Kenyang perut Uzair Haqimy, hari-hari dapat makan air tangan Elisya Sandha! Rajin masuk dapur dan masak macam-macam menu tradisi, pelakon cantik ini bukan saja berbakat dalam dunia lakonan. Bahkan bakat memasak Elisya juga makin diketahui ramai.
Akui banyak belajar ilmu masakan dengan ibu mentua, Sheila Rusly, ramai yang melihat gaya masakan dan hidangan Elisya tidak banyak beza dengan pengarah terkenal itu.
Malah, tiap kali Elisya berkongsi video masakan pasti ibu mentua memuji usaha menantu kesayangannya ini. Bertuah Elisya!
Bersempena Ramadan, pelbagai menu dihasilkannya untuk juadah berbuka puasa. Kalau tengok atas meja, ada macam-macam lauk disediakan Elisya.
Antaranya, Soto Lamongan, Tomyam Thailand, Udang Masak Lemak dan Ikan Sambal Petai.
Dedah aktres berusia 24 tahun ini, “Kalau suami tambah dua kali semalam, maksudnya… alhamdulillah kadang-kadang risau terlebih masin atau terkurang masin.
Suami kita ni suka home cook food dan lagi suka berbuka di rumah.”
View this post on Instagram
Patutlah rajin Elisya masak. Bukan saja ketika Ramadan, rasanya hari-hari biasa pun Haq suka makan di rumah.
Adik pelakon Fasha Sandha ini mendirikan rumah tangga dengan anak Sheila Rusly pada 21 Ogos 2021. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Bunga Elhaq.