain.”
MUSLIMAH
Pada Jun 2022, Laila Ikram mencipta sejarah dilantik hakim wanita Muslim pertama di Arizona.
Peguam cara Michigan, Fadwa Hammoud pada Oktober 2021 dengan menjadi wanita Arab Amerika Islam pertama yang berhujah di Mahkamah Agung AS.
Nadia Kahf berhijrah ke Amerika Syarikat (AS) dari Syria ketika berusia 2 tahun. Dia telah lama bekerja di yayasan Islam negara itu.
Hebatnya pencapaian Nadia, bukan mudah untuk merintis jalan menjadi hakim di Mahkamah Tinggi yang terletak di negara bukan Islam. Moga kejayaannya menjadi inspirasi kepada wanita lain!
**************
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang (link)
**************
‘Master’ Dalam Genggaman & Bisnes Makin Maju, Kejayaan FARAH LEE Cetus Inspirasi!
Kejayaan usahawan muslimah yang juga Instafamous Farah Lee ini pastinya mencetus inspirasi ramai. Tidak hanya bergelar ibu kepada seorang anak perempuan comel, dia juga sebenarnya berstatus ibu tunggal. Lebih mengagumkan, Farah berjaya menyelesaikan thesis pengajian dalam bidang Sarjana Pendidikan Kanak-Kanak di University of Leeds, United Kingdom pada hujung Februari lalu. Bagaimana pun sesi graduasi ‘Master’ Farah yang sepatutnya berlangsung Julai lepas masih tertangguh.
Sering berkongsi aktiviti harian dan kata-kata motivasi yang menyuntik semangat buat kaum wanita sepertinya agar kuat menjalani liku kehidupan, Farah Lee atau nama penuhnya Nurfarahin Romli merupakan pengasas perniagaan busana miliknya iaitu Omma & Esabel. Dalam kesibukan ‘berperang’ dengan pengajian dan perniagaan, graduan Ijazah Sarjana Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Inha, Korea Selatan ini juga tidak alpa terhadap tanggungjawabnya sebagai ibu.
Kecekalan Farah tinggal bersama permata hati, Maream Esabel yang kini berusia 5 tahun di bumi UK sepanjang pengajian nyata bukan satu tugas mudah. Satu perkara yang berjaya menguatkan semangatnya untuk terus tabah adalah kerana sikap dan pemikiran anak kelahiran Terengganu ini sendiri yang cukup optimis. Baginya, walau apa yang berlaku sekalipun hidup tetap diteruskan!
Terbarunya, Farah berkongsi gambar dirinya dan anak tersayang bersama sebuah kereta mewah dipercayai kereta baharu milik wanita kental ini. Jelas terpancar wajah gembira Farah apabila usaha menjana pendapatan sendiri sebagai ibu tunggal akhirnya berbalas.
Kongsi Farah, “Masih terngiang ngiang kata-kata itu dilemparkan di hadapan muka, “Tengoklah dia, buat business pun tak berjaya, staff pun tak kekal, bibik asyik tak lekat…” Berderau darah tapi masih tunduk mengiakan kekurangan. Rasa loser jugak masa tu actually. Well, I didn’t focus on my business that much before because my priority was my family, I closed down my boutique to focus on raising my daughter at home, bibik asyik tak lekat tu rasanya hampir semua rumah camtu kot.
I didn’t have space to bloom. Suppressed. Lost. Now that the wall was demolished. I become me again, given and giving, bangkit dan berdiri di kaki sendiri, to this today, alhamdulillah.
Arwah Papa once confessed to me; “Papa sedih untuk Maream, tapi untuk Kakcik, Papa gembira, sebab Papa tahu potensi anak Papa. Papa nak tengok Kakcik yang dulu”. Sadly, you’re not here to see us today Papa. But I’m sure, Allah tunjukkan Papa perkara yang lebih baik yang diluar akal kami yang di dunia ni. These all, berkat air mata Papa dulu, dan doa Mama yang tanpa henti sehingga sekarang.
Wanita kadang ketepikan ‘kejayaan’ mereka kerana ingin berkorban untuk keluarga. Atau kadang mereka tidak mendapat berkat seperti yang diperlukan. Hargailah mereka. Sokonglah mereka. Kerana ketahuilah, mereka boleh saja lebih hebat sendiri.
Few times someone came and said, “Saya kesian tengok Farah, saya sedih”. I replied “Eh tak perlu sedih, I’m happier and better than before. Alhamdulillah, saya redha dan sangat bersyukur dengan yang dah berlaku”.
It wasn’t a smooth one. There were times I got emotionally, mentally and physically exhausted all at a time. What did I do.? I just cried, and talked to God. Then, resume life as usual. Repeat. Crying doesn’t mean that you’re not content with life, it’s a moment for you to feel, to humble yourself and to seek for help. Life is full of obstacles because Heaven is exclusive. But, please remember, WITH hardship comes ease. Ya, penat. Penat sangat. Tapi penat yang bahagia.”
