Sembilan tahun melayari bahtera perkahwinan, rumah tangga milik selebriti Datuk Yusry Abd Halim dan Datin Lisa Surihani kini bakal bertambah serinya dengan kehadiran cahaya mata baru.

IKLAN

Ucapan tahniah dan kiriman doa peminat bertalu-talu mengisi ruang komen mereka, sekaligus membuktikan pasangan ini masih menjadi kesayangan ramai.

“Alhamdulillah, Yahaira Leanne dan Yusof Leonne akan dapat adik, tidak lama lagi. Saya harap peminat dapat mendoakan terbaik untuk Lisa,” tulis Datuk Yusry.

Rajin Kongsi Ilmu & Aktif Kerja Kebajikan, Datin Lisa Surihani Bahagia Ahli Keluarga Bakal Bertambah
Keluarga kecil Datuk Yusry & Datin Lisa

 

Rajin Kongsi Ilmu & Aktif Kerja Kebajikan, Datin Lisa Surihani Bahagia Ahli Keluarga Bakal Bertambah
Yusof Leonne dan Yahaira Leanne

Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012 itu mengakui bahawa biasanya mereka tidak terbuka berkongsi berita tersebut dan hanya memaklumkan kepada ahli keluarga sahaja.

“Tentunya kami amat bersyukur kepada Allah dengan anugerah ini, dan ia sudah dikongsikan di kalangan keluarga dan rakan rapat. Pada masa yang sama, terdetik di hati kami, memahami ada juga yang cuba bertahun lama untuk mendapatkan anak.”

Rajin Kongsi Ilmu & Aktif Kerja Kebajikan, Datin Lisa Surihani Bahagia Ahli Keluarga Bakal Bertambah
Peminat memanjatkan doa agar kebahagian pasangan ini berkekalan

Sementara itu, Datin Lisa yang kini berusia 35 tahun juga memanjatkan kesyukuran kerana diberi kesempatan dan nikmat sekali lagi untuk hamil.

“Terima kasih kepada mereka yang sudi mendoakan yang baik-baik untuk kami,” ungkap Datin Lisa yang dilihat rajin berkongsi ilmu agama di Instagram miliknya.

AKTIF KERJA KEBAJIKAN

IKLAN

Seperti kebiasaan, Datin Lisa Surihani sentiasa aktif dalam kerja-kerja kebajikan. Dalam perkembangan terkini, beliau berkongsi kepada Nona tentang kempen #RealTalk Instagram, iaitu sebuah inisiatif baru untuk menormalkan perbualan mengenai kesejahteraan minda di kalangan remaja.

Kempen ini diluncurkan dengan perbincangan panel bertemakan ‘Ibu Bapa Membantu Remaja Membina Pengalaman Positif Dalam Talian’ yang menampilkan Datin Lisa Surihani iaitu Goodwill Ambassador untuk UNICEF Malaysia.

Rajin Kongsi Ilmu & Aktif Kerja Kebajikan, Datin Lisa Surihani Bahagia Ahli Keluarga Bakal Bertambah
Foto terbaru Datin Lisa Surihani dalam persalinan telekung dUCk

“Situasi pandemik menyebabkan remaja kita terpaksa duduk di rumah dan majoritinya aktif secara online. Jadi penglibatan ibu bapa mengenai topik keselamatan dalam talian dan kesejahteraan fikiran menjadi lebih penting berbanding sebelumnya.

IKLAN

Saya yakin sebagai ibu bapa, kita perlu kerap berbual dengan anak-anak kita sejak usia muda agar ia menjadi sebahagian daripada pembelajaran dan perkembangan mereka.

Dengan akses digital yang meluas, maklumat daripada profesional dan kumpulan sokongan mengenai kesejahteraan fikiran, ibu bapa harus sentiasa ‘mewujudkan perbualan’ mengenai topik ini bersama anak,” kongsi Datin Lisa.

Tambahnya, ibu bapa perlu memahami dan mempunyai pengetahuan mengenai tanggungjawab penggunaan media sosial kerana ia sudah menjadi bahagian penting dalam kehidupan kita pada hari ini.

Rajin Kongsi Ilmu & Aktif Kerja Kebajikan, Datin Lisa Surihani Bahagia Ahli Keluarga Bakal Bertambah
Semua ibu pasti mahukan yang terbaik untuk cahaya matanya

Demi menjadikan media sosial sebuah tempat yang selamat, Instagram mahu melibatkan ibu bapa di dalam kempen tahun ini. Sebuah Panduan Ibu Bapa telah dihasilkan bersama MIASA Malaysia, sebuah NGO berkaitan kesihatan emosi dan mental.

Dengan pandemik COVID-19 yang mempraktikkan keperluan untuk penjarakan fizikal, kita semua terpaksa bergantung pada bahan digital untuk belajar, bersosial dan bermain. Oleh itu, amat penting bagi ibu bapa untuk membimbing kehidupan digital mereka.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI