Gaya Hidup

Raja Permaisuri Agong Tulis Semula 500 Resipi ‘Secret’ Untuk Diwarisi Kepada Puteri-Puterinya

KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj memang terkenal kehebatan memasak di dapur.

Foto: Facebook Istana Negara
Foto: Instagram @istana_negara

Selain memasak, kegemaran Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah pada masa lapang ialah membaca, menjahit, bermain golf dan paling utama menjaga dan bermain-main dengan Paduka-paduka Anakanda serta berbakat dalam bidang penulisan.

Foto: Instagram @istana_negara

Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah telah menghasilkan sebuah buku masakan yang bertajuk “Air Tangan Tengku Puan Pahang”. Buku masakan ini telah diterbitkan dan seterusnya dilancarkan pada Mac 2005. Sehingga kini penjualan buku tersebut masih lagi dijalankan dan hasilnya disalurkan terus ke Tunku Azizah Fertility Foundation (TAFF).

Foto: Facebook Istana Negara

Melalui laman Instagram @airtangan_tunkuazizah, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah telah berkongsi tentang buku resipi milik peribadi Baginda. “Mengemas kinikan resepi secret saya, tulis semula untuk anak dara saya Afzan dan Jihan. Ada 500 resipi saya kena tulis semula. Banyak kerja kan! Doakan saya dapat selesaikan dangan cepat!,” tulis Baginda.

Foto: Instagram @airtangan_tunkuazizah
Foto: Instagram @airtangan_tunkuazizah
Foto: Instagram @airtangan_tunkuazizah
Foto: Instagram @airtangan_tunkuazizah

Beruntung YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah bakal mewarisi resipi bonda tercinta.

Foto: Instagram @istana_negara

Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah pernah bertitah, “No matter who you are, who you are married to, regardless of race, wealth, religion or creed, you are still a wife. It is our duty to serve our husband and family, and I rather quite enjoy it! Serve with love

,” titah Raja Permaisuri Agong.
Share
Published by
Hamizatul Maizan Binti Mohamed