Selepas gandingan beregu badminton lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik meraih pingat gangsa untuk negara di temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
Pemain perseorangan lelaki, Lee Zii Jia menyambung khabar gembira buat peminat sukan tanah air apabila turut berjaya membawa pingat kedua Malaysia untuk edisi Olimpik 2024 kali ini.
Walau meraih pingat gangsa namun kejayaan itu membuatkan seluruh negara bersorak gembira meraikan kemenangan Lee Zii Jia ibarat membawa pulang pingat emas!
Dalam pertemuan mendebarkan Lee Zii Jia menentang pemain dari India, Lakshya Sen itu, anak jati kelahiran Kedah ini membuktikan semangat juang yang tinggi dalam misi memburu pingat buat tanah air.
Meskipun ketinggalan di set pertama, Zii Jia bangkit dalam set kedua dan akhirnya menewaskan pemain ranking ke-16 dunia itu dengan 13-21, 21-16, 21-11.
Syabas dan tahniah buat Lee Zii Jia kerana mengharumkan nama negara di persada sukan antarabangsa. Ternyata segala penat lelah dan kerja keras atlet berusia 26 tahun ini membuahkan hasil.
Ini Larangan Yang Harus Dipatuhi WANITA Arab Saudi, Kalau Tidak Akan Dihukum!
Suatu ketika dahulu, negara Arab Saudi menjadi satu-satunya negara yang tidak membenarkan golongan wanita untuk memandu kereta. Namun bermula semalam, kaum wanita di negara Timur Tengah itu menyambut berita gembira apabila mereka dibenarkan untuk memandu kereta secara sah.
Setelah sekian lama terkurung dan hanya boleh meminta bantuan abang, suami, saudara lelaki atau menggunakan perkhidmatan Uber untuk ke sesuatu destinasi, kini golongan wanita di sana seperti mencapai kemerdekaan kerana boleh memandu kereta ke mana-mana sahaja dan boleh membuat permohonan lesen memandu.
Arab Saudi atau Kingdom of Saudi Arabia (KSA), merupakan sebuah negara Arab yang berada di wilayah Asia Barat dan negara ini merupakan negara terbesar ke 5 di Asia. Selain wanita tidak dibenarkan memandu, negara ini juga memang terkenal sebagai negara yang melaksanakan pelbagai peraturan ketat lain terhadap golongan wanita di negara tersebut. Sebahagian daripada larangan tersebut ada berdasarkan Syariat Islam dan sebahagian lagi diusulkan oleh Pejabat Pemerintah.
Berikut adalah contoh larangan-larangan ketat yang dijalankan oleh pemerintahan Arab Saudi kepada kaum wanita di sana.
1. MENUTUP AURAT
Pakaian menjadi salah satu yang sensitif bagi masyarakat di sana. Sebagai negara Islam, kerajaan tersebut memerintahkan supaya wanita mengenakan pakaian yang panjang dan tidak menampakkan bentuk tubuh badan selari dengan Syariat Islam yang mewajibkan kita untuk menutup aurat. Umumnya, pakaian yang hanya digunakan adalah abaya yang berwarna hitam. Wanita yang didapati tidak memakai abaya akan ditangkap dan diberikan hukuman.
2. AKSESORI WANITA TIDAK DIBENARKAN
Memakai aksesori atau hiasan tambahan seperti rantai juga tidak dibenarkan dan dilarang keras. Selain itu, wanita di negara ini juga dilarang untuk mengenakan solekan di wajah.
3. KELUAR TANPA IZIN
Keluar tanpa izin daripada suami atau wali lelaki adalah dilarang. Wanita juga tidak diizinkan untuk meninggalkan rumah sendiri dan dilarang menerima tetamu lelaki dan apatah lagi untuk berinteraksi dengan lelaki bukan Mahram.
4. ACARA SUKAN
Wanita di Arab Saudi berdepan halangan untuk bersukan. Mereka perlu memakai pakaian menutup aurat di tempat awam, mematuhi peraturan pengasingan gender yang ketat dan mendapatkan kebenaran daripada penjaga lelaki untuk mengembara, belajar atau berkahwin.
Kali pertama negara yang kaya hasil minyak itu menghantar atlet wanita ialah Olimpik 2012 di London.
5. PERKAHWINAN
Perempuan yang ingin berkahwin degan warga asing perlu mendapatkan kebenaran dan persetujuan daripada Kementerian Dalam Negeri terlebih dahulu, namun perkara ini tidak tertakluk bagi golongan lelaki.
Bagaimanapun, Arab Saudi dilihat semakin memberi kelonggaran kepada beberapa peraturan susulan pelancaran Wawasan 2030 yang menyaksikan perubahan ekonomi dan sosial, yang antara lain menyasarkan peningkatan tenaga kerja wanita.
Sumber: Tribunnews.com
“Kalau Nak Jaga Hati, Jangan Panggil Saya Pengkritik,” Komen Pedas ZULIN AZIZ Digeruni
Dalam episod pertama program realiti digital pencarian makeup artist Fabulous MUA 1 November lepas… selain para peserta, pastinya kehadiran salah seorang juri jemputan iaitu Zulin Aziz antara yang terkesan di hati penonton. Mana tidaknya, setiap komen yang diberikan Zulin sangat jujur dan ‘tajam’ hingga membuatkan para peserta turut merasa gementar. Iyalah, selama ini ramai yang mengenali perwatakan Zulin sebagai pelawak. Tak sangka pula dia rupa-rupanya seorang yang tegas!