Biarpun sibuk dengan pengajian, bisnes dan tanggungjawab terhadap anak namun Farah tetap aktif menyertai aktiviti kemanusiaan dan kebajikan. Dek kerana sikap prihatin yang menebal terhadap insan serba kekurangan khususnya kanak-kanak, Farah menyediakan platform Childrity by Farah pada 29 September tahun lalu. Ia berperanan membantu kanak-kanak yang memerlukan dan buat masa ini Farah menjayakan usaha tersebut di bumi Afrika.
Semoga segala usaha murni dan kegigihan Farah terus dipermudahkan sekaligus menjadi sumber inspirasi kepada semua wanita.
Kredit: Instagram Farah Lee
Gelombang Inflasi, SYARIFAH FURAIHA Kongsi Formula Hadapi Krisis Ekonomi Dengan Tenang
Dipetik dari Nona on Air baru-baru ini, NONA kongsikan nasihat dari usahawan yang berasal dari Terengganu yang juga Pengasas Inai Republic, Syarifah Furaiha, tip atau formula bagaimana menghadapi inflasi atau krisis ekonomi yang dikatakan mungkin akan berlaku.
“Dunia sekarang dikaitkan dengan akhir zaman, sekarang ni barang dah naik, kita hampir terputus bekalan dan sebagainya. Jadi, pertama sekali apa pun yang berlaku bertenang dulu. Sebabnya, kalau kita sedang emosi kita tidak akan dapat buat keputusan yang baik. Jadi, kita jangan fokus kepada masalah tapi fokus kepada peluang.
“Kalau kita fokus kepada masalah, macam saya cakap tadilah. Kita tak boleh fokus benda yang kita tak boleh nak control. Apa yang akan berlaku, krisis ekonomi kita tak boleh control benda tu tapi boleh control apa yang kita buat. So apa yang perlu kita buat?”
JANGAN PANIK, BANYAKKAN MENYIMPAN
“Janganlah tambah komitmen pada masa sekarang. Ini bukan masa yang terbaik sebenarnya. Duit yang ada tu tukarkan kepada emas. Lepas tu ambil apa saja peluang perniagaan yang ada, buat. Kalau nak dapat sesuatu yang tak pernah kita dapat, kita buat perkara yang kita tak pernah buat.
“Jadi dalam masa yang sekarang ni just bertenang dulu kemudian cari penyelesaian apa yang anda ada. Urus kewangan anda sebaiknya. Kalau dulu hari-hari beli di luar atau makan sana makan sini, kena urus benda tu sebab kita tak tahu apa yang bakal berlaku dalam tempoh 3-6 bulan akan datang.
“Mungkin kita ada duit bagi orang-orang yang ada duit. Tapi mungkin duit dah tak ada nilai sebab inflasi. Dengar-dengar akan berlaku inflasi tak lama lagi. So tu dah berdebar. Kalau yang ada duit tu pergi beli emas. Yang tak ada duit start buat duit.”
Syarifah Furaiha yang mesra disapa sebagai Fara turut menasihatkan, jangan hanya duduk fokus kepada masalah. Carilah penyelesaian dengan peluang yang ada. Usah terlalu memilih dalam keadaan sekarang.
JANGAN DUDUK FOKUS MASALAH SAJA TANPA USAHA
“Sebab tiada siapa pun yang akan bantu. Duduk di situ sajalah fokus masalah, tak buat apa-apa. Tiada apa yang berubah dalam hidup. Masalah bertambah besar.
“Daripada buat macam tu, cuba cari penyelesaian jangan sesekali demand. Nak buat bisnes hebat-hebat je. Kalau ada kerja, memilih pula. Kerjalah dulu apa yang ada. Sekurang-kurangnya anda buat sesuatu untuk tingkatkan taraf hidup. Jadi, uruslah kewangan kita dengan baik. Urus simpanan yang ada sekarang, jangan banyak berbelanja sangat.”
PEKA BERITA SEMASA
“Paling penting sentiasa peka dengan berita-berita dan info semasa apa yang berlaku dalam dunia sekarang.”
Seterusnya, Syarifah Furaiha turut berpesan hadapilah setiap ujian dengan tenang kerana segalanya akan menjadi lebih baik jika kita berusaha mencari penyelesaiannya.
“Mungking sekarang ada yang sedang berjuang atau tiada semangat, nasihat saya walau apa pun macam mana susah pun hidup kita, apa saja ujian dalam hidup kita hadapi sahaja. Gembira, susah, atau sedih sekalipun hadapilah. Walau ada masalah inflasi, ekonomi dan sebagainya semuanya akan berlalu. Hadapi sambil berusaha untuk cari jalan penyelesaian. Insha-Allah esok akan lebih baik.”
Isu kenaikan harga barang bukan mudah untuk ditangani namun yang penting kerajaan perlu bersungguh-sungguh mencari penyelesaian terbaik bagi meredakan kadar inflasi di negara ini.
Kredit Foto: IG Syarifah Furaiha