Gaya Hidup

Rajin Beli Minuman, Mandi Kolam, Guna Penapis Mahal Tapi Halal Ke Air Yang Digunakan?

Air pada semula jadinya dianggap halal, namun sepanjang pengeluaran air minuman dan proses rawatan air untuk kegunaan komersial lain, sifat air mungkin berubah kerana bersentuhan dengan bahan asing.

Ini menimbulkan persoalan di kalangan masyarakat Islam tentang status air yang mereka gunakan. Ini termasuk pembuatan produk yang menggunakan air untuk dihasilkan dan kemudahan awam yang memerlukan air untuk berfungsi.

Menurut Koo Zao Cheong, Pengurus Pembangunan Perniagaan Serantau Waterco Malaysia, penggunaan air yang mematuhi piawaian halal semakin mendapat perhatian kerana ia bukan sahaja memberi manfaat kepada masyarakat Islam tetapi juga rakyat yang mementingkan penggunaan air yang berkualiti.

“Sudah tentu manusia memerlukan air yang bersih dan selamat tanpa mengira agama. Keperluan ini adalah penting untuk kehidupan seharian dan penggunaan industri kerana tanpa air bersih, pengeluaran barangan, pembersihan dan sebarang perkhidmatan berkaitan akan pasti terjejas.

Penggunaan air yang mematuhi piawaian halal bukan sahaja penting bagi masyarakat Islam, ia juga merupakan satu piawaian yang akan memenuhi permintaan pengguna dari semua lapisan masyarakat.” Koo

Air yang bersih dan selamat adalah penting untuk kegunaan harian manusia tanpa mengira agama

 

(a) Pensijilan Halal dalam penggunaan dan pemprosesan air industri

 

Air adalah komoditi asas untuk hampir setiap langkah proses pembuatan dan pengeluaran termasuk penyejukan, penyimpanan dan pembersihan. Untuk tapak pembuatan dan proses yang mematuhi piawaian Halal, air memainkan peranan penting untuk memastikan pengguna akhir dapat menikmati produk yang mematuhi kehendak hukum syarak.

Selain proses pembuatan, elemen sepanjang proses pelupusan dan penggunaan semula air termasuk penggunaan penapis, bahan mentah dan ramuan juga perlu mematuhi piawaian Halal untuk penggunaan berterusan yang selamat.

 

(b) Penggunaan air Halal di kemudahan awam

 

Pernahkah anda terfikir tentang penggunaan air halal di kemudahan awam seperti kolam renang? Di Malaysia, kita menikmati pelbagai budaya yang indah dan kita berkongsi kemudahan awam dengan masyarakat yang mempunyai latar belakang berbeza.

Oleh itu, ia merupakan satu langkah yang bijak untuk memenuhi keperluan komuniti yang berbeza dengan memberi manfaat yang sama kepada kita semua.

Sistem penapisan air Halal bukan sahaja diperlukan untuk menapis air kolam wuduk dan untuk penggunaan lain di Masjid, penghasilan air yang mengikuti piawaian Halal di kemudahan awam yang lain juga dapat memastikan status air yang pasti selamat dan bersih untuk semua pengguna.

 

(c) Pensijilan Halal melangkaui kewajipan agama

 

Kini, pengiktirafan Pensijilan Halal bukan sekadar konsep keagamaan malah ia telah menarik minat mereka yang bukan Islam untuk mempertimbangkan jenama dan produk yang diiktiraf Halal kerana ia terbukti menjadi pilihan berkualiti tinggi, selamat dan sihat.

Bagi industri pembuatan dan penulenan air, proses pembuatan dan penghasilan produk perlu diperakui oleh institusi masing-masing dan mengikut garis panduan yang ketat untuk diiktiraf sebagai halal.

Dengan mendapat pengiktirafan ini, produk dan perkhidmatan dijamin berkualiti dan bebas daripada sebarang sumber yang meragukan dan ini dapat meningkatkan tahap keyakinan pengguna walaupun dalam kalangan bukan Islam.

Pengambilan dan penggunaan air yang selamat dan bersih adalah penting sama ada untuk tujuan keagamaan atau untuk kesihatan dan kesejahteraan kita.

Tanpa mengira latar belakang agama, sistem pembuatan dan penapisan air yang mematuhi piawaian halal berfungsi sebagai standard untuk penggunaan air kita, jadi ayuhlah kita memberi perhatian kepada manfaat air Halal dan menggunakannya dalam aktiviti harian kita!

Share
Published by
Norzalina