Raja Permaisuri Agong Pertama Berhijab, Permaisuri SITI AISHAH Bergelar Permaisuri Agong Usia 28 Tahun!

Penampilan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong sememangnya menjadi perhatian rakyat. Penampilan penuh anggun, elegan dan sopan membuatkan masyarakat mengagumi keperibadian seorang Raja Permaisuri Agong.

Salah seorang Raja Permaisuri Agong yang menarik tumpuan rakyat dan pernah menghiasi muka depan Nona ialah Permaisuri Siti Aishah. Baginda menjadi penghias depan Nona Ogos 2013.

Permaisuri Siti Aishah ialah Raja Permaisuri Agong ke-11 yang dilahirkan pada 18 November 1971 dan melanjutkan pengajian dalam bidang perbankan di UiTM Kampus Kota Bharu, Kelantan.

Baginda merupakan Raja Permaisuri Agong kesebelas apabila KDYMM Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-11 pada 26 April 1999.

Permaisuri Siti Aishah berkahwin dengan Sultan Selangor pada 3 Mei 1990 ketika berusia 19 tahun dan dilantik sebagai Raja Permaisuri Agong pada 26 April 1999. Permaisuri Siti Aishah ialah Raja Permaisuri Agong termuda pada usia 28 tahun.

Koleksi Majalah Nona
Koleksi Majalah Nona

Bagaimanapun Baginda tidak dapat menghabiskan tempoh lima tahun sebagai Raja Permaisuri Agong kerana DYMM Tuanku Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj mangkat pada 21 November 2001.

Permaisuri Siti Aishah sempat menjadi Raja Permaisuri Agong selama tempoh dua tahun enam bulan. Istimewanya, Permaisuri Siti Aishah menjadi Raja Permaisuri Agong pertama yang memakai hijab dan berasal dari golongan kebanyakan.

 

Sumber: Warisan Raja & Permaisuri Melayu

 

Share
Published by
Suzi