Berpeluang bertemu Zulin selepas penggambaran selesai, persoalan pertama yang diajukan kepada aktres ini tentunya mengenai kelantangannya dalam memberikan komen. Sambil tersenyum, dia menyusun kata. “Sebab kalau saya baik, mereka tak belajar. Saya pun sebenarnya belajar dari director yang garang… daripada benda-benda yang ‘pedas’. Daripada benda yang ‘pedas’ tu, membakar semangat untuk berjaya.
‘Kau tunggulah Zulin, satu hari nanti aku akan jadi makeup artist berjaya. Muka kau pun aku tak pandang!’ Benda tu yang kita nak!”
Tambahnya lagi, “Jangan bila kita marah dia sebagai peserta, dia rasa lagi down. Sebab apa yang saya cakap tu jujur. Nak saya jaga hati ke? Kalau nak jaga hati, jangan panggil saya pengkritik. Panggil saya pemuji… saya akan datang puji je. Tapi sebab kita datang sini, kita nak bagi komen. Bukan saja mengkritik. Tapi kalau lawa, kita kata lawa… kalau tak betul, kita kata tak betul. Berdasarkan apa yang saya pandang.
Sudut mata makeup artist lain, sudut mata dari seorang klien pun lain. Saya mewakili klien. Sebab saya artis, saya yang bakal hire mereka. InshaAllah, mana tahu kan? Jadi apa yang boleh saya cakap adalah… semua ini sebenarnya nak bagi mereka buka mata dan jangan play safe. Sebab dalam industri ni dah ramai makeup artist dah. Tapi apa yang membuatkan kita nak dia (makeup artist) adalah, apa yang saya cakap itu tadilah.”
Biarpun secara luaran Zulin disifatkan sebagai seorang yang ‘sempoi’ dan penuh lawak jenaka, hakikatnya apabila menyentuh soal kerja… dia cukup komited dan teliti! Lebih-lebih lagi melibatkan solekan wajah ketika penggambaran drama atau program hiburan. Sepanjang lebih 12 tahun terlibat dalam industri, dia mengakui tidak terlepas daripada mengalami igauan ngeri solekan daripada makeup artist.
View this post on InstagramA post shared by Majalah Nona (@majalahnona) on
“Saya ni orangnya particular bab mekap. Kalau saya sendiri mekap, saya tahu yang saya ni malas ke time tu. Tapi orang (makeup artist) tak boleh, sebab kita klien dia kan. Dia tak boleh bagi alasan macam mana saya bagi alasan kat diri saya.
Macam hari ni saya malas… saya comot. Tapi kalau saya hire dia sebagai makeup artist, dia tak boleh bagi saya alasan yang dia malas.
Ada satu insiden tu… saya tak tahu dia makeup artist dari mana. Dia mekap saya untuk live show. Dia pakaikan bulu mata saya, terlebih atas. Saya pula tak tengok cermin sebab saya dah lambat. Bukan je bulu mata terlalu ke atas, eyeliner comot dan bila saya commercial break, saya tengok muka saya… saya menjerit.
Tapi demi menjaga hati dia, saya macam buat relax je. Sebenarnya saya buka balik bulu mata tadi dan mekap sendiri,” terang Zulin penuh jujur.
Zulin Aziz dijemput selaku juri undangan Fabulous MUA episod 1 yang disiarkan menerusi Youtube, Facebook dan laman web Majalah Nona pada 1 November lalu.
Hailey Bakal Bergelar Ibu, Justin Kongsi Rasa Teruja Mahu Bertemu ‘Bieber Junior’
Pasangan selebriti terkemuka yang juga berprofil tinggi dunia, Justin Bieber dan Hailey berkongsi rasa teruja, apabila bakal menimang cahaya mata, lepas enam tahun usia perkahwinan.
Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Justin menerusi hantaran di instagram miliknya, yang bertujuan berkongsi keterujaan rasa gembira bakal menyambut kelahiran cahaya mata pertama mereka tidak lama lagi.
Muat Naik Video Romantis Perbaharui ‘Ikrar Perkahwinan’
Hantaran berkenaan memaparkan Justin yang sedang merangkul isterinya, itu dalam sekeping gambar memaparkan separuh badan mereka.
Meski tidak menceritakan secara terperinci tentang kehamilan tersebut, dapat dilihat dengan jelas terlihat ‘baby bump’ pada tubuh Hailey.
Malah, perkara ini telahpun disahkan oleh wakil pengurusan yang memaklumkan Hailey, 28, kini sedang hamil enam bulan.
Justin Kongsi Momen Gembira, Teruja Bakal Bergelar Bapa!
Menerusi hantaran sama, pasangan merpati dua sejoli ini juga memuat naik video romantis mereka berdua memperbaharui ikrar perkahwinan milik mereka.
Untuk rekod, pasangan selebriti berprofil tinggi, Justin Bieber dan model ternama, Hailey Bieber telah berkahwin secara rahsia pada 2019.
Setelah 6 tahun usia perkahwinan, akhirnya pasangan yang sentiasa menjadi sorotan peminat serata dunia ini tak lama lagi bakal bergelar ibu bapa.
Terdahulu, Sunday Times pernah mendedahkan bahawa Hailey sudah lama mempunyai keinginan untuk menimang cahaya mata, bagaimanapun hasrat berkenaan terhalang atas sebab yang tidak dijelaskan secara terperinci.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!
Sumber: Instagram Justin Bieber, Sunday Times, Cosmopolitan