Rakyat Jelata Puji Perjalanan Haji DYMM SULTAN SELANGOR & DYMM TENGKU PERMAISURI SELANGOR. “Humble & Tenang”.

Kisah perjalanan haji DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin dikongsikan melalui laman Instagram rasmi Selangor Royal Official menarik perhatian rakyat jelata yang melihat kebersamaan pasangan ini dalam mengerjakan rukun Islam kelima itu.
Untuk rekod, pasangan diraja sudah selamat berangkat pulang ke tanah air  tanah air selepas selesai menunaikan ibadah Haji di Tanah Suci. Turut menyambut kepulangan pasangan diraja di lapangan terbang ialah  Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz dan Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin bin Shari.
Sebelum berangkat pulang ke tanahair, DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan menzahirkan penghargaan buat pengurusan Tabung Haji khususnya TH Travel & Services (THTS) yang mengiringi dan membimbing Baginda berdua serta rombongan sepanjang tempoh menunaikan ibadah Haji kali ini.

Baginda berdua amat berbesar hati dan memuji kelancaran operasi Haji kendalian THTS dalam menguruskan perjalanan melaksanakan rukun-rukun Umrah dan Haji dari Madinah sehingga ke Arafah dan Mina di Mekah.


Menjengah ke laman Instagram rasmi Selangor Royal Official, kebanyakan rakyat jelata mendoakan kesejahteraan pasangan diraja sepanjang berada di tanah suci. Malah, ramai yang memuji sikap humble  yang dimiliki oleh pasangan diraja ini ketika berada di tanah suci.

Tuanku berdua sangat humble, nampak seperti rakyat biasa sahaja, guna beg silang yang dibekalkan tabung haji, tak sibuk pun ganti guna Hermes, LV, Burberry seperti influencer baru nak kaya. Daulat tuanku.

Untuk rekod, selain kerabat diraja Selangor, ibadah Haji tahun ini turut dilaksanakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Turut berangkat ke Tanah Suci, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Turut mengiringi, Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Share
Published by
Rosmah Idayu