Kisah adik Ainul Mardhiah yang menghidap ‘Germ Cell Tumor’ sangat menyentuh hati. Ramai yang mendoakan agar anak kepada pasangan Nurul Erwani Zaidi dan Ahmad Safiuddin Abdul Razak, masing-masing berusia 24 tahun ini mendapatkan rawatan terbaik.
Kisah adik Ainul Mardhiah ini juga telah mendapat perhatian Dr Nur Amalina Che Bakri merupakan pelajar cemerlang SPM 2004 yang ditaja Bank Negara Malaysia untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di luar negara.
Dr. Amalina Bakri, merupakan graduan lulusan University of Cambridge dan pernah menimba pengalaman di Cambridge University Hospitals NHS Foundation Trust pada tahun 2013-2015. Kini Dr Amalina bekerja sebagai pasukan perubatan di salah sebuah hospital di London.
Sebelum ini Dr Amalina telah menyatakan kesudiannya untuk membantu adik Ainul Mardhiah untuk mendapatkan rawatan terbaik di London. Malah Dr Amalina juga bertanggungjawab menjalankan koordinasi pasukan perubatan di hospital di sana dengan menghubungi konsultan dan pelbagai bidang kepakaran seperti pediatrik, onkologi, radiologi serta pakar telinga, hidung dan tekak.
Mereka akan menjalankan pemeriksaan dan penilaian sebelum berbincang dan membuat keputusan rawatan yang terbaik untuk Ainul Mardhiah.
Dr Nur Amalina Che Bakri ketika ditemubual oleh Buletin Utama berkata, “Saya buat ini bukan nak dapat nama tapi nak menolong orang yang dalam kesusahan. Sebagai seorang doktor dan seorang manusia biasa, kita semua nak menolong orang yang dalam kesusahan.
Apa yang saya boleh tolong, saya tolong sebab saya ada kawan di hospital ini dan ada connection di London. Saya akan try my best to help whatever I can.
And I mentioned about the fact that to help the family, I really want all Malaysian to help me to get this family over here. That why I want to say thank you all Malaysian for the donation and also to the team anaesthetists who accompany Ainul while in the plane and also the team Malaysian doctors who actually living in London at the moments to help out with sorting accommodation, finance and everything else,
” kata Dr Amalina.Ainul Mardhiah tiba di Kota London pada pagi sabtu lalu dibawa oleh ibu bapanya, serta diiringi oleh dua orang doktor.
Salah seorang doktor yang mengiringi ialah Datuk Dr Jaseemuddeen Abu Baker berkata, “Ini merupakan kes yang rumit dan telah dikendalikan dengan baik di Malaysia tetapi ibu bapa kanak-kanak ini mengharapkan sesuatu yang lebih baik.
Hospital di London ini merupakan antara yang terbaik di dunia dan mereka mahu mencuba yang terbaik buat anak mereka di sini.
Selain berusaha untuk memulihkan anak mereka dari kanser, ibu dan bapa Ainul Mardhiah juga mengharapkan doa dan harapan ratusan ribu rakyat Malaysia agar kembali normal seperti kanak-kanak lain.
Ahmad Safiuddin menjawab ketika ditanya mengapa memilih Kota London sebagai pusat rawatan anaknya berkata,” Sebelum ini pernah juga cari rawatan di negara lain tapi agak susah. Jalan tu agak payah berbanding di London kerana terdapat ramai doktor yang orang Malaysia tapi bekerja dan menetap di sini. So,
jalan tu nampak mudah. Di sini pun kita dapat tengok rawatan lebih daripada negara lain,” ulasnya.Sementara itu, Dr Amalina turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang tidak putus mendoakan kesejahteraan kesihatan adik Ainul Mardhiah. “Terima kasih Malaysia. Sentiasa doakan kesejahteraan kesihatan adik Ainul dan perjalanannya ke London dengan selamat.
Begitu juga pihak yang membantu untuk urusan logistik seperti Malaysia Airlines (MAS) dan Duta Besar Malaysia di London.
Mari sama-sama doakan untuk bayi Ainul. Dan maaf kerana saya tidak dapat memberikan sebarang perkembangan lanjut mengenai rawatan Ainul, terima kasih #Pray4BabyAinul,” katanya dan berjanji akan cuba beri rawatan yang terbaik.
This website uses cookies.