Selepas gandingan beregu badminton lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik meraih pingat gangsa untuk negara di temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
Pemain perseorangan lelaki, Lee Zii Jia menyambung khabar gembira buat peminat sukan tanah air apabila turut berjaya membawa pingat kedua Malaysia untuk edisi Olimpik 2024 kali ini.
Walau meraih pingat gangsa namun kejayaan itu membuatkan seluruh negara bersorak gembira meraikan kemenangan Lee Zii Jia ibarat membawa pulang pingat emas!
Dalam pertemuan mendebarkan Lee Zii Jia menentang pemain dari India, Lakshya Sen itu, anak jati kelahiran Kedah ini membuktikan semangat juang yang tinggi dalam misi memburu pingat buat tanah air.
Meskipun ketinggalan di set pertama, Zii Jia bangkit dalam set kedua dan akhirnya menewaskan pemain ranking ke-16 dunia itu dengan 13-21, 21-16, 21-11.
Syabas dan tahniah buat Lee Zii Jia kerana mengharumkan nama negara di persada sukan antarabangsa. Ternyata segala penat lelah dan kerja keras atlet berusia 26 tahun ini membuahkan hasil.
This website uses cookies.