Hari ini 1 Ramadan merupakan permulaan bagi seluruh umat Islam menyambut bulan penuh keberkatan. Pastinya suasana Ramadan kali ini sangat berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya kerana tiada solat terawih berjemaah di masjid-masjid, tiada bazar menjual makanan, tiada aktiviti tadarus beramai-ramai dan hanya menyambutnya secara sederhana di samping keluarga di rumah kerana terikat dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan wabak Covid-19 yang melanda negara.

Ads

Biarpun sedih dengan suasana ‘suram’ ini namun apa yang paling menyedihkan ialah ketiadaan insan tersayang di sisi sepanjang Ramadan selepas mereka dijemput pulang bertemu ilahi. Itulah yang dirasai model muslimah dan pelakon cantik yang sedang meningkat naik ketika ini, Nur Alya Iman Azmil Mustapha. Pemergian bapa tersayang yang merupakan pelakon popular era 80an, Allahyarham Azmil Mustapha pada tanggal 14 Februari 2018 benar-benar dirasai Alya sampai sekarang.

Ramadan Tanpa Yang Tersayang, ALYA IMAN Rindu Kenangan Puasa Bersama Arwah Ayah! Ramadan Tanpa Yang Tersayang, ALYA IMAN Rindu Kenangan Puasa Bersama Arwah Ayah!

Ramadan Tanpa Yang Tersayang, ALYA IMAN Rindu Kenangan Puasa Bersama Arwah Ayah! Ramadan Tanpa Yang Tersayang, ALYA IMAN Rindu Kenangan Puasa Bersama Arwah Ayah!

Walau sudah dua tahun bapa tersayang ‘pergi’ menghadap Yang Maha Esa tetapi kenangan menjalani rukun Islam ketiga ini bersamanya masih segar di ingatan gadis berusia 19 tahun tersebut. Kongsinya, “Hari ni emotional sikit teringat dekat Babah and missing my family, my brother and my sisters. Ramadan after Babah’s passing sangat berbeza, kalau dia ada, dia la yang semangat kejut sahur, ikut terawih, pergi bazar beli juice mangga dia dan beli ikan bakar dia, always meriah kalau puasa dia ada.

Puasa masa babah tak ada, Alya masih bersyukur dapat sahur dan buka with my siblings. Tetapi tahun ni lagi sedih, tak ada bazar, tak boleh pergi terawih, yang jauh dengan keluarga tak boleh buka puasa sama. Macam Alya tahun ni, I’m far from my siblings. To those yang dapat bersama keluarga ucap syukur alhamdulillah hug your family that you still have your family around you.”

Ads

Ketika dihubungi, Alya tanpa berselindung meluah isi hati. “Tahun ini puasa ketiga arwah tak ada. Kenangan paling rindu bila dah nak raya, dia yang sediakan semua. Start beli  baju raya, kuih raya, dia yang excited kemas rumah. Sekarang tak ada dah. Raya pun tak feel raya dah.”

Ramadan Tanpa Yang Tersayang, ALYA IMAN Rindu Kenangan Puasa Bersama Arwah Ayah! Ramadan Tanpa Yang Tersayang, ALYA IMAN Rindu Kenangan Puasa Bersama Arwah Ayah! Ramadan Tanpa Yang Tersayang, ALYA IMAN Rindu Kenangan Puasa Bersama Arwah Ayah!

Ads

Ditanya rutin hariannya terutama menjelang Ramadan ini semasa pelaksanaan PKP, Alya berkata walau ada ketika dia turut tidak terkecuali membeli makanan online tapi lebih selesa menyediakan masakan sendiri di rumah. “Ada jugalah masak di rumah sebab nak order selalu pun takut jugakkan sebab makan dari luar. Sekali sekala bolehlah,” ujarnya yang gemarkan juadah murtabak, tepung pelita dan sagu gula melaka setiap kali Ramadan tiba.

Bercerita tentang perkembangan terbaru, anak bongsu daripada lima beradik ini berkata “Alhamdulilah takat ni Alya dah masuk 2 drama, 4 tele movie. Ada tawaran tapi semuanya ditangguhkan. Harap-harap PKP habis dengan cepat sebab rindu nak shooting dan sebagai model pun rindu nak photoshoot, sebab Alya jenis workaholic, sentiasa nak kerja tak boleh duduk diam. Memang terasa jugalah PKP ni. Tak sabar nak kerja keras dan achieve semua goals.”

Tambahnya, di kesempatan bulan yang mulia ini Alya turut menyusun jari memohon kemaafan dan berharap agar Ramadan kali ini memberi seribu satu makna buat semua “Mohon maaf kepada semua jika ada yang salah silap, sengaja atau tidak sengaja. Semoga Allah SWT memberikan rahmat dan keberkatan untuk kita semua. Semoga Allah SWT jauhkan kita dari Wabak Covid-19.”

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